Kabinet Apartmen Bandar Baru Ampang

June 10, 2009 by  
Fail di bawah Portfolio Projek

Baru-baru Zolmar Enterprise telah menyiapkan kabinet dapur dan wardrobe untuk pasangan Encik Nan dan Puan Mas. Kediaman mereka merupakan sebuah Penthouse Apartment berdekatan dengan Wisma Spektrum Bandar Baru Ampang.

Pelanggan telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak kami untuk merekabentuk kabinet dapur berserta aksesori kekalnya. Begitu juga dengan wardrobe.

Badan dan pintu kabinet dibina dari lapisan meranti laminasi yang berkualiti tinggi lengkap dengan beading aluminium. Kami juga menampilkan beberapa keping pintu kaca bagi menambah seri. Pemegang pintu juga dari aluminium dipilih supaya sedondon dengan rekabentuk kabinet secara keseluruhannya.

Permukaan kerja (worktop) pula dari meica top. Beberapa aksesori asas seperti rak dan pengering pinggan mangkuk dai keluli tahan karat dibina terus di atas sinki untuk memudahkan kerja yang berkaitan.

Rak bakul boleh ditarik keluar juga disediakan diruang kabinet sebelah ruang ketuhar sesuai untuk menyimpan dan mengambil stok makanan kering. Ruang ketuhar mikrovave juga boleh ditarik keluar untuk kemudahan pengguna.

Pada keseluruhannya rekabentuk moden kabinet dapur ini pasti memikat para para tetamu yang datang berkunjung apatah lagi jika tuan rumah pandai bermain warna untuk dinding dan aksesori-aksesori lain.

Bagi wardrobe pula, rekabentuknya adalah “straight to the point”. Mudah. Dengan kualiti kerja yang kemas tidak ada apa yang perlu difikirkan lagi.

Kabinet dapur yang baru disiapkan dilihat dari ruang tamu.

Kabinet dapur yang baru disiapkan dilihat dari ruang tamu.

Rekaan moden yang ringkas dengan matlamat mengoptimumkan penggunaan ruang.

Rekaan moden yang ringkas dengan matlamat mengoptimumkan penggunaan ruang.

Pemilik memilih untuk meletakkan dapur dan sinki secara selari.

Pemilik memilih untuk meletakkan dapur dan sinki secara selari.

Antara aksesori yang siap dipasang di dalam kabinet.

Antara aksesori yang siap dipasang di dalam kabinet.

Wardrobe ringkas tetapi tetap praktikal dan menarik.

Wardrobe ringkas tetapi tetap praktikal dan menarik.

Enter Google AdSense Code Here

Komen-Komen

75 Responses to “Kabinet Apartmen Bandar Baru Ampang”
  1. zuriyahjohari says:

    bentuk dapur saya sama seperti di dalam gambar. saya tinggal di melaka. boleh ke jika saya nak upgrade dapur saya seperti gambar di atas ? berapa angaran kos di atas ?

  2. AZURA says:

    Salam..
    sy amat tertarik dengan kabinet dapur ini…

    Kemas, teratur & cantik..

  3. ila says:

    Klau sya nak buat sama dapur saya spt gambar tu ,berapa agaknya harga dapur tersebut.

  4. ila says:

    saya nak tahu harga wardrobe dan kabinet dapur spt gambar tu braper agak nya.

  5. MIELA says:

    saya baru berpindah ke rumah baru…tapi saya tidak mempunyai kebinet dapur lagi….sebab tak mempunyai bajek yang bnyak…boleh saya tahu kebinet apa yg pling murah smple dan cantik..tuk kelengkapan di rumah saya…hehe..

    tq..

  6. lina says:

    Salam, cantik jgk kitchen cabinet tu kan.. blh tlg emel brp kos nye. klu blh nak jugak design yg lain beserta kosnye..design yg simple-simple je.. tq

  7. Adek_Cheras says:

    berapa cost utk keseluruhan kabinet dapur?

  8. zahari says:

    Bagi saya cabinet tu memang cantik tapi lagi kemas saya rasa sekiranya bahgian atas tidak mencecah hingga ke syiling….berapa agaknya kos untuk membuat cabinet sebegitu

  9. Hanim says:

    cantiknya perabot di area kitchen tu. Saya really interested nak buat macam tu. Boleh emailkan quotation tak?

  10. wan says:

    Berapa kos untuk kitchen cabinet yang mcm ni????

  11. ziana says:

    Salam…saya nak buat rumah leh tak emelkan gambar kabinet2 dapur yang kosnya murah dan mahu ketahanan

  12. ita says:

    salam…nk tanya…blh buat payment installment x? cantik2 tengok kitchen cabinet…baru nk masuk rmh…mcm teringin la….tapi budget ciput je…under 5k…

  13. iman says:

    saya ingin membuat kc.saya amat berkenan dgn design kc di atas.berapa kos kc spt di atas.jika berpatutan dgn bajet saya,saya ingin menempah dengan pihak tuan.tolong emeilkan harga dan kalau blh harga design2 lain pun blh jgk.harap dapat emeilkan secepat mugkin krna saya ingin memasuki rmh baru tidak lama lg.tq

  14. lynn says:

    nk tanya pasal kabinet dapur .bape harga sekaki.melaka leh wat ke?

  15. teepah says:

    nak tanya jika nak buat dapur seperti diatas, berbentuk c dengan ukuran 4kaki, 13kaki dan 5 kaki.

    email kat saya terima kasih.

  16. Faizal says:

    Saya amat berminat dengan kabinet di atas. Saya mempunyai apartment yang agak kecil berapakah anggaran kos sekiranya saiz kabinet saya ialah 8 X 2 (L shape) di mana table top konkrit telah dibina

  17. Mas says:

    saya amat tertarik utk kc di atas(bnd baru ampang).Luas dapur saya 18 x 11 .
    BOle emailkan quotation x.

  18. Suriani Bt Mohd Bahari says:

    Sungguh kemas dan cantik…boleh e-mailkan harga untuk kithen kabinet dan wardrobe diatas…Tq

  19. Aza says:

    nak tau harga kc mcm ni.. dapur saya 13kaki panjang, 9kaki 3inci tinggi, lebar 9kaki 5inci… rumah saya kat bandar teknologi kajang..

  20. sakura says:

    ada tak kemudahan pembayaran secara ansuran? sy cuma ada peruntukan 10k utk dapur, tp setelah sy servey dgn 10k tu tidak mencapai impian saya utk memiliki dapur yg mcm ni…(Kabinet Apartmen Bandar Baru Ampang).

  21. sakura says:

    zahari,
    kalau saya, sy suka kabinet yg tinggi dia sampai ke siling mcm ni, xde la penat tiap2 minggu nak sapu habuk kat atas tu… tp xtau la klu awak seorg yg rajin… hehhee…
    kena pikir gak mende2 camtu…sbb habuk ni sekejap jer… (sekadar pendapat)

  22. shieda says:

    (Wardrobe ringkas tetapi tetap praktikal dan menarik)
    berapa kos nk buat mcm ni???

  23. suriati ishak says:

    Salam…sangat berminat dgn design kitchen spt di atas…..mohon di e mail anggaran harga utk design tersebit bg dapur berkeluasan lbh kurang 8 x 5….terima kasih

  24. zamry says:

    salam,

    saya nak tahu berapa harga utk buat cabinet dapur.

    kalau guna nyatoh solid kira macam mane?
    kalau guna nyatoh ply kira macam mane?
    kalau guna abs kira macam mane?

    tambahan eksosori pada cabinet dapur kira macam mane?

  25. sue says:

    wardrobe kt dlm gambar tu drp material ape ye? brapa kos keseluruhan utk bina wardrobe tu? tlg emel pd sy..

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!