Kabinet dapur di Kota Kemuning

November 23, 2009 by admin  
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar

Kabinet dapur moden yang kami siapkan kali ini berlokasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan sedikit pengubahsuaian ruang yang kami lakukan dapur dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Dapur kering menampilkan kemasan ply laminasi meka dengan skim warna merah putih manakala di bahagian dapur basah pula menampilkan ply laminasi berona kayu moden. Solid surface menjadi pilihan untuk dapur kering. Konkrit berkemasan jubin pula dipilih sebagai top dapur basah. Kaunter bar dibina sebagai pemisah ruang di samping untuk kegunaan yang praktikal. Kami juga membina kabinet display di ruang keluarga di tingkat atas. Jom tengok…

Ringkas dan kemas dengan paparan warna yang mengujakan.

Ringkas dan kemas dengan paparan warna yang mengujakan.

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Pemandangan yang lebih luas dari dapur ke bahagian hadapan.

Pemandangan yang lebih luas dari dapur ke bahagian hadapan.

meor10

Dari sudut ini kita dapat melihat kedudukan dapur kering dan dapur basah.

Dapur basah. Tiada tingkap tetapi tuan blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Dapur basah dari jarak dekat. Tiada tingkap tetapi blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden. Perhatikan lantai yang masih kotor berdebu. Selepas dibersihkan nanti tentu lebih menarik.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.

nazli13

Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

Komen-Komen

62 Responses to “Kabinet dapur di Kota Kemuning”
  1. sanisah says:

    memang cantik. saya memeng berangan utk mempunyai dapur warna merah dan putih. kalau ada rezeki bolehlah impian dilaksanakan

  2. Mimi Aida Yusoff says:

    Cantik skali gabungan warna merah putih tue…how much it cost to get that kind of design,I think it can suit 4 my apartment.

  3. sha says:

    berapa pulak anggaran kos yg merah putih besar tu….emm…suka…suka…

  4. julianabilah says:

    simple n praktikal tp tetap cantik..

  5. nida says:

    Berapa keluasan keseluruhan dapur utk design merah putih di atas tu. Berkenan sgt dgn design tu…

  6. Fena says:

    Saya suka design ini, sangat menarik dan menampilkan kelainan. Diman boleh saya cari atau tempah cermin hiasan seperti yg dipaparkan di dalam artikel ini?

  7. villiant says:

    erm..klu design cam nie..biasanyer tgok keluasan dapur ke atau boleh sesuai sume dapur..
    brape harga cm nie??

  8. nazira says:

    cntk gler? nmpk ekslusive rrrrrrrrr

  9. admin says:

    Haii..

    Kepada yang bertanya tentang kos, dapur merah putih tu taklah mahal, padan dengan saiz dan material yang digunakan. Kalau nak buat kat rumah sendiri, kami boleh datang ukur untuk bagi quotation. Bak kata orang ukur kabinet di rumah sendiri le. Baru betul harganya.

    Kepada yang bertanya pasal cermin hiasan tu, supplier di JB. Harga agak mahal le, tapi kalau dah minat apa ada hal. Frame cermin kami yang buat.

  10. admin says:

    Villiant, biasanya kita sesuaikan design dengan keadaan ruang dan kehendak pelanggan. Kami tak buat kabinet ikut saiz standard…

  11. admin says:

    Mimi, kalau betul-betul nak buat kami boleh datang ukur dan bagi quotation…

  12. sofia says:

    berkenanlah..chantek sangat ..

  13. niza says:

    saya pun berkenan…boleh tau kosnye

  14. niza says:

    boleh dtg rumah saya untuk ukur and bagi quotation?

  15. admin says:

    Niza.. tepon saya 013-236 1198

  16. daisy says:

    Nk tnye..counter top untuk cabinet merah putih tu dr material ape yer? Utk pintu tu plak? Sy tgh survey cabinet dapur ni..kalo kna gaya n harganye nk wat gak..

  17. Cantik,tapi rumah saya dah ada kabinet dapur.cuci matalah

  18. yati says:

    Assalamualaikum…

    Cantik sangat kombonasi dapur merah dan putih.
    Ruang dapur untuk rumah baru saya agak sempit. Namun saya berkeinginan untuk buat kabinet dapur yang moden. kalau badget dalam rm5k saja boleh ka?

  19. nora says:

    Salam.Skrg saya dgn asben tgh survey kabinet dapur, akan berpindah rumah bulan 3 nanti.Saya ingin bertanya boleh ke sekiranya saya faks kan salinan ukuran dapur berdasarkan SMP rumah untuk mendapatkan quotation secara kasar?
    Saya sukakan kabinet dapur yg berwarna coklat.Kabinet tu jenis material@ kayu ape yer?

  20. weet says:

    hai! sy berminat ngan kaler merah tu, glass kan?? dapor umah sy size 8×6.

  21. admin says:

    Salam semua, saya tak perasan salah tulis material kabinet merah kat atas tu. Bukan kaca 3G tapi ply laminasi dengan meica warna merah glossy. Nampak macam kaca 3G tapi bukan. So, kalau anda semua perhatikan ada 3 kabinet warna merah yang telah kami tampilkan dan semua menggunakan pintu berbeza. 3G di Enstek, Formica di Subang Bestari dan Meica di Kota Kemuning.

    Harga RM5k boleh dapat atau tidak? Kena tengok saiz dan design. Mungkin boleh dapat, mungkin tidak. Kami banyak juga buat kabinet harga dalam lingkungan RM5k ni. Bukan semua kabinet yang kami buat besar-besar belaka. Ada juga yang kecik dan bajet.

  22. yati says:

    Tq. Rasa lega jugak bila dengar KC boleh bina dalam rm5k. kalau lebih sikit2 tu tak kisah lah. Tapi malangnya saya berada di utara semenanjung. sangat puas hati dengan design KC merah putih tu.

  23. admin says:

    Yati, ada sesetengah tuan rumah buat dulu table top, kemudian dah ada bajet baru pasang pintu. Maknanya buat kerja ikut bajet le. Kalau buat sekali mungkin kos tinggi tapi kalau buat sikit-sikit tak la rasa mahal sangat. Orang kata ukur baju di badan sendiri.

    Satu lagi, kabinet atas pun boleh makan kos yang tinggi kalau binaan sampai ke siling. Kalau buat tinggi yang standard tu harga pun standard jugalah. Semua terpulang kepada kita sebab kita yang bayar dan kita yang nak guna.

  24. miza says:

    cantik…boleh ke buat di seremban??

  25. lina says:

    mmg cantik…nmpak moden gitu…

  26. Roza says:

    Salam, saya akan berpindah ke rumah baru dlm 3 bln ni. skrg ni tgh mencari untuk buat dapur. So, boleh bantu saya tak. Budget saya dlm RM5-6k…yg merah putih tu cantik la..sy suka…tp sy ada anak kecil..boleh bg cadangan..

  27. Puan Shahrul Nizam says:

    salam. nak tanya, meica kaler itam ada ker? cost dia murah skit ke dari kaca 3g?

  28. azuraida says:

    cantik sunguh kenan raso… duit pun comel

  29. azuraida says:

    cik admin saya dok bukit rimau je.so blh murah kan sebab dekat nga tempat awk tu..hajatnya nak kabinet yg atas jer……..

  30. sarah rizal says:

    salam,
    sy minat sgt yg kaler merah putih tu. dapur 10 x 10 blh muat tak? klu ok blh quote ke mail sy countess_drakoola@yahoo.com. Thanks..

  31. niezam says:

    salam admin sy bru tgk web ni
    tahniah lawa kombinasi merah+putih
    teringin rumah bujang sy mcmni
    ade rezki insyllh 2012 bnikah nt bkl is3 xla pening2 pale tuk hias dapur =)

  32. Nurul says:

    salam.

    saye pon nak tanya kaler hitam ade tak?
    saye baru nak pindah kat taman impian putra. tngh suevey2 design dapo yg cantik tejumpe website ni. cam bekenan la pulak.hehe.
    kalo saye buat bahagian bawah je dulu agak2 bape ek nak kene ready bajet?

  33. noryn says:

    salam..saya berminat betul dgn design yang ini.cantik sgt.blh x bagitau berapa kos keseluruhannya bg memudahankn sy membuat budget.blh x bg qoutation untuk design yg ini n yg di timur tmn estek nilai 2.kedua-dua design ni saya berminat sgt n bercadang untuk direalisasikan kat dapur rumah saya.

  34. yusma says:

    saya dh buat table top cm nk tmbh kabinet atas bwh jer dlm 10×5kaki rasanya..tp kt seremban…blh dtg ukur ke..

  35. izyan says:

    luas dapur saya lbh kurang mcm kabinet merah yg dlm gambar.tp saya lbh suka kabinet kale hitam dan cat kale merah…en rasa sesuai tak? brapa budget?

  36. naziera says:

    salam.nice kabinet dapur merah putih yg kat kota kemuning tu. brp kosnya bg keluasan dapur basah dan kering yg panjangnya 18ft x 11ft dgn ketinggian dari lantai 11ft ? harap reply ye…saya betul2 serius dan very interested!

  37. Siti says:

    salam,

    cantekk!sy mmg berminat dgn kitchen cabinet kaler merah+hitam/merah+putih. Betol ke pendapat yg solid surface kaler itam lg snang nmpk kesan calar drpd putih?
    Kit cab yg di kota Kemuning tu solid surface ye? Kalo meica merah glossy + kaca ply laminasi lg murah dr 3G, byk ke beza harga nye? Sy berminat dgn 3G tp nk bajet juga.
    Kalo sy e-mail kan plan rumah dan lakaran kit cab yg sy berminat utk quotation admin bole bg suggestion idea jugak x utk cantikan lg lakaran sy?

  38. Ija says:

    Saya nak sambungkan wet dgn dry kitchen sekali bagi tujuan membuat kabinet. Tapi rasanya nak buat table top bentuk L suiap berpintu jer dulu.Keluasan dapur lebih kurang 8′ (lentgh) x 6′ (wide). Berapa agaknya anggaran kasar kos.

  39. BB says:

    Saya berkenan ngan hasil kerja anda tapi sayangnya saya tinggal jauh di utara….mustahil le utk anda buatkan kabinet utk saya. Boleh tak bantu saya, saya nak dptkan quotation harga dan nak cari mana2 kontraktor belah utara (kedah/perlis)yang diyakini mutu kerjanya untuk saya hubungi? Utk info, keluasan dapur saya dlm 18 kaki x 16 kaki, saya inginkan dapur bawah daripada simen ngan table top tahan lasak, pintu pun tak perlu le yg fancy2….saya nak meja pulau utk meja kerja, bajet saya dlm RM15k ke bawah….agak2 boleh dpt tak?

  40. fina says:

    perhhh…cantiknyer…mmg dapur idaman sya nih…bila nak wat dapur camni…nk juga… :))

  41. fina says:

    agak2 berapa kosnya cam kabinet coklat tu…

  42. hamiza says:

    Assalamualaikum,

    Cantik betul rekaan En.Ok… kalau saya yang tinggal kat utara ni,, macam mana pulak …boleh buat ke..betul ke RM5.00 sekaki

  43. Nur_MS says:

    Salam kunjung…mcmner nk contact admin? nk decorate rumah parents kat kampung, kelantan..jauh gak tu..bleh ker g saner? sebab sy tertarik dengan dekorasi2 dapur yg ader kat sini…Klu nk g melancong kltn boleh la datang ukur2 kat rumah..hehe..
    ok thanks much~!

  44. norzalinawati che saad says:

    memang cantik kalau boleh nak buat untuk rumah baru

  45. khairi says:

    saya berkenan dgn kabenet dapor yg warna itam putih tu.brapa kosnye?

  46. ct says:

    saya nak wat kabinet menggunakan kayu nyatuh… berapa
    kos untuk kabinet nyatuh

  47. NUR NADIA says:

    hi, saya suka dengan warna yang dipadankan itu. merah dan putih nampak ceria dan mengembirakan. Berapakah bugget untuk membuat kebinet tersebut sekiranya dapur berkeluasan yang sama.

  48. amir says:

    salam..cantik jgak kabinet dapur warna merah n putih tu.ade warna lain ke slain tu?sy bajet dlm rm2000-rm3000 ckup ke utk aparment bru sya?dpur xla brape bsar.dlm 9 kaki kot.

  49. iera says:

    saya pn tgh survey kabinet dapur. warna pilihan mmg merah putih. lbh kurang mcm yg ni laa…tp saya jauh sgt..kt kelantan.

  50. tini says:

    nak tanya..umah saya kat klantan. ada cwangan ker kat sana?huu

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!