Gaya menyusun ruang tamu

March 22, 2009 by  
Fail di bawah Ruang Tamu

RUANG tamu adalah ruang yang dikhususkan menerima tetamu dan berfungsi tempat pertemuan keluarga. Apapun aktiviti dilakukan, kerusi dianggap keperluan dan nadi ruang berkenaan.

Pastikan meja kopi ditempatkan di tengah ruang untuk memudahkan tetamu mengambil hidangan ringan.

Pastikan meja kopi ditempatkan di tengah ruang untuk memudahkan tetamu mengambil hidangan ringan.

Suatu ketika dulu, ruang tamu tetap berfungsi tanpa kerusi kerana masyarakat waktu itu hanya duduk bersila di lantai. Namun, ketika status dan keupayaan memiliki set tempat duduk diperoleh dengan mudah, memiliki set perabot lengkap di ruang tamu bukan masalah besar.

Apapun, anda perlu bijak menilai set kerusi tamu paling sesuai untuk memenuhi keperluan fungsi ruang itu. Oleh kerana kehadiran tempat duduk berupaya menyuntik suasana tertentu, maka sebelum sofa dan kerusi dibeli, perkara berikut perlu dipertimbangkan;

Kategori Pengguna

Kenal pasti kategori pengguna ruang tamu iaitu adakah membabitkan golongan dewasa, orang tua atau kanak-kanak?
Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.

Jika golongan tua pengguna utamanya, pastikan kerusi dipilih sesuai keperluan mereka.

Jika ia kerap dikunjungi kanak-kanak dan haiwan peliharaan, pastikan anda membeli sofa fabrik jenis sarung boleh tanggal dan cuci.

Bilangan Pengguna

Perlu pastikan jumlah pengguna untuk mengetahui jumlah tempat duduk yang patut disediakan.

Sediakan juga tempat duduk tambahan bagi menampung tetamu hujung minggu dan sesekali, jika menganjurkan majlis keraian.

Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.

Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.

Aktiviti Pengguna

Adakah kegiatan ruang tamu terhad kepada merai tetamu? Bagaimana dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, mengulang kaji pelajaran, membaca, membuat kerja tangan, bermain, makan atau mendengar muzik?

Setelah mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan di ruang ini, sediakan keperluan ruang itu seperti kelengkapan tambahan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Gaya susun atur tempat duduk

Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:

1.  Susunan segi tiga

Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.

Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.

2.  Susunan bulat

Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruang.

Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.

3.  Susunan separuh bulat

Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah.

Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.

Berikut beberapa tip menyusun atur sofa di ruang tamu; Kehendak praktikaliti dan peraturan yang perlu diikut;

  • Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, temoar duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  • Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  • Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  • Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  • Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  • Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  • Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

Berita Harian

Enter Google AdSense Code Here

Komen-Komen

11 Responses to “Gaya menyusun ruang tamu”
  1. nursharmin says:

    saya bukanlah seorang yang pandai menghias rumah, apatah lagi dibesarkan dikalangan adik beradik yang ramai lelaki, jadi saya tidak pernah peduli tentang kesesuaian susun atur perabot mahupun konsep sesebuah rumah. namun sejak membeli kediaman sendiri, saya ingin pratikan satu konsep hiasan dalaman yang praktikal dan sedap mata memandang. rencana diatas sedikit sebanyak dapat membantu saya, namun lebih mudah dipraktikan seandainya disertakan dengan gambar sebagai panduan menyokong keterangan rencana.

  2. yahya says:

    bagaimana kalau ruang tamu berbentuk L dan berdekatan dengan tangga serta sliding door sila beri contoh gambar dan keterangan jikalau boleh berikan warna yang sesuai untuk ruang tamu tersebut

  3. intan says:

    rumah saya berbentuk lurus dan bilik 4 sederet, masaalah saya ialah adakah ruang mula masuk sesuai untuk tamu atau ruang keluarga nonton, manakala ruang makan di dapur yang sempit atau ruang diberi kepada 3 bahagian.. tolonglag beri pandangan …

  4. admin says:

    Intan, kena tau berapa besar ruang yang ada baru boleh buat keputusan. Mungkin mula-mula ruang tamu, kemudian ruang menonton kemudian ruang makan.

  5. lina says:

    luas keseluruhan kwsn umh 20×60.jd utk ruang tamu kecik jela.saya suka perabot kaler hitam.camner nk menghias rung tamu yg kecik tu nmpk luas,kemas n cantik????

  6. farhana says:

    warna ape ke yang sesuai tu kelihatan ruang tamu yang luas..

  7. idakt says:

    Saya telah membeli sebuah rumah teres 2 tingkat yang mempunyai ruang tamu yang berkeadaan memanjang dan agak sempit.sukar untuk saya menyusun atur perabot.ruang dapur kering boleh dilihat terus dari luar.macam mane saya boleh menyusun ruang ini agar nampak menarik.

  8. Aniez says:

    say minta pendapat kawan-kawan,megenai rumah saya .keadaan dlm rumah agak kecil ,bagaimana kah saya hendak menghias rumah saya supaya kelihatan kemas dan cantik.

  9. siti says:

    saya suka dengan laman web ni, banyak info yang saya dapat. saya seorang yang minat dengan hiasan yang cantik, simple n trendy. pada pendapat saya ianya lebih menarik dan praktikal jika disertakan cara dan gambar dekorasi yang lebih banyak. TQ

  10. Zulila says:

    rumah saya mempunyai keluasan yang cukup besar,ttapi saya masih tercari2 apakah tema yang ingin saya terapkan pada hiasan dalaman rumah saya. Pada dasarnya saya amat meminati hiasan gaya inggeris..dgn melayari laman web ni saya telah sedikit sebyk mendapat info n inspirasi tuk hiasan dalaman rmh saya. harap di pelbagaikan dgn tip2 juga gmbr2 dekorasi. TQ

  11. noor maznita che aziz says:

    saya mmg minat dengan hiasan dalaman rumah , terutamanya gaya english, minat sangat-sangat. Kalau boleh saya nak mintak pendapat camner nak mencantikkan lg rumah saya … terima kasih.

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!