Kabinet dapur di Taman Impian Putra, Bangi
November 8, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Kabinet dapur yang dipaparkan dalam portfolio ini dibina untuk rumah teres 2 tingkat bersaiz 20 x 65 di Taman Impian Putra Fasa 4. Ia menggunakan dua tone warna dan dua kemasan yang berbeza. Di bahagian dapur basah warna tradisional menjadi pilihan walaupun rekaan lebih kepada moden. Pintu dari ply nyatoh dikombinasikan dengan beberapa tingkap kaca lutsinar supaya tidak nampak terlalu solid. Top dari konkrit dengan kemasan jubin 2 x 2.
Di bahagian dapur kering pula menggabungkan 2 tall unit yang salah satunya menempatkan oven bina dalam, oven microwave dan ruang storan. Manakala tall unit di sebelah oven juga digunakan sebagai stor barangan. Yang menariknya bahagian ini juga dilengkapi ruang untuk menyimpan lebihan makanan masak (left over). Ruang seperti ini penting jika anda mahu left over tidak menyemakkan meja makan sepanjang masa. Kekotak peti sejuk dibina berasingan berhadapan dengan 2 tall unit tersebut. Ini menonjolkan ketelitian dalam rekaan keseluruhan dapur.
Selain itu kaunter bar dibina sebagai pemisah di antara ruang menonton dan ruang dapur. Gerbang kekotak juga dibina bagi mengukuhkan pemisahan ruang yang ditampilkan. Rak kaca dengan latar berbagai warna menawarkan permulaan ruang dapur yang agak unik dan berbeza. Unit kabinet dapur kering menggunakan badan dan pintu ply bertetulang dengan kemasan melamine berbingkai aluminium. Dinding antara top dengan unit atas dari cermin muka. Dan top dari meica top.

Pemandangan ruang dapur dari ruang tamu. Gerbang kekotak dan kaunter bar menjadi pemisah ruang yang jelas d antara bahagian depan dan dapur. Bangku bar pula belum ada.

Pemandangan dari kaunter bar ke bahagian dapur kering. Panjang keseluruhan dapur dari kaunter bar ke tingkap belakang lebih kurang 20 kaki.

Bahagian dapur kering di lihat dari sisi. Rak kaca dengan panel kaca berwarna sebagai latar belakang menampilkan keunikan tersendiri. Dinding kemudian disambung dengan cermin muka. Ruang nampak sedikit luas kerananya.

2 tall unit memberi ruang cukup besar untuk storan maksima. Ruang di sebelah oven direka untuk menyimpan makanan masak seperti penggunaan almari lauk yang popular di kalangan masyarakat kampung dulu. Perbezaan tone warna di antara ruang kering dan basah dapat dilihat dengan jelas di sini.

Sudut pandang dari belakang kaunter bar ke dapur basah. Perbezaan jelas tone warna, kemasan dan gaya. Perhatikan tall unit dan kekotak peti sejuk yang dibina bertentangan.








uiiissshhh!! cantik ssungguhh.. heaven la KC nihhh… i nak tnya la, glass yg warna warni tu bape ringgit sekeping? hihiiii
Kebetulan saya pon dok kawasan ni, bole tlg emailkan harga utk KC di atas. Tima kasih.
Woww… cantik..rumah saya baru siap dkt kwsn tu jgk.. tgh nk cari utk wat KC.. harap dpt email harga utk KC kt atas tu… thanx..
Bagaimana saya hendak hubungi tuan?… Perancangan saya untuk rumah baru saya di Shah Alam.
Terima Kasih
berapa kos untuk buat KC macam diatas
Nak tanye berapa kos untuk design kc ni… Rumah saya di TIP Fasa 6 baru sahaja siap. Tgh survey untuk kc.
rumah sy jenis teres 1 tingkat (kos serhana) jadi sy nak mintak pandangan tuan tentang kabinet yg sesuai utk dapur rumah sy… terima kasih
Sangat cantik rekaan dapur ni…adakah design dapur direka sendiri oleh tuan rumah ataupun tuan yang cadangkan selepas melihat keluasan rumah dan budget?
Berkenan sgt dapur nih……tgh survey KC nih…..berape kos untuk design kc nih……
saya org baru
melihat kepada finishing pintu dan kabinit saya rasa ia diperbuat dari bhan melamin abs dan kayu nyatoh.rekabentuk yang simple tapi ton warna yang sesuai untuk kedua dapur tapi tiada bahagian yang menyerlahkan rekabentuk tersebut.maaf ye.
kos mengukur dan reka kabinet dicas ke tak sekiranya tuan di panggil untuk membuat kerja trsebut
Saya nak tanya, berapa kos untuk KC bahagian dapur basah yg dlm gambar tu ye? Kalau dua2 bhgn tu pulak berape? Thanks
ok sungguh cantik… tapi kat sarawak nie susah sikit nak dapatkan design macam tu….saya sungguh berminat
salam, boleh saya tahu berapa kos dapur kt tas tu.
dan lagi satu boleh tak bg anggaran harga utk kc rmg saya yang berukuran, wall 7.5 kaki dan 12.5kaki base. tall satu. melamin dan nyatoh.
satu lagi nak tanya.. pecah dinding buat sekali tak?
harap dpt balasan.
Cantik sangat KC tu. Kos pembinaan Berapa??
Boleh dapatkan contact number Kontraktor yang buat KC tu tak?
berapa harganya untuk size dapur yg sama… sila email
menarik, sila email saya kos kerja ni..sy bercadang nk buat guna konsep yg hmpir sama dgn beberapa modifikasi
cantik..KC dengan ruang semaksima mungkin..boleh saya tau kos brape..saya tgh survey KC jgk nie..rumah semi-D double storey..
Salam..nak tanya berapa kos untuk dapur secantik di atas.
super nice..how much is the cost?thanks
Kepada semua yang berminat dengan design di atas untuk rumah sendiri dan nak buat sekarang terus hubungi saya di 013-236 1198.
salam, boleh tahu berape kos keseluruhan. Saya juga bakal penghuni Taman Impian Putra dan sekarang ni tenagh survey2 nak buat KC. Saya dah dapat satu quotation tapi agak mahal just untuk buat bahagian kabinet bawah sahaje. Boleh tak saya dapatkan quotation drpd pihak tuan untuk saya buat perbandingan dan kalau berpatutan dan hasil kerje memuaskan saya akan pertimbangkan.
SAYA INGIN TAHU BERAPA KAH KOS UTK MEMBUAT KC TERSEBUT SAYA TINGGAL DI PORT KLANG
boleh saya tahu berapa harga kc di atas
Bape kos buat kc mcm tu
kalau area rawang tak ambil ya… kalau ambil sy berminat nak tahu kos KC di atas..
peerghh!!! cantiknye matching 2 clrs…budget berapa cam ni erk?
Saya ingin puan beri anggaran berapa kos bg. KC L-shape seperti di atas tetapi dalam ukuran 5 x 10 kaki?
Salam…
Saya nak sambung bhg dapur rumah. Dalam 22*18. saya nak dapatkan batuan tuan/puan ttg susun atur yang tepat untuk nampak luas dan kemas dan semestinya cantik.
Saya berhajat nak nak buat toilet n bilik mandi skali.
Harap dpt pertolongan.
terima kasih byk2.
Salam..
saya ingin tahu..berapa budget untuk buat kc pada ruangan dapur basah seperti dalam gambar di atas?..Bercadang ingin membuat kc juga di taman impian putra fasa 6. terima kasih
assalamualaikum…
saya nak tanya berapa kos KC Taman Impian Putra diatas. Tq
salam..saya nak tanya..berapa harga utk kitchen cabinet type di atas?..jenis material yang dipakai?
bape costing utk buat KC exactly sama mcm u ni ye?
reply me ASAP..
thanks..
saya berminat dgn dapur ini.bleh berikan butiran harganyer.t.kasih
saya ingin tahu..berapa budget untuk buat kc pada ruangan dapur seperti gambar di atas?
berapa kos sume skali…rumah saya baru siap tp belum duduk lg di kajang skang tengah berkira2 utk ubahsuai dapur
Salam…
Hemmm…cantik sungguh dapur nie…saya memang berangan nak dapur macam nie..
Tapi berapa kos nyer yea…? selalu nyer nak ubah suai rumah macam nie byk x kos nyer…biasa nyer u all design utk customer 2 ke atau ikut design yg customer mau..?TQ.
akum…saya berminat dengan design keseluruhan dapur ni..boleh bgtahu sya berapa harga keseluruhan..memandangkan sya akan berpindah kerumah baru dbeli..saya nak tahu sgt tentang kos nya
akum..saya nak tahu sgt kos kabinet diatas..cantik sgt..tolong email sy
akum..saya nak tahu sgt kos kabinet diatas..cantik sgt..tolong email saya
saya dalam perancangan nak buat kabinet dapur.di negeri saya, terengganu, kedai-kedai pembuat kabinet dapur terhad dan mungkin agak mahal. kalau saya nak tempah / nak runding, adakah caj penghantaran kabinet akn dikenakan sekiranya saya setuju nak tempah???
memang class… i wish i can have one like this..budget berapa ni?
Salam.. Saya berminat dengan rekabentuk yang disiarkan di laman web ni..Untuk makluman saya akan memasuki rumah baru..sekarang ni tengah mencari company yg sesuai utk ubahsuai dapur saya. Keluasan rumah saya 24×70. Ruang dapur sederhana luasnya. Boleh tak bagi anggaran kos jika saya ingin membuat ubahsuai sink, kabinet dapur, kalo boleh hantar le contoh2/sample design dapur yg cantik2. Saya berminat dgn kaler hijau epal..
Salam
saya ingin bertanya, berapakah kos anggaran sekiranya saya ingin membuat kabinet dapur baru. Buat masa sekarang saya sudah punyai kabinet dapur, akibat agak sudah lama, banyak pintu2nya telah makan anai-anai. Jadi apa cadangan, samada hanya repair atau, buat keseluruhan. Namun berapakah anggarannya. Sekian, terima kasih.
Saya suka susunatur dan rekabentuk dapur yang disiarkan itu. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah KC sedia ada saya seperti KC bahagian dapur basah warna tradisional. Tapi bila dah buat renovation, saya berhasrat untuk combine KC lama itu dengan KC baru jenis 3G putih dan floor tiles yang pilih adalah warna ala-ala orange-brown. Sesuai ke tidak?
saya amat berminat mengenai ubahsuai kitchen cabinet ni. adakah pengubahsuaiannya melibatkan pemecahan ruang, menyebabkan harga KC tersebut menjadi mahal. berapakah badget untuk pengubahsuaian sebegini. sekiranya saya ingin menggunakan dapur gas yg sedia ada, adakan sesuai sekiranya saya letakkan di ruangan basah. manakala bg ruangan kering saya rancang untuk letakkan double KC.harap give feedback.thanks
saya baru memiliki rumah dan bercadang untuk membuat pengubahsuaian. saya masih mencari binaan dan rekabentuk KC yang sesuai dengan ruang dapur saya. saya amat tertarik dengan rekabentuk KC ini dan dapat kiranya saya mengetahui berapakah harga KC ini.
nak Quo utk KC nie.. kalau buat material apa yg sesuai kita guna dibawah sink basuh pinggan utk ellakn mereput atau pintu kabinet rosak. (basuh pinggan n xtvt di sinki selalu air akn memercikkan) TQ
saya nak tau kos utk ubahsuai dapur mcm kat atas ni..tlg email saya tentang harga..