Kabinet dapur di Kota Kemuning

November 23, 2009 by admin  
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar

Kabinet dapur moden yang kami siapkan kali ini berlokasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan sedikit pengubahsuaian ruang yang kami lakukan dapur dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Dapur kering menampilkan kemasan ply laminasi meka dengan skim warna merah putih manakala di bahagian dapur basah pula menampilkan ply laminasi berona kayu moden. Solid surface menjadi pilihan untuk dapur kering. Konkrit berkemasan jubin pula dipilih sebagai top dapur basah. Kaunter bar dibina sebagai pemisah ruang di samping untuk kegunaan yang praktikal. Kami juga membina kabinet display di ruang keluarga di tingkat atas. Jom tengok…

Ringkas dan kemas dengan paparan warna yang mengujakan.

Ringkas dan kemas dengan paparan warna yang mengujakan.

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Pemandangan yang lebih luas dari dapur ke bahagian hadapan.

Pemandangan yang lebih luas dari dapur ke bahagian hadapan.

meor10

Dari sudut ini kita dapat melihat kedudukan dapur kering dan dapur basah.

Dapur basah. Tiada tingkap tetapi tuan blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Dapur basah dari jarak dekat. Tiada tingkap tetapi blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden. Perhatikan lantai yang masih kotor berdebu. Selepas dibersihkan nanti tentu lebih menarik.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.

nazli13

Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

Komen-Komen

62 Responses to “Kabinet dapur di Kota Kemuning”
  1. asmida says:

    Hi..mmg cantik kabinet tu..sy tgh survey kabinet dapur ni sbb umah yg dibeli x lama lg akn siap..di bkt naga bdktn bkt kemuning…bajet sy dlm rm5k..saiz dapur lbh kurg 9′x7′..blh dapat ke ngn bajet yg sy ckpkn tu?

  2. yani says:

    Saya berminat dapur yg warna merah putih tu….actually berapa harga nya …sebab ingat nak ikut design yg samer…tolong bagi tahu kos nyer..

  3. nora says:

    salam…..brp budget utk buat dapur basah tu yer (termasuk sinki dan hub+hood)?

  4. ibnu mariah says:

    Cantik dan menarik. Saya ingin cadangkan supaya disertakan struktur organisasi Zolmar Enterprise, termasuk dengan gambar top management

  5. maz mohd says:

    Salam. Nak tanya. ukuran dapur 10×10. Berkenan warna merah glossy. anggaran siap dengan built in oven… berapa agak2

  6. haslina says:

    Saya tertarik gak dgn idea yg di paparkan…tapi rasa macam tak praktikal utk rumah baru saya…tu ada design lain untuk kabinat dapur L yang simple dan berapa kosnya.warna tak nak merah sangatlah kalau warna silver ke putih ke ade tak? hijau muda pun ok gak….tu merah sangatlah…

  7. niza says:

    salam.. sy ingin bertanye.. ape perbezaan solid nyatuh, ply nyatuh dan formica?? yg mane lebih bagus?? yg mane lebih tahan kalau kene air?? ape kebaikan dan keburukan? terima kasih byk2..

  8. fjun says:

    lawa2 tul kabinet dapur ni. I suka pula kabinet merah putih 2 coz, cam senang buat…bahan2 pun senang dpt…

  9. rahaiza says:

    salam,
    nk tanya..brape budget kalu nk wat dapur basah+dapur kering mcm ni ek?

  10. fie says:

    salam..sy pun nak tau gak..brp erk kos dapur bsh cam 2?

  11. Nurul says:

    Salam,

    Berapa anggaran budget untuk cabinet berbentuk L Shape tanpa dapur?
    Saiz lebih krg 3685.

  12. anis says:

    berapa kos kabinet merah putih tu dan berapa saiz ruang dry kitchen tu….?

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!