Pastikan anda mendapat harga serta produk yang betul
April 26, 2009 by admin
Fail di bawah Tentang Kabinet
Kami menerima respond yang amat menggalakkan dari para pengunjung laman ini. Ramai yang mengisi borang pertanyaan. Bertanya tentang harga kabinet dapur.
Sebenarnya kami tidak berapa berkenan memberi anggaran harga berdasarkan informasi umum. Misalnya hanya dengan mengetahui panjang kabinet bawah dan panjang kabinet atas sahaja. Kami juga tidak boleh memberi anda anggaran harga hanya kerana anda beritahu, “saya nak kabinet macam yang itu, berapa harga kalau saya nak buat 10 kaki”.
Kami di Zolmar Enterprise tidak membuat kabinet modular. Kami membuat kabinet kustom sepenuhnya. Modular bermaksud setiap pintu atau kotak kabinet mempunyai lebar - tinggi - dalam yang tertentu dan apa yang diperlukan adalah mengisi ruang dapur anda dengan jumlah modul kabinet yang sesuai. Dengan yang demikian, pengiraan harga boleh dilakukan dengan mudah. Hanya kalikan harga yang ditetapkan untuk setiap modul dengan jumlah modul yang akan dipasang.
Jika anda perhatikan sampel-sampel kabinet yang kami siarkan di laman ini, anda akan dapat melihat perbezaan di antara kabinet binaan kami dengan kabinet dari pembuat yang mangamalkan sistem modular.
Kerana kami mahu membuat kabinet anda secara kustom, kami lebih suka datang ke tapak dapur anda, membuat ukuran dan menentukan rekabentuk berdasarkan keperluan serta kesesuaian ruang. Anda mungkin mahukan kabinet sebelah atas terus sampai ke siling, misalnya. Atau anda mahukan aksesori-aksesori tertentu selepas kami memberitahu anda mengenainya. Apabila semua aspek telah dipastikan barulah kami boleh memberi satu harga yang valid.
Tidak boleh ikut harga orang
Kebanyakan pemilik rumah akan membuat tinjauan dan mendapatkan beberapa sebutharga dari beberapa pembina sebelum memilih salah satu dari mereka. Ini merupakan langkah yang baik. Ia bukan saja akan membantu anda mendapatkan harga yang ideal malah ia juga memberi peluang kepada anda menilai kemampuan serta kualiti kerja setiap satu dari pembina yang anda temui itu.
Perbezaan harga di antara pembina adalah biasa. Jika harga kami lebih mahal dari pembida lain, kadang-kala prospek bertanya samada kami boleh mengikut harga yang ditawarkan orang lain. Sebenarnya kami tidak boleh. Jika kami memberi diskaun pun, ia akan disandarkan kepada pengiraan kami sendiri. Kami tidak boleh ikut harga orang lain kerana kami tidak tahu apa yang sebenarnya ditawarkan oleh orang lain kepada anda. Kami hanya tahu apa yang kami tawarkan dan kos-kos yang terlibat.
Kos pembinaan kabinet boleh menjadi sangat subjektif. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah perbezaan bahan yang digunakan, rekabentuk, aksesori, kos pekerja, kos pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu anda perlulah membuat pertimbangan yang betul-betul munasabah apabila membuat pemilihan.
Harga yang rendah tidak semestinya akan membuat anda gembira di kemudian hari. Jika pembina merasakan mereka tidak mendapat apa-apa dari projek anda, masalah mereka mungkin akan dipindahkan ke kabinet anda. Begitu juga pembina yang terkenal pun belum tentu akan memberikan hasil yang memuaskan. Sub-kontraktor mereka belum tentu terdiri dari kelompok pekerja yang benar-benar mahir ataupun teliti.
Pastikan anda tahu apa yang ditawarkan
Tahu apa yang sebenarnya anda akan dapat merupakan satu aspek penting dalam memastikan penilaian anda betul. Misalnya, jika anda mahu pintu kabinet anda dibuat dengan solid wood pastikan pembina anda itu benar-benar memberi solid wood dan bukan sesuatu yang bersifat solid saja. Chipboard solid. MDF board pun solid. Tetapi kedua-duanya bukan solid wood. Kekuatan serta ketahanannya jauh berbeza.
Selain dari pintu kabinet, badan kabinet juga sering mengelirukan orang. Anda harus tahu bahan apakah yang anda inginkan untuk membina badan kabinet anda. Badan kabinet anda akan menampung keseluruhan berat kabinet dan barang-barang yang tersimpan di dalamnya. Chipboard adalah bahan yang paling biasa diberi jika murah adalah perkataan yang anda mahu dengar. Namun jika anda mahu melabur untuk sesuatu yang memuaskan dalam jangkapanjang, elakkan badan chipboard. Ply bertetulang adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi badan kabinet.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com







sebaik2nya kabinet menggunakan material ape yg elok bagi dapur kering??dan bagi kaunter dapur kering mane lebih baik…guna solid surface dari jenis granite atau pun kayu atau yg mane?
Kami di Zolmar Enterprise sentiasa sarankan ply bertelulang dengan kemasan melamine atau kemasan kayu asli seperti nyatoh untuk kabinet, baik basah mahupun kering lebih-lebih lagi kalau pelanggan nak sesuatu yang tahan lama. Boleh juga gunakan melamine board berasaskan chipboard atau MDF, tapi ketahanannya kurang la. Apapun kadang-kadang atas sebab pelanggan mahukan ciri tertentu kami ada juga gunakan MDF misalnya. Akhirnya terpulanglah kepada pelanggan sendiri apa yang mereka nak kan.
Kaunter dari solid surface adalah yang paling bersih. Kalau nak cantik granite dan kayu lebih cantik kerana keasliannya.
Kalau kaunter solid surface tu, Zolmar quote brand Corian ke or another brand? Apa bezanya dari sudut pandang Zolmar on Corian ek? Longer warranty ke, or is there no difference?
Salam, walaupun bersetuju dgn pendapat anda dlm artikel di atas..saya berpendapat kos adalah perkara yg paling utama bila hendak bina atau ubahsuai dapur. Terutamanya bagi mereke yg mempunyai bajet kecil, bukan tak nak barang yg berkualiti kalau mampu apa salahnya. Cuma tidak semua mampu berbelanja tinggi bila bercakap ttg ubahsuai dapur dsbnya. Sebutharga melalui pertanyaan itu selalunya sebagai ‘congak’ kos yg bakal dikeluarkan. Itu sahaja..
Bagusnya artikel ini ialah mendidik pengunjung laman ini akan kepentingan info yg betul sebelum mengubahsuai dapur. Sekadar bertanya apakah pihak anda akan datang ke rumah pelanggan, mengukur dan memberi rundingan secara percuma?.. Itulah maksud saya pertanyaan melalui emel biasanyer adalah free quatation n consultion..
Tapi terima kasih atas laman web yg penuh info, saya pasti akan lebih kerap berkunjung ke sini memandangkan akan berpindah ke rumah baru x lama lagi. Assalamualaikum..
macam dapor siti nurhaliza..klassss