Seni Sulaman Benang Reben
May 22, 2009 by admin
Fail di bawah Objek Seni Deko
Sulaman benang reben bukanlah suatu seni sulaman baru. Ia merupakan cabang seni sulaman yang sudah pun menempa populariti dalam masyarakat di seluruh dunia. Bagaimanapun di negara kita, seni sulaman ini masih kurang diketengahkan walhal dari segi seni dan keindahannya, sulaman jenis ini sangat menarik serta luas ruang kreativitinya.
Siapa saja mudah terpikat dengan keunikan dan kecantikan hasil sulaman benang reben yang halus dan indah. Aplikasi sulaman bukan sahaja di permukaan semua jenis fabrik malah kepada permukaan bahan-bahan yang boleh “dijahit” lain seperti kulit, PVC, dan sebagainya. Oleh yang demikian seni sulaman benang reben ini boleh menghiasi apa saja.
Batasannya hanyalah kreativiti seseorang.
Hasil ciptaan sulaman benang reben boleh dibingkai untuk menghiasi dinding. Ia juga boleh memperindahkan langsir, sofa, sarung bantal, selimut, cadar, alas meja dan pelbagai yang lain. Ia juga boleh disulam untuk mencantikkan beg tangan, baju, topi, kasut… Ia boleh membantu menjadikan gubahan hantaran nampak lebih unik, menarik dan eksklusif.
Seni sulaman benang reben membolehkan anda “bermain” dengan pelbagai motif, corak atau imej. Sifat sulaman yang menonjol memberi kesan tiga dimensi. Kesan ini menambahkan keindahan motif, corak atau imej yang dipaparkan.
Pelajarilah Seni Sulaman Benang Reben

Nampak betapa cantiknya hasil seni sulaman benang reben. Bayangkan jika anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap seni ini. Apa manfaat yang boleh anda perolehi?
Banyak. Banyak sekali manfaatnya. Anda mampu memperindah suasana kehidupan harian dengan jari jemari yang dibantu minda kreatif anda sendiri. Sulam baju anda, sulam baju anak anda. Hadiahkan untuk sikecil rakan karib anda. Sulam semua fabrik yang menghiasi rumah anda! Sulam semua aksesori yang ada!
Bayangkan. Anda boleh mengisi masa lapang anda dengan kerja yang menyeronokkan dan berfaedah ini walaupun sambil menonton opera sabun dari Indonesia atau Filipina yang anda gemari saban hari. Tak ada masalah! Dan yang lebih baik lagi, anda boleh memulakan perniagaan hasil sulaman benang reben dari rumah.
Dapatkan tempahan dari kawan-kawan, saudara-mara, jiran-jiran, pasarkan melalui internet atau dapatkan tempahan pukal dari kedai-kedai cenderahati. Buat kerjasama dengan pengusaha andaman untuk rekaan gubahan hantaran perkahwinan berasaskan seni sulaman benang reben yang unik dan menawan. Wow!!
Kelas Sulaman Benang Reben Kak Zan

Kelas Sulaman Benang Reben Kak Zan adalah peluang dan pilihan terbaik anda untuk mempelajari seni indah dan berpotensi ini. Kak Zan adalah seorang pesara guru yang sangat berbakat.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang beliau miliki dalam seni ini serta pengalamannya sebagai guru, pakej beliau adalah lengkap dan terbaik. Apatah lagi Kak Zan sendiri pun telah banyak memasarkan hasil kerja sulamannya itu secara komersial, pengalaman beliau dalam aspek ini tentunya sesuatu yang tak ternilai jika anda ingin melangkah ke arah yang sama.
Sebagai manifestasi kesungguhan dan keinginan Kak Zan untuk melihat anda benar-benar dapat belajar dengan baik, peserta kelas Kak Zan tidak melebihi dari 10 orang. 6 - 10 orang merupakan sebuah kumpulan pelajar yang ideal. Anda boleh mencipta kumpulan anda sendiri atau menyertai kumpulan yang diuruskan Kak Zan.
Pakej-pakej sulaman yang ditawarkan
Kak Zan menawarkan pelbagai pakej sulaman. Peserta boleh memlih pakej yang bersesuaian mengikut citarasa dan tahap kemahiran. Pakej-pekej ini disusun sebegitu rupa agar peserta berpeluang meneroka alam sulaman benang reben yang sangat luas ini.
- Pakej Asas (8 jam) – Ditawarkan kepada mereka yang baru berjinak dengan alam sulaman, mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis stitches yang menggunakan benang dan reben.
- Pakej Mawar (8 jam) – mengandungi 8 teknik menghasilkan bunga-bunga ros yang berbeza dari segi kesan tampak.
- Pakej Ropol (8 jam) _ mengandungi 8 teknik ropol yang menghasilkan pelbagai jenis bunga.
- Pakej Benang Timbul (8 jam) – mengandungi 8 teknik menghasilkan sulaman benang yang timbul.
- Pakej Stumwork (8 jam) – Mengandungi 8 teknik menghasilkan kraf benang brsifat 3 dimensi yang menarik.
- Pakej mawar khas (8 jam) – 4 teknik sulaman mengguna reben silk lite 13mm.
- Pakej Hobby (16 jam) – mengandungi 16 jenis dan teknik pilihan daripada pakej-pakej di atas.
- Pakej Tambahan (4 jam) – mengikut permintaan semasa.
Lokasi
Kelas boleh diadakan di lokasi yang anda ingini atau lokasi yang ditetapkan Kak Zan. Yang penting jika anda yang memilih lokasi, pastikan anggota kumpulan anda cukup ekonomik untuk menampung semua kos Kak Zan datang mengajar.
Yuran mengajar Kak Zan adalah amat berpatutan walaupun beliau mengajar lebih banyak teknik sulaman benang reben dari yang ditawarkan oleh orang lain.
Untuk maklumat lanjut hubungi Kak Zan di talian 019-283 0479.
Email : kakzanbidawi@yahoo.com
Alamat: 580A, Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves.













saya nak masuk kelas jahitan nie dan cuba hubungi kak zan tapi tak dapat macamana yea sebab saya nak tahu berapa yuran dan bila waktu kelas diadakan
Salam Wan, minta maaf, kekadang mmg bz sikit, x perasan la tu kot. Yang senangnye wan kirim alamat email ke nom kak zan tu, 0192830479, nnt kak zan bagi detail dan akan maklumkan jadual kelas.tq
salam.kak zan.saya merupakan peminat seni tangan nie.tp kursus kak buat dekat kl, xda ke kat melaka ker..atau ada x buku yang kak hasilkan langkah demi langkah…
salam.kak zan sy mula trpikat bila tgok seni tgn akak..spt yg lain sy ingin mndptkn ktrgn mngenai kelas yg diadakan dan yurannya..
utk pngtahuan sy berada d bandar br bangi.
aslkm.
salam k.zan…
saya minat sgt bab2 jahitan sulaman ni.nk jugak belajar.k.zan x buat ker bengkel kt kuala terengganu. dan brp yurannya?
Salam Kak Zan,
Saya ingin dapatkan jadual/maklumat terkini kelas sulam benang dan riben untuk bulan Julai di Taman Samudra. Kelas untuk asas dan lanjutan.
TQ
salam & selamat menyambut kedatangan Ramadan Al Mubaraq.
Kak Zan, boleh berikan jadual kelas sulaman riben (asas). Sulaman riben ni selain manual ada tak mesin yang boleh menjahit sulam riben?
terima kasih
salam
saya berminat untuk mengikuti kelas sulaman reben (asas). pengetahuan menjahit sulam adalah zero. ada kelas di wangsa maju? saya ingin tahu yuran dan tarikh kursus, terima kasih.
saya dari kedah.ada ka kak zan nak dtg ke sini kalu di jemput adakan kelas tu
nak tny… x de ker kak zan keluarkan buku?
dan x buat ker kelas dkt ktn?
dan yuran dia braper?…
askum..kak zan..sy sgt berminat nak belajar seni sulaman benang dan riben ini. masalahnya sy berada di terengganu dan terikat dengan pekerjaan. hujung minggu je sy free. x de ke kelas yg nak di buat di terengganu? Berapa yuran yang dikenakan?
Assalamualaikum Kak Zan, saya berminat untuk pelajari sulaman riben ini. Berapakah yurannya dan tarikh kursus akan diadakan. Untuk pengetahuan Kak Zan saya tinggal di Taman Selasih, Gombak.
kak,yuran sulaman benang berapa RM?KELAS BERAPA LAMA?
Salam, kakzan selalu bagi info melalui halaman http://www.seripengantin.com. KALAU TAK KEBERATAN SILA KE SANA UNTUK INFO LANJUT TENTANG KELAS KAKZAN.
Salam ,terima kasih kepada yang hubungi kak zan sama ada melalui hp @email.Kak zan hargai budi baik harapan anda semua. Dalam bulan nov ini kak zan hanya adakan kelas di Batu Caves sahaja. Kak zan cuba plan kelas2 diluar KL pada Disember (JB) Jan dan Feb (di tempat2 lain yang sesuai).
Untuk kelas seterusnya seperti berikut:
*Pakej ASAS (pertama kali belajar),12 stitches,30/10/09,7/11/09 (pilih salah satu tarikh sahaja) Pukul 9am-5pm.Bahan di sediakan.RM160.
*Pakej ROSES(MAWAR),6 teknik membentuk bunga ros(bagi peserta yang telah mengikuti kelas ASAS) 8/11/09,jam 9am-5pm.Bahan disediakan.RM160.
Sila SMS jawapan ke 0192830479 dan bank in deposit RM50 ke Maybank HAPIZAN AHMAD BIDAWI. acc no 114271097534, 3 hari sebelum kelas.TQ.CU soon.
salam k zan..
cantik2nya bunga2 tu..can bkenan ja..tapi kut belah penang x dak ka kursus..
Salam diyah n semua peminat RE, InsyaAllah kakzan akan buat kelas di utara, mmg ade permintaan, tp tahun depan, tahun ini dh x smpat, yg berminat sms kakzan no di atas, nyatakan nama dan tmpt, nnti kakzan ambil maklum.tq, cu.
Salam,kakazan x buat bengkel sulaman tanganke?brapa yurannye/bila ?
Assalam…nak mintak jadual ( year 2010) untuk pakej mawar…kan ape nak kumpul bajet…boleh kan??
salam,
nak minta jadual klas + yuran. lama dah minat sulam-menyulam ni but kena stat fm 0. syukran
kak zan buat le klas kemaman, trg. lama dah orang sini tggu. thanx
assalamualaikum kak zan. ingat mimi lagi tak? student kelas sulam benan n riben kak zan tahun 2007.puas sy mncari kak zan.alhamdilillah skrg mndpt..byk ilmu yg kak zan beri pd sy dan sy takkan jemu utk belajar byk lg ilmu2 baru.
Salam mimi, lamanya mimi tak call kakzan, memang tertanya2 jugek, tapi malas nk ganggu coz mimi kata mimi banyak dapat tempahan, begitulah kalau orang rajin n kreatif baru belajar dua kali dah boleh hasilkan karya2 yang menarik dan boleh diketengahkan. TAHNIAH, bila2 lapang call kakzan n datanglah kat kedai, ada banyak contoh2 baru. tq
Salam k zan, bunga reben ni kalau dijahit pada baju, nanti baju tu boleh dibasuh ke?
salam jelajah kakzan, daku nak tnya..kalu area jb tu buat kat ner ek…?
Salam Liza, boleh dibasuh kecuali guna reben sutera terpaksala dryclean. Cuma janganla berkasar sgt macam sulaman bead juga.
salam semua, kakzabn akan adakan kelas asas pada sabtu ibi 23 jan bi batu caves, yang berminat sila sms nama ke no 0192830479 sebelum jumaat, tqvm.
salam kak zan,
saya berminat nak belajar pakej asas. dalam bulan februari atau mac ade tak kursusnye.
salam,
nk minta jadual kelas asas utk thn 2010.tmpt dn masa.
tq
asslmkum…sila e-mel kan jadual kursus bunga riben 2010.Kerana saya amat berminat untuk mengikutinya,sertakan yuran bagi setiap kursus.Boleh kah saya pilih masa flexible?terima kasih
salam kak zan,saya berminat nak sertai kelas kak zan.saya nak tahu hari apa kelas kak zan buat, berapa yurannya dan saya nak join kelas akak pada pertengahan bulan 3/2010 ada kekosongan tak.
Askm k.zan.
Dah lama betul saya duk jenguk2 tengok web k.zan pasal jahitan reben ni le. cantik sangat. so nak tanya ni, bila nak adakan kelas di Melaka ? kalau ada nanti bagitau saya ya. buat le hari cuti senang saya datang belajar nanti.
t.kasih. wassalam.
Salam semua peminat RE,
Kelas Jun 2010.
1) 6 Mac 2010 - Kelas Rose 1. 9pd - 5ptg, di premis Batu Caves, RM 160.
2) 7 Mac 2010 - Kelas Asas (My Garden). 9pg-5ptg, di premis Batu Caves RM 160.
Yang Berminat sila tel kakzan 0192830479
TQ
boleh dapatkan cara-cara untuk membuat sulaman reben.step by step. nak ikuti kelas jauh………….
Salam Zabidah, maaf, kakzan belum ada pkj step-by-step, Zabidah tinggal dimana?
salam..nk tnye skit..bape kos nk blaja sulam ni?????
salam kak zan
saya berminat nak belajar, tp dah terlepas kelas bln mac. baru search je blog akak. bulan april atau kelas terdekat ada tak? tolong emailkan kat sy ye. Insyallah sy akan dtg belajar. sy amat berminat akan seni ini.
email: malam0301@hotmail.com
Salam mimi, rm 160 setiap pkj, kakzan ada 6 pkj, tapi jgn risau x perlu ikuti semua pkj, satu pun boleh, pkj asas. Pun berbaloi, dgn satu pkj asas saja pun mimi boleh hasilkan pelbagai hasil sulaman, bergantung pada kreativiti setiap orang.tq
Salam semua peminat RE,
Kelas Sulaman Asas (My Garden) akan diadakan pada Sabtu 1 mei 2010 di Batu Caves, berminat? email kakzan : naispistil@ymail.com. Tq
Salam kak zan, saye berminat nak belajar sulaman benang n reben.
Tarikh untuk kelas biler yer ?
Dan yuran untuk belajar berapa yer?
salam kak zan..bla lagi class akan diadakan?dlm bln 6 ada tak..
salam, mohon detail kelas dan yuran
salam, kak .. boleh tak saya nak buat tempahan … sulaman reben