Elemen moden, selesa
SIFAT gemar bersederhana menjadi kayu pengukur Tujeri Shah Abdul Razak menentukan gaya penataan kediaman. Menyukai suasana lapang, kemas dan tenteram, konsep minimalis dan moden kontemporari menjadi inspirasi kala menghias.
Sejajar tema, himpunan warna alam seperti coklat kayu, pastel atau warna lembut dan kelabu mendominasi pilihan cat dinding, perabot, kemasan dan perhiasan. Bagaimanapun, untuk saling melengkapi dan menghindar jemu, warna merah dramatik disisipkan di beberapa tempat dan sudut.
“Saya dan isteri penggemar warna redup, sepakat menggunakan warna itu sebagai warna utama kediaman. Coklat dijadikan warna kerana mewujudkan kesan luas, mewakili selera moden selain boleh disesuaikan dengan sebarang kelengkapan dan kemasan,” katanya disokong isteri, Monazida Eza Ahmad Hasmi.
Tujeri yang menduduki rumah teres dua tingkat di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor sejak empat tahun lalu, berkata warna berkenaan juga membuatkannya berasa dekat dengan alam, mencetuskan suasana nyaman selain menjadikan fikiran lebih tenteram sebaik melangkah ke dalam rumah.
Sementara, sisipan warna merah, selain mencipta daya tarikan kontra, juga berupaya membangkitkan semangat setiap kali berada di rumah.
Ruang makan.
“Permaidani, kusyen hiasan dan motif lukisan menggunakan skim ini mengutarakan gaya segar, merangsang minda dan memulihkan tenaga,” katanya.
Tujeri berpendapat, pilihan pencahayaan yang tepat membantu menghidupkan gaya minimalis. Justeru, sebelum membeli lampu, dia menetapkan terlebih dulu tempat dan sudut sesuai untuknya.
“Lampu dipasang merujuk keperluan ruang. Misalnya, tempat yang memerlukan lebih pencahayaan seperti ruang makan, elok diterangi lampu bercahaya putih, manakala ruang tamu, sudut santai dan bilik tidur secocok dengan lampu malap yang dilihat mesra dan romantik,” katanya.
Jelas, Tujeri mempunyai penilaian sendiri dan terperinci ketika memilih lampu. Selain menetapkan lampu berkenaan harus bercahaya tidak terlalu terang atau kelam, tiga syarat lain ialah bervoltan rendah, rekaan menepati fungsi ruang, di samping ukuran merujuk luas bilik.
Ruang dapur tampil kemas dengan kabinet reka bentuk memanjang.
Lampu voltan rendah, katanya membantu dari segi menjimatkan kos elektrik, pilihan struktur serta reka bentuk menjanjikan estetika gaya, manakala saiz lampu yang tepat mengelakkan ruang nampak celaru.
“Ini tidak bermakna saya cerewet memilih lampu tetapi ketelitian perlu demi menjayakan konsep minimalis yang ditonjolkan,” katanya.
Oleh kerana perancangan telitinya itu, ruang makan tampil berseri meskipun sekadar menonjolkan elemen dekorasi tiga lukisan cat minyak dan tiang kayu selaku sempadan ruang.
“Hakikatnya, lampu gantung silinder itu yang menghidupkan ruang makan. Demikian juga dengan lampu berdiri terendak kertas di ruang santai berdepan pintu masuk dan lampu meja berkaki bulat di ruang tamu,” ujarnya.
Selain pencahayaan, gaya penataan disempurnakan lagi menerusi pilihan ringkas hiasan dinding. Sedondon kemasan dan kelengkapan, perhiasan dinding dihadkan hanya kepada lukisan bertema abstrak.
Menolak motif lukisan flora dan realisme, corak abstrak baginya pilihan berbaloi kerana lebih artistik dan mengungkap gaya tersendiri di ruang kediaman.
INFO: Kediaman Tujeri
# Pelan lantai memanjang ruang dapur disukai pemilik rumah kerana memudahkan urusan memilih reka bentuk kabinet. Granit dipilih sebagai kemasan permukaan meja kerana berciri tahan lasak dan kalis calar.
# Sebelum dicat coklat sepenuhnya, dua tahun lalu dinding menonjolkan warna coklat gelap dan jingga pinang masak. Warna itu bagaimanapun dianggap Tujeri sekadar eksperimen dalam mencari tona paling tepat dan sesuai.
# Gaya penataan disempurnakan secara berperingkat mengikut kepentingan ruang. Hiasan di ruang tamu dipenuhkan terlebih dulu disusuli ruang makan, bilik tidur dan berakhir dengan ruang dapur.







konsep ini amat menarik buat saye dengan pelbagai konsep yg menarik…disini saye igin mempelajari tentang cara untuk merekabentuk rumah berkonsepkan moden…
menurut saye.konsep yang digunakan memang menarik.zaman sekarang adalah zaman teknologi dah semakin maju.saye ingin mempelajari care merekabentuk rumah berkonsepkan moden kontemporari…
wahh…menggunakan warna lembut….minat dengan wall mirror dining room…maner leh tempah???..
Lama saya mencari artikel ini.Hari ini baru jumpa.Dapat juga membaca dan melihat kediaman bekas rakan sepejabat.sesuai untuk mereka yang mempunyai anak yang lasak seperti saya sebab tidak banyak perabut.
cantik gak meja makan tu ….kat maner yer de sales time sekarang ni…
meja mkn mcm tu …i tgh survey…budget i dlm rm 800-1000 jerk…
kalo boleh meja makan nk yg glasess mcm tu …
Ivora: terima kasih di atas komen. wall mirror untuk dining room boleh ditempah di mana-mana kedai cermin sekitar KL. saya sesuaikan penggunaan cermin ni untuk menampakkan lagi keluasan ruang.
wan hanita wan drani: dimana ya kita bertugas?.. maaf ya, tolong ingatkan saya. Terima kasih.
nora: meja makan tu boleh didapati dimana sekarang ni dan harga amat berpatutan. Malahan sekarang ni corak dan rekabentuk yang lebih baik, banyak terdapat dipasaran. Insyallah Puan Nora akan dapat corak dan rekabentuk seperti yang diidamkan.
Hi En. tujeri… dah tuka profesion ke? :p
Neway, nice interior
Saya agak hairan kenapa gambar-gambar yang dipaparkan dalam ruangan ini nampak membosankan. Malah reka bentuk dan warna yang digunakan agak ketinggalan………tolonglah berikan sesuatu idea yang menyegarkan