Ros perlu kasih sayang
SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman.
Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi.
Seorang pengurus syarikat yang mengusahakan tanaman ros secara khusus, Encik Kamal Kamaruddin, menyangkal pendapat berkenaan sebaliknya menyatakan penanaman pokok mawar mudah jika anda mengikut prosedur dan cara penjagaan yang betul.
“Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta,” katanya yang sudah empat tahun mengusahakan tanaman mawar dan kerja penyelenggaraan taman bunga berkenaan di sekitar Selangor.
Beliau memberikan beberapa tip bagi penanaman mawar dan menasihatkan mereka yang berminat menanam pokok berkenaan tidak menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat.
“Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan,” katanya.
Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.
Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain.
Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.
Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun.
Kamal berkata, seeloknya untuk pokok mawar dalam pasu air perlu membasahi tanah bagi membolehkan akar mendapat air secukupnya.
Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit.
Baja berkenaan dihasilkan sendiri Kamal dan hanya boleh diperoleh di kedainya saja manakala semburan daripada bahan organik dihasilkan untuk mengelakkan serangan virus, daun nampak lebih segar dan bertindak sebagai anti fungus.
Baja berkenaan akan dapat mengelakkan dahan menjadi kurus, pokok lebih tahan lama, pokok tidak berbunga dan atau daun mengalami masalah seperti kering, kekuningan dan bergulung.
Katanya, baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar.
Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga.
Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok.
Beliau berkata, ada beberapa kesalahan yang kerap dilakukan mereka yang menanam pokok mawar. Antaranya, menanam pokok mawar berselang seli atau mencampurkan dengan pokok lain, menggunakan racun serangga dan baja kimia, air berlebihan dan kurang baja.
Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar.
Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.
“Ramai yang merungut, dahan yang dicantas terlalu panjang dan boleh memendekkan pokok. Namun, mereka tidak tahu, jika formula itu digunakan pokok akan lebih cepat berbunga. Setiap dahan yang dicantas akan cepat membawa tunas baru yang turut mengeluarkan kudup bunga,” katanya.
Fakta: Mawar
# Dikenali juga dengan nama ros.
# Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.
# Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun, mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.
# Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.
# Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan
# Satu masa dulu di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan Istana.
# Ada pelbagai jenis mawar di dunia. Namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden
# Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.









Salam Encik Kamal,Saya duduk di Senawang,bolih saya tanya kat mana nak beli baja untuk tanam bunga mawar dan ubat sembur nye. Mahal ke ?
Salam hanza,
Kedai Encik Kamal ada di Roha’s Rizqi Roses di SACC Mall Shah Alam. Tapi tak ada no telefon diberikan.
Salam buat semua pembaca..
Saya peminat bunga mawar dan sering menghadapi masalah menjaga pokok tersebut agar sihat , sering berbunga dan tidak dimakan ulat atau daunnya yang sering kekuningan dan gugur atau bunganya semakin mengecil. Namun setelah mengikuti saranan dan nasihat yang dinyatakan oleh En Kamal, saya dapati bunga maear saya lebih segar, berbunga lebat malahan semakin membesar dengan sihat. Saya juga telah pergi ke SACC Mall dan membeli ubat sembur dan baja khas untuk mawar.
Kini saya dalam usaha untuk menambah koleksi bunga mawar saya. Terima kasih atas panduan yang diberikan.
Salam…
Saya dr Kedah..saya baru berjinak dgn pokok mawar ini sebagai hobi kerana minat yg mendalam kepada pokok ini, mcmana saya blh mendptkan baja khas utk pokok mawar, kalau perlu melalui pos tolong nyatakan jumlah.
salam
en kamal saya tinggal di jb bagaimana saya boleh mendapatkan baja tu
tq
salam. saya minat dengan pokok ros. masalahnya kebelakangan ini pokok ros saya
sering daun nya kekuningan dan batangnya seperti dimamah kulat dan lama kelamaan
ia hitam kekeringan. tolong bagi cara mengatasinya .
A’kum cik Kamal saya dari Kelantan dan amat meminati bunga ros. Namun saya berdepan dengan masalah daun gugur, bergulung dan kekuningan..saya berharap agar cik Kamal dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini dan memberikan panduan penjagaan yang betul…kerana saya amat sayangkan bunga ros saya…macamana nak dptkan baja tu?bantulah saya…
saya sangat ber,minat dgn.mawar.mula beli bunga nya cukup banyak.selepas 2 terus kekuningan dan batang pokok kelihatan kering dan akhirnya mati
salam..br2 ni pokok ros saya mati..saya dapati ada ulat putih sebesar ibu jari di dalam tanah (bwh akar)lbh kurng 12 ekor..bgmn cara untk menanggani mslh ult d dlm tnh?
kenapa lama kelamaan daun bunga mawar ni jadikerinting….bunganyanya pun tak cantik mngecil
mula mula beli cantik.. daun macam daun pokok bunga ros plastik tapi lama lama dia berkerinting bunga jadi buruk.. macam idup segan mati tak mau pulok
bagaimana keadaan pasaran bunga ros sekarang….ader permintaan tak.
saya suka tanam pokok bunga ros, masalah pokok tak hidup lama, kadang2 kecik hati jugak nak bela pokok bunga ros ni..macamana nak dptkan baja dan semburan tu..sebab saya tinggal di pantai timur..ada cara nak dptkannya tak?
saya baru berjinak dgn pokok bunga ros ni.. ade 3 pasu smua berlainan warna. saya syg sgt pokok ros saya tp x sampai sebulan daun & bunga jd layu. batang macam kering.. kenapa ye?
Saya seorang yang sangat meminati bunga mawar dan mempunyai 70 jenis dalam koleksi di laman saya. Dari 4 tahun pengalaman saya menanam, bunga ros memang memerlukan kasih sayang dan juga kesabaran. Banyak juga kaedah penanaman yg saya perolehi dari pengalaman yg membantu sesama peminat mawar.
Saya sangat meminati bunga ros.Banyak pokok ros yang saya beli di kedai dan ada yang saya dapatkan di Cameron Highland. Tetapi setelah saya tanam, bunga yang keluar kecil, tidak sama sewaktu beli.Adakah penanaman pokok ros dipengaruhi oleh faktor cuaca? kerana kawasan tempat tinggal saya sangat panas.. Adakah perlu kita menggunting bunga yang telah kering di pokok?
Ya. Penanaman bunga mawar dipengaruhi faktor cuaca. Pokok ros yg dibeli dari cameron memerlukan layanan yg berbeza berbanding dgn pokok ros yg di beli dari nurseri tanah rendah. Sila ziarah ke blog saya untuk tips percuma penanaman dan penjagaan bunga Mawar di Malaysia.
sy dah brpe kali tnm bunga ros tapi ta pnah hidup lama:( knp ye. tolong la beri tunuk ajar mengharap sesangat. saya nak hadiah kan kt mak syg nnti bunga tu.
saya kat trg…macamana nak dapatkan baja bunga ros yg en kamal buat tu..
akm.. macamana nak atasi masalah pokok bunga ros.. yang kurang berbunga.. bunga makin =mengecil.. daun brekerinting.. ada tompok tompok.. apa jenis baja yang terbaik dan racun yang sesuai..
assalamualaikum dan salam sejahtera…
saya memiliki koleksi bunga mawar…kuning…putih…pink..merah..pendek kata semua warna ada….saya guna baja khas mawar yg terdapat di pasar raya giant…setakat ni ok…berbunga kembang dan cantik….
nak beli baja khas dan ubat khas utk pokok bunga ros saya.berapa harga n bleh di poskan tak??
saya ada menanam pokok bunga ros sederet jarak antara satu kira2 2 kaki…dan di sekeliling pokok di tanam pokok renek yg berbunga cantik apabila matahari menyinar saya gelarnya japanese roses (saya tidak tahu nama sebenar pokok tersebut).adakah pokok tersebut bleh mnganggu pertumbuhan pokok ros saya?? kerana pokok ros saya daunya kehitaman dan bergulung berkedut..tidak lebar n belalng ulat gemar memakan bunga termasuk kudip bunga yg br bertunas…tolong beri nasihat tq…
Salam En. Kamal,
Kenapa bunga ros yang saya tanam, daunnya menjadi kekuningan dan gugur. Bunganya pula menjadi layu. Seolah-olah menunggu masa untuk rebah ke bumi.
Sedangkan saya dah beri baja organik, siram 2 kali sehari dan letak di tempat yang kena terus cahaya matahari.
Tolong nasihat agar bunga ros saya sempat di selamatkan.
TQ