Tentang Kami
Para pengunjung yang dihargai,
Senihias.com merupakan portal rasmi Zolmar Enterprise, pembuat perabot kustom milik Bumiputera sepenuhnya sejak tahun 1994. Senarai panjang pelanggan kami terdiri dari kalangan para pemilik kediaman, sektor kerajaan dan swasta juga.
Kilang pengeluaran kami terletak di Batu 6, Jalan Gombak di Kuala Lumpur. Kami tidak mempunyai bilik pameran kerana tumpuan kami adalah dalam bidang pembuatan perabot dan bukan dalam pemasaran runcit.
Bagaimanapun melalui Senihias.com kami berharap untuk berkongsi maklumat di samping memudahkan lebih ramai orang mengenali kami serta perkhidmatan yang kami sediakan tanpa perlu bergerak ke mana-mana.
Laman ini akan menyiarkan projek-projek yang telah kami siapkan dari masa ke semasa dalam ruangan Kabinet Oleh Zolmar dalam Kategori Portfolio. Kami harap melalui penyiaran eksklusif ini akan dapat menarik minat pengunjung untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan kami.
Untuk sebarang pertanyaan sila isikan mana-mana borang yang sesuai dengan keperluan anda. Sila klik menu borang yang disediakan di sebelah kanan laman ini.
Terima kasih.
Nazli Kimin - Senihias.com | Zolmar Enterprise





