Post edited 11:35 am - October 19, 2009 by admin
Post edited 11:42 am - October 19, 2009 by admin
Berikut adalah Syarat & Peraturan Penggunaan Ruang Jualbeli Rumah:-
1. Ruangan Jualbeli Rumah hanya boleh disertai secara aktif oleh pengunjung berdaftar dengan laman Senihias.com sahaja.
2. Setiap pengunjung berdaftar layak untuk membuat apa-apa tawaran penjualan, penyewaan atau pencarian rumah mengikut seksyen yang telah ditetapkan tidak kiralah samada pengunjung berdaftar berkenaan seorang pemilik rumah, pencari rumah atau ajen hartanah.
3. Sila gunakan tajuk yang memudahkan pengguna lain mengenalpasti tawaran atau permintaan anda. Misalnya, “Banglo setingkat di Shah Alam Sek. 9 untuk dijual/disewa/dicari”.
4. Anda harus nyatakan secara terperinci perihal rumah yang anda tawarkan. Postkan juga gambar-gambar bagi memudahkan mereka yang berminat membuat penilaian awal terhadap apa yang anda tawarkan.
5. Ruangan Jualbeli Rumah ini adalah terbuka dan percuma.
6. Anda tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan atau produk lain selain dari rumah.
Semua ahli dan pengunjung perlu mengikuti Syarat & Peraturan yang telah ditetapkan di atas. Sebarang perlanggaran Syarat & Peraturan akan menyebabkan posting anda dipadam tanpa sebarang notis.
Admin Senihias.com