Projek Perabot Banglo Di Banyan Close
June 10, 2009 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Dalam review projek Senihias.com kali ini kita menjengok sekejab ke sebuah banglo di Banyan Close, Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Banyan Close merupakan sebuah kawasan perumahan mewah yang terletak di pinggir Lebuhraya KL -Seremban bersusur-keluar Bandar Seri Putra/Putra Mahkota.
Projek ini adalah antara yang terbaru kami siapkan dan pemilik pun baru saja berpindah masuk. Namun atas dasar privasi pemilik telah meminta kami merahsiakan identitinya.
Untuk banglo ini, kami telah membina keseluruhan kabinet kustom bermula dari kabinet serbaguna di pintu depan, panel-panel display di pelbagai ruang di tingkat bawah, kabinet dapur kering dan basah, pemisah di antara ruang makan tetamu dan ruang menonton, ruang keluarga di sebelah atas serta semua perabot dan panel kemasan di bilik-bilik tidur.
Bagaimanapun oleh kerana pemilik lebih suka jika gambar bilik-bilik tidur tidak disiarkan, maka kita tengoklah apa yang boleh saja. Kami pasti ia sudah cukup untuk menggambarkan bagaimanakah citarasa atau suasana kediaman ini pada keseluruhannya.
Pada dasarnya konsep rekaan keseluruhan adalah moden. Bahan binaan pula agak pelbagai. Kabinet serbaguna berasaskan chipboard, dapur dari plywood berlamina dilengkapi top dari solid surface, sekatan ruang keluarga dari kayu Nyatoh dan badan-badan kabinet dari ply diperkukuh.

Sebaik saja melangkah masuk dari pintu utama anda akan dapat melihat panel dinding ruang tamu yang ringkas. Tiada sebarang AV disediakan di sini. Kabinet/panel display serbaguna berwarna putih berhadapan dengan tangga ke tingkat atas juga boleh dilihat di dalam gambar.

Dari ruang tamu pula anda akan dapat melihat kabinet serbaguna di belakang pintu utama untuk menyimpan kasut, payung, penyapu atau barangan lain. Kemudian ruang makan tetamu. Di sebelah ruang makan adalah ruang menonton.

Ini pula adalah pemandangan dari dalam ruang menonton, panel dinding untuk kelengkapan AV, di sebelah kiri adalah panel sekatan memisahkan ruang menonton dengan ruang makan tetamu. Di sebelah hadapan sana kelihatan sebahagian dari ruang tamu.

Ini pula rupa ruang makan keluarga serta kawasan dapur kering. Ia dilengkapi dengan kaunter semenanjung serta kabinet pelbagai saiz bagi menampung pelbagai barangan serta peralatan.












cantik dan kemas. Sila beri contact utk contractor rumah ini.
T kasih.
Salam Nora,
Kamilah kontraktornya. Zolmar Enterprise. Kalau nak tanya apa-apa soalan sila isi borang yang berkaitan. Klik banner berkenaan yang ada di sebelah kanan laman ini.
Boleh tengok gambar2 contoh tangga dan bawah tangga samada buat stor atau cabinet display.
Hai mila, ada juga kami buat kabinet bawah tangga. Tapi banyak projek kami tak ada amik gambar pun. Kalau ada nanti kami postkan…
cantik dan kemas . anggaran pengubahsuaian berapa RM?
Salam Farhah,
Nak kena tau penggubahsuaian apa yang nak dibuat baru boleh buat anggaran. Kami boleh datang rumah dan bincang… tq
saya amat meminati banglo moden boleh bagi contact no dan alamat berminat nak buat pintu lipat gantikan sliding door tapi berkonsep moden
Salam rohaya,
Tolong isikan borang pertanyaan perkhidmatan yang disediakan. Tengok banner sebelah kanan atas laman ni.. Tq
saya minat concept contemporary- modern,seperti yang selalu tersiar dalm majalah hiasan dalaman rumah dari luar negara.adakah pihak anda boleh menghasilkannya?
Salam anis,
Sila emailkan sampel2 design yang u minat tu. Tak ada masalah nak buat design apa pun asalkan material yang digunakan tu ada di pasaran kita.
nice…berapa kos ni?
sila emelkan gambar kitchen,wardrobe,etc..saya sdg renovate rumah
salam….saya sangat2 berminat dgn design2 interior seperti yg di gambarkan, mcaman pula dengan hiasan dalaman banglo..boleh beri saya design yang lebih hebat kah sebab sekarang saya sedang renovation rmh banglo saya…k tq
salam.boleh x saudara emailkan saya gambar panel sempadan kayu antara ruang makan dengan ruang tamu