Rekaan kabinet dapur kayu moden berona tradisional yang hangat dan evergreen

April 9, 2010 by  
Fail di bawah Portfolio Projek

Portfolio ini memaparkan rekaan dapur kayu moden dengan warna tradisional untuk pelanggan kami yang mendiami sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras. Tuan rumah berpendapat kabinet dari kayu lebih evergreen berbanding yang berkonsepkan kontemporari moden. Kayu juga tahan lebih lama dan semakin cantik di telan masa.

Selain itu dapur ini juga agak unik layoutnya apabila ia boleh dikatakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dapur basah, dapur kering dan kekotak perkakasan elektrik yang berada di bahagian tengah. Saya mencadangkan layout ini selepas mengambilkira kedudukan sebuah tiang konkrit besar yang tidak boleh dialih selepas pengubahsuaian ruang dapur dilaksanakan.

Saya berpendapat kabinet dapur dari kayu nyatoh ini memberi rona hangat kepada ruang dapur di samping kelihatan elegan dan teguh.

Bahagian dapur basah di mana semua keperluan dapat dicapai dengan mudah.

Bahagian dapur basah di mana semua keperluan dapat dicapai dengan mudah.

Pandangan dari dapur basah ke bahagian depan. Perhatikan kedudukan peti sejuk yang hanya bersebelahan.

Pandangan dari dapur basah ke bahagian depan. Perhatikan kedudukan peti sejuk yang hanya bersebelahan.

Dari sudut yang agak berbeza - dapur basah > kekotak perkakasan elektrik > dapur kering.

Dari sudut yang agak berbeza - dapur basah > kekotak perkakasan elektrik > dapur kering.

Kekotak perkakasan elektrik yang menempatkan peti sejuk, oven, mikrovave dan mesin basuh. Selain itu ia masih mempunyai ruang untuk menyimpan pelbagai barangan lain.

Kekotak perkakasan elektrik yang menempatkan peti sejuk, oven, mikrovave dan mesin basuh. Selain itu ia masih mempunyai ruang untuk menyimpan pelbagai barangan lain.

Sekali lagi - pandangan dari kekotak perkakasan elektrik yang teguh ke arah dapur basah.

Sekali lagi - pandangan dari kekotak perkakasan elektrik yang teguh ke arah dapur basah.

Pandangan dari kekotak perkakasan elektrik ke bahagian dapur kering.

Pandangan dari kekotak perkakasan elektrik ke bahagian dapur kering.

Dapur kering dengan rekaan ringkas. Pintu topang hidraulik menggunakan kaca reflektif bagi disesuaikan dengan keanggunan rona kayu.

Dapur kering dengan rekaan ringkas. Pintu topang hidraulik menggunakan kaca reflektif bagi disesuaikan dengan keanggunan rona kayu.

Kami juga membina dua buah wardrobe yang menampilkan rekaan kayu moden dengan penggunaan pintu sliding dari cermin dan bingkai aluminium. Gambar kedua merupakan wardrobe di bilik tidur utama dengan 2 pintu sliding besar dengan kelebaran keseluruhan melebihi 10 kaki.

Kami juga membina dua buah wardrobe yang menampilkan rekaan kayu moden dengan penggunaan pintu sliding dari cermin dan bingkai aluminium. Gambar kedua merupakan wardrobe di bilik tidur utama dengan 2 pintu sliding besar dengan kelebaran keseluruhan melebihi 10 kaki.

Selain itu kami juga membina rak kasut dengan pintu louvres sepenuhnya. Pandangan dari luar dan dalam.

Selain itu kami juga membina rak kasut dengan pintu louvres sepenuhnya. Pandangan dari luar dan dalam.

nazli13

Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman
Email: senihias@gmail.com

Enter Google AdSense Code Here

Komen-Komen

46 Responses to “Rekaan kabinet dapur kayu moden berona tradisional yang hangat dan evergreen”
  1. lin says:

    berapa ya kalau nak wat dapur & tempat kasut cam nie?

  2. zarina says:

    Hi senihias, berminat dgn kitchen cabinet yg macam ni…boleh bagi price estimation tak utk dapur sebesar ni?

  3. amalina aqilah says:

    salam…

    very nice…
    kdg2 bla kita memilih pilihan warna yg gelap pencahayaan lampu itu penting…
    sy lbih meminati 2′ x 2′ polished tiles yg gelap n pilihn warna cabinet yg cerah…
    tq…
    pe pn mmg menarik mata memandang…

  4. hunny says:

    saudara, saya juga seperti cik Lin, ingin mengetahui harga semua diatas

  5. ayu says:

    cantik la kabinet dapur tu.. kalau saya nk buat wardrobe 10kaki tinggi dan 4pintu berape ye??

  6. norida says:

    saya sukakan set kabinet dapur tu. keseluruhannyala.sangat berminat betul dgn rekaannya.boleh berikan saya harga untuk kabinet seperti itu sbb saya nak tahu anggaran harganya.saya dari johor.boleh terima ke kalau jauh?

  7. yus says:

    Nice. Suka sangat. Quotation macamana? Kat Kelantan ambik job tak?

  8. anne says:

    slm

    bleh sy dptkn qou utk kabinet d ats?

  9. siti mariam says:

    saudara, boleh saya dapatkan harga bagi kitchen kabinet di atas? kat kulim , kedah ambil job tak?

  10. wan says:

    rumah saya mempunyai ruang tamu dan dapur yang sama. kalau masuk pintu utama terus nampak sink didapur. .mcmana reka bentuk yang terbaik

  11. niza says:

    cantik………

  12. kakashi senpai says:

    mesti 20K ke atas ni..hmm

  13. ZURIFAHIDA says:

    berapa harga utk KC dapur basah seperti gambar pertama tue.klau nak wat bawah jer brapa RM.

  14. shafida says:

    saya baru beli rumah …rumah ters kos sederhana….dapur macam tu sesuaike dgn rumah yang keluasannya 20×75….?
    berapa agaknya harga kabinet dapur tu…?

    kalau wardrobe yang pintu bercermin gambar pertama tu berapa yer? saya kat gombak..boleh datang ker…

  15. Alam says:

    flow dan layout dapur yang praktikal dan menarik, love it!

  16. marina says:

    salam..boleh tak nak dapatkan kos keseluruhan untuk dapur ni..admin, pls answer..tq

  17. Lina says:

    salam,
    boleh saya tahu anggaran harga utk kabinet dapur diatas (tidak termasuk dapur kering) tetapi termasuk kotak perkakasan elektrik.

    dan jugak anggaran harga utk kabient kasut serta wardrobe.

    terima kasih

  18. Acik says:

    berapa cotation bagi semua yg dipapar. saya plan nak buat kat rumah…

  19. Ija says:

    Saya berminat nak tau quotation utk wardrobe yang menampilkan rekaan kayu moden dengan penggunaan pintu sliding dari cermin dan bingkai aluminium.

  20. zamri hamid says:

    salam,
    berapa kos bagi kc dan tempat rak kasut.

    tq

  21. nonaz says:

    berminat dengan cabinet kitchen tue…kalau dapur saya keluasa 5×13 buat L shape macam tue saya teruskan tempat oven & peti ais berape yer ….plz email thanks

  22. rosdiana says:

    Assalamaualaikum, sangat cantik set kabinet nie… daput basah n dapur kering berapa harganyer.. kira macam mana ikut kaki persegi ker?
    T.Q

  23. zuha says:

    cantik sgt kabinet dapur tue,boleh bg hg anggaran

  24. hasliza says:

    sangat bertepatan dgn citarasa saya, warna coklat kayu tg tepat, rekabentuk yg evergreen tp still nampak moden….sudah dua bulan lebih saya duk cari dalam internet n majalah…at last saya jumpa jgk akhirnya apa yg saya cari….

  25. siti says:

    Salam en. Nazli. Boleh saya tau anggaran budget utk kitchen kabinet dapur basah ni?

    TQ

  26. ayat says:

    mana tahan lasak antara kayu dan shiftboard?

  27. hafizah says:

    Salam,

    Boleh saya daptkan quotation bagi shoe cabinet diatas? ASAP plz. thanx.

  28. fazura says:

    salam..sy berminat dgn dapur & tempat kasut cam nie…quotation plz..

  29. fazura says:

    Salam en. Nazli. Boleh saya tau anggaran budget utk kitchen kabinet dapur basah ni?quotation plz..
    tq

  30. anum says:

    Cantik sangat… Nak tau anggaran harga untuk Dapur basah dan unit perkakasan elektrik.

  31. dalia says:

    Salaam en nazli…
    cantik kabinet dapur nie..tapi saya rasa en nazli terlupa nak bukak cover plastic yg wrapped kitchen hood nie..lepas bukak baru bleh expose warna stainless steel hood nie..tq

  32. zue says:

    saya amat tertarik dengan design di atas boleh say atau berapa bajetnya?

  33. fazura says:

    en.nazli..bile boleh dapat anggaran budget utk semua ni?..reply plz..

  34. Roselind Pensin says:

    Kamu ada cawanagan kat Sabah ke?

  35. yah says:

    menarik sgt…berapa kos nak wat ni kalau sy amik bahagian bawah je?

  36. nizam says:

    boleh dapatkan saya quotation utk rekaan dia atas.
    saya akan berpindah ke rumah baru anggaran dapur saya 8×10.

  37. Zura says:

    Saya berminat gak dgn dapur basah kt ats. Boleh bg quotation x?

    TQ!

  38. adi says:

    Salam, boleh tak nak tau anggaran budget utk kitchen & tempat rak kasut. tq

  39. Alifah says:

    Boleh saya dapatkan quotation utk kabinet seperti diatas ? Sy pernah hntra pertanyaan tp tidak berjawab..

    ukuran seperti dibawah:
    L shape – table top 12′ x 5′ – termasuk sinki di bahagian 5′
    – base utk table top menggunakan granite

  40. farah says:

    cantik sangat… leh bg qou tk?

  41. serena says:

    Wah..memang lawa. :)

  42. mar says:

    Sangat cantik. Boleh bg quotation untk dapur 16 x 12 plus pulau 3 x 4. and wardrobe pjg 12 kaki. tq.

  43. ruwaidah says:

    cantik. simple dan kemas. brapa budget agaknya

  44. ruwaidah says:

    cunnnn. menarik. i luv it budget brapa.tq

  45. Rosniee says:

    Salam, encik nazli saya berminat dengan dapur kering berapa anggaran kosnya? Kalau kat perlis boleh datang ke?

  46. fipah says:

    very nice..sy mmg berhajat membuat kabinet dapur, wardrob n rak kasut mcm ni utk rumah yg bakal siap…brp budget utk buat cmtu?

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!