Pejabat Lovelorn Lure: Satu kunjungan semula

November 12, 2009 by admin  
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar

Pada 5 November lepas saya telah menyiarkan tampalan pejabat Lovelorn Lure yang telah mendapat liputan majalah Impiana. (Untuk ke artikel berkenaan, klik di sini).  Hari ini saya berkesempatan ke sana untuk mengambil gambar sebagaimana yang telah dijanjikan.

Terima kasih kepada Pengarah  Urusan Lovelorn Lure, Puan Marsyitah dan PA beliau, Cik Iza yang telah memberi kebenaran, layanan dan kerjasama yang mesra kepada saya. Sebagaimana yang dijelaskan dalam posting sebelum ini, di Lovelorn Lure kami telah melaksanakan semua kerja kabinet, panelling kayu dan lain-lain yang berkaitan.

Jom roll gambar…

Tatarias lobi pejabat Lovelorn Lure dilihat dari pintu utama dan dari sebelah belakang.

Tatarias lobi pejabat Lovelorn Lure dilihat dari pintu utama dan dari sebelah belakang.

Beberapa sudut seperti ruang receptionist, kaunter bar dan rak display.

Beberapa sudut seperti ruang receptionist, kaunter bar dan rak display.

Skim warna yang harmoni, pemilihan sofa dan lampu yang bijak serta kreatif. Cermin besar di sebelah sudut dinding memberi kesan 'lebih banyak' dari yang sebenarnya.

Skim warna yang harmoni, pemilihan sofa dan lampu yang bijak serta kreatif. Cermin besar di sebelah sudut dinding memberi kesan 'lebih banyak' dari yang sebenarnya.

Pejabat Pengarah Urusan Syarikat. Kelihatan Puan Marsyitah sedang berbincang sesuatu yang penting dengan seorang kakitangannya.

Pejabat Pengarah Urusan Syarikat. Kelihatan Puan Marsyitah sedang berbincang sesuatu yang penting dengan seorang kakitangannya.

Ini pula memperlihatkan kabinet-kabinet serta display panel di bilik mesyuarat utama.

Ini pula memperlihatkan kabinet-kabinet serta display panel di bilik mesyuarat utama.

Ini pula kabinet-kabinet yang terletak di pejabat pentadbiran. Selain dari kabinet kami juga menukar semua pintu menggunakan material yang sedondon dengan corak hiasan kayu secara keseluruhannya.

Ini pula kabinet-kabinet yang terletak di pejabat pentadbiran. Selain dari kabinet kami juga menukar semua pintu menggunakan material yang sedondon dengan corak hiasan kayu secara keseluruhannya.

Kabinet di pantri. Ceria dan moden.

Kabinet di pantri. Ceria dan moden.

nazli13

Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

Komen-Komen

4 Responses to “Pejabat Lovelorn Lure: Satu kunjungan semula”
  1. fara says:

    wahhh memang semangat koje kalau pejabat macam nie… cantik bona

  2. chemox says:

    ish…ish…kalo la tempat keja saya mcm ni…mesti x sbr2 nak g keja tiap2 pg….semangat tuh…

  3. ruzita jaafar says:

    hasil kerja dan senireka yg kemas serta ciarasa moden yang menarik.menampakkan suasana yg professional bersesiauan dengan pilihan warna yang bijak.
    memang ada klass.saya suka.

  4. mastura jaafar says:

    memang ada classs….susun atur dan senireka untuk pejabat lovelurn lurn, nie.
    tahniah buat zolmar enterprise

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!