Ukuran-ukuran asas kabinet dapur dan perkakasan

May 18, 2010 by  
Fail di bawah Artikel, Tentang Kabinet

Apabila anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain.

Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui. Sila rujuk Gambar 1 untuk memahami ukuran yang dimaksudkan.

Ketinggian-ketinggian

  • A – Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
  • B – Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
  • C – Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
  • D – Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci

Kedalaman-kedalaman

  • E – Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
  • F – Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
  • G – Kedalaman bar counter: 16 – 24 inci
Gambar 1: Rujukan untuk ukuran-ukuran asas yang dimaksudkan

Gambar 1: Rujukan untuk ukuran-ukuran asas yang dimaksudkan

Anggaran ukuran-ukuran lebar perkakas dapur

Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran – peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.

Berikut adalah antara ukuran “standard” perkakasan yang biasa dipasang di dapur:-

  • Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci
  • Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci
  • Peti sejuk kecil: 24 inci
  • Peti sejuk sederhana: 27 inci
  • Peti sejuk besar: 35 inci
  • Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci
  • Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci
  • Hob dapur: 29 inci
  • Hood dapur (slim): 29 inci
  • Hood dapur normal: 35 inci
  • Rak pengering pinggan: 24/30 inci
  • Mesin basuh: 24 inci

Untuk ukuran perkakasan yang tepat, anda bolehlah menentukan terlebih dulu model dan jenama perkakasan yang ingin anda gunakan.

nazli13

Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

Enter Google AdSense Code Here

Komen-Komen

2 Responses to “Ukuran-ukuran asas kabinet dapur dan perkakasan”
  1. izhar says:

    Tolong bagi quatation untuk kc

    1. Base cabinet = 15′
    2. 1 x tall unit
    3. Base cabinet atas refrigerator
    4. table top granite 15′
    5. bar counter 8′ dengan top solid surface with base cabinet
    6. wall cabinet 6′
    7. 1 x dish rack
    8. panel cover untuk ducting 6′
    9. drawer 3 set
    10. 2 x glass door for wall cabinet
    11. wiring for 7 power point
    12. plumbing for tap n double bowl sink
    13. wall tile for 9′
    14. Kc guna material melamine with aluminium edge
    15. kitchen hoob n hood (chimney) + sink dah beli

    Lokasi di shah alam. Berapa kos keseluruhannya?

  2. ika says:

    bilik tidur tak de keh?
    tengah bingung ni…
    nak hias bilik tidur sendiri beserta tempat belajar dalam satu bilik..

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!