Kabinet dapur moden hitam putih di Jentayu, Bandar Enstek
November 8, 2009 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Portfolio kabinet dapur oleh Zolmar Enterprise kali ini dibina untuk sebuah banglo di Jentayu, Bandar Enstek. Rekaan yang dipaparkan berkonsepkan moden hitam putih dengan pintu-pintu kaca 3G berbingkai aluminium. Badan kabinet dari ply bertetulang dan top menggunakan solid surface. Turut dibina sebuah pulau dengan ketinggian bar di ruang tengah dapur yang pastinya dapat membantu memudahkan penyediaan makanan.
Jom tengok gambar….

Pandangan dari pintu belakang. Konsep moden hitam putih begitu menyerlah. Tuan rumah belum menemui kerusi yang sesuai dengan unit pulau yang berketinggian kaunter bar.

Pandangan dari pintu utama ke dapur. Badan kabinet dari plu bertetulang, pintu kaca 3G dan top solid surface.

Sinki dan tall unit di sudut membentuk U kepada dapur yang serba lengkap. Periuk belanga yang tergantung membawa sedikit citarasa Eropah.







Rekabentuk moden yang ditampilkan tidak menyerlah kerana mengunakan warna yang hambar.saya rasa pintunya mengunakan frem aluminium dan cermin spray sandblasting.pandangan saya rekabentuk tersebut terlalu simple.tentu cantik kalau sebahagian pintu dibuat jalur-jalur.ataupun sebahagian dutukar dgn pintu membran press.
bagaimana nak design ruang dapur yang sempit
rekabentuk yg menarik tetapi kurang menyerlah dr segi kaler…ditambah lagi dengan susun atur aksesori yg agak berserabut, menenggelamkan design kabinet dapur ini. Dan bukan ke lebih menarik sekiranya periuk belanga disimpan di dalam kabinet tanpa perlu digantung setiap mase…tak perlu diudarakan…lap la lepas basuh..
bagaimana nak design taman untuk balcony yg sempit..utk apartment..?
Awanlarat & suridapur.. manusia ni ada pelbagai citarasa. Cantik itu adalah kepada pemilik mata. Sebagai pembuat kabinet kami kena sentiasa berpegang kepada hakikat ini. Kami boleh cadangkan, beri pandangan tapi akhirnya pelanggan yang menentukan apa yang mereka mahu. Yang penting pelanggan gembira dan merasa berbaloi…
Berapa kos keseluruhannya? TQ
pada saya kalau pintu kabinet putih, counter top hitam, mesti lantai kena warna hitam.
pastu kalo dapur nak nampak sentiasa cantik, jgn letak apa2 atas counter kecuali rice cooker (silver/hitam). boleh tambah sepasu dua tumbuhan hijau untuk balancekan hitam dan putih.kalau tak suka hijau boleh juga gandingkan hitam putih ni dengan satu lagi warna lain. cuma, jgn banyak sangat adun kaler.
Hai anne, pelanggan bebas memilih warna apa yang mereka suka. Apapun terima kasih kerana menyumbang komen.
encik… pintu kaca 3G dan higloss spray paint adakah benda yg sama?? apa pula yg dimaksudkan dengan membrane press??
pendapat saya, design cabinet cantik dan simple. tetapi mungkin tuan rumah tidak pandai menyusun atur kedudukan barang2 beliau di dapur.
ruang tersebut nmpak lebih sempit dan agak berserabut dengan periuk2 yang bergantungan. seeloknye ia disusun di dalam almari.
ruang peti ais juga telah cacat dgn adanya magnet2 di peti ais. seperti satu sudut di tadika.
rak putih kecil di sudut tepi tingkap itu juga menambah kesakitan mata saya. simpan benda2 kecil di dalam almari anda yg banyak tu.
nasihat ikhlas dari saya, jangan bazirkan duit anda beribu2 ringgit jika anda sendiri tidak pandai menyusun aksesori kecil dan peralatan dapur anda. Kabinet yang cantik sudah kurang hasilnye. pasti designer anda kecewa.
harap maaf..
macam x menarik sebab berserabut la….kabinet lawa…kalau kena cara menggayakan tampak lebih menawan…gituu
hahahah!!! suka hati dia la nak susun umah dia camana! nak letak fridge magnet pun tak boleh??? nampak cam tadika?? oii ini rumah la, bukan show room! bodoh giler rinie ni..
kenapa kita buat rumah kena peduli designer kecewa ke tidak? hahaha dia bagi gambar rumah dia feature kat website ni pun dah kira bagus…
ada tak jenis kabinet dapur..kaca bewarna yg agak ringan dan murah sikit?
Sayang betul dapur ni, cantik dgn solid surface, pintu kaca 3D dll,tapi kombinasi warna suram. Dapur mcm ni aku rasa x perlulah nak letak byk2 brg kat dapur tu. Nilai dapur ni dah jadi biasa2 jer klu berserabut dan tak berkemas.
Aku setuju dgn rinie “jangan bazirkan duit anda beribu2 ringgit jika anda sendiri tidak pandai menyusun aksesori kecil dan peralatan dapur anda”….
admin: bila cadangan & pandangan dah beri – selesailah tjwab korang, pelanggan rasa berbaloi, puas, menyesal atau tidak,.. bergantung pd kengkawan, ahli keluarga, jiran ke yg beri komen..betul tak?…
Ni poning gak nak pikir dapur rumah baru aku ni hehe…
sekadar pendapat
maaf juga..
stujuk gan pendapat2 kawan kat sini.tuan uma tak pandai nk susun ator brg2 dia..sepatutnya bila dah ade kc ni takde lagi brg2 atas tu..semua simpan dlm kc..ni npk semak n bertarabur..kalau nk letak pon satu dua mcm oven or rice cooker ke..
Saya lebih sukakan pintu kabinet warna merah, pemegang chrome dan background warna hitam atau putih. Sekiranya saudara sudi memberi sedikit lakaran bagi dapur saya yang bersaiz 20 x 20, dan berapa anggaran harga yang di tetapkan oleh saudara. Saya dahului dengan ucapkan terima kasih sekiranya saudara sudi membantu.
disebabkan cik rinie sakit mata, tentulah dapur cik rinie amat menyegarkan. apa kata dgn jujurnya cik rinie ambil gambar dapur cik rinie dgn keadaan sedia ada dan upload sbg rujukan.. (kalau kemas dulu tak payah susah susah ye cik rinie ye).. saya sgt berminat utk melihat sbg rujukan. dapur rumah saya pun berselerak takde yg beri tunjuk ajar. sudilah kiranya cik rinie jd guru kemasan dapur. buktikan anda mampu melakukan sebelum merendahkan yg lain. kami budak2 baru belajar tak pandai nk buat dapur yg tak sakit mata nih.. terima kasih..
perfect kitchen kabinet.!!!BRAVO! Semua idea, tatacara amat practical.Sesuai untuk yang menggunakan kabinet dapur dengan ertikata sebenar.PAda saya dapur adalah jantung rumah, dimana segala kasih sayang ibu ditumpahkan..
tahniah senihias!!
anda berjaya ‘menghidupkan’ dapur dalam jiwa tuan rumah tersebut
sy ingin tahu harga utk reka bentuk dapur yg di atas..pls reply me ASAP
warna kabinet tak ceria langsung. Pudar. Susun atur berserabut. Periuk2 tu jgnla digantung gitu. Buat2 tersilap aribulan jatuh kena kepala. Adui…..
Dapur yang sempit tak sesuai untuk meja unit pulau tu. Menambahkan sempit lagi ada. k
sy berminat dengan rekaan camnie..bleh x i dptkan quo n plan. u bleh wat syiling skalikan…thanks..pls reply ASAP.
sy berminat dengan design KC ini. berapakah kos untuk binaan ini. bole sy dptkan quotation untuk KC ini….
sya berminat utk mengetahui harga utk kabinet dapur.. mintak tolong bg quotition..
pada pendapat saya dapur ni mmg agak praktical…. org yg dapurnya clear jer tuh maknanya itu dapur hiasan, bukan untuk memasak.. cuma warna agak suram. apa pon depends pada tuan rumah, lain org lain citarasa n kita takde hak nak komen citarasa org lain kan…. lain ler kalau kita yg tulun bayorkan kekeke
Sekadar ingin menambah, ada sebahagian peralatan dapur lebih sesuai disimpan dengan cara menggantungnya, bukan disimpan di dalam laci/kabinet dan sebagainya. Ini supaya alatan berkenaan tahan lebih lama. Kepada yg tidak faham konsep ini, sila buat research mengenai bahan yg digunakan utk membuat alatan memasak dan bukan komen mengikut pandangan mata semata-mata.
Dapur wajar menjadi tempat yang praktikal, bukan sekadar cantik. Praktikal bermaksud membantu tugasan harian tuan rumah ke dapur terutamanya yang kerap ke dapur..bayangkanlah.. pagi..tengahari..petang..malam.. So..ada sebahagian alatan lebih sesuai diletak diluar dan bukan di dalam kabinet. Kecualilah anda jenis yang tidak ke dapur dan hanya menunjukkan dapur untuk tujuan bermegah dan berbangga dengan kecantikan. Orang yang praktikal di dapur, tahu apa ‘priority’ mereka. Fikir-fikirkan lah..
Saya berminat untuk mengetahui harga utk kabinet dapur top solid surface dan kemasan corak kayu horizontal seperti yg dipaparkan dengan keluasan yg lebih kurang sama
cantik kabinet ni…. pemilihan warna menunjukkan pemilik berjiwa tenang…. bila kuali dan periuk digantung begitu maka buntut periuk juga harus bersih berkilat seperti yang boleh dilihat jelas…. thanks kpd tuan rumah nak kongsi gambar… anyway cantik grill tingkap tu…
Salam,
Boleh email harga utk kabinet spt di atas tapi kemasan warna hitam, bukan putih seperti di atas.
cantik, kemas & very practical, boleh email kat i estimation of price? rumah i jenis condo
pintu 3g memang nampak cantik…pada saya, ok je hiasan tuan rumah ni…
kalau nk simpan sume perkakas tu dalam kabinet, nampak sgt x praktikal n dapur tu just for hiasan
Adakah anda boleh buat ubah suai luar dari kawasan lembah klang? seperti di Tanjung Malim?
Cantik. Boleh email brape kosnya?
CANTIK DESIGN NIEYH BPE KOS NYA…
salam tuan,
mcm mane pulak design untuk umah low cost?bantu sy
boleh hantar harga kabinet 3g tu untuk 5′ ukurannya..
Saya pasti tuan tumah ni peminat IKEA.nampak byk je brg IKEA kat umah ni..sama mcm saya…mmg nampak kurang ceria dari segi warnanya tapi kalau add brg2 IKEA nampak menarik jugak..OK lah tu!!!
menarik design ni…blh email quotation utk design begini x? tq
kalo kabinet set tuk ruang dapur yg agak mcm nie..dgr ader bar mcm tu..berapa kos yer…
Oklah jugak design tu,tak yah lah complain ada setengah orang punya dapur lagi teruk padatu….
kesian kat dia… suka hati dia la nak hias macammanapon. dok kata kat orang. mai nak tengok dapok sendiri..
Saya juga berminat dengan design KC ini. berapakah kos untuk binaan ini. bole dptkan quotation untuk KC iniā¦.
cantik dapur ni.praktikal..tapi klu putih nye lebih terselah lagi menarik..itu ikut mata tuan rumah la kan..boleh bagi qt utk kos dapur sebegini..sent to my email ye..tq to share..
saya suka dapur ni…praktikal…baru la namanya dapur..bukan nya ruang pameran..mesti tuan rumah ni rajin memasak untuk familiy..tahniah..tak hipokrit..
nak tnya,solid surface mmg dijamin tahan ker klu nk berbandingkan konkrit..saya pening taktau nk buat yg mana satu table top utk wet kitchen..bg pndpt skit..tq
Salam,
Boleh saya tau berapa anggaran kos kabinet di atas, nampak kemas dan menarik
salam. saya berkenan sangat dengan jenis pintu kabinet dapur ni. pintu kabinet ni jenis apa? dan anggaran harga untuk sekaki?
wowwwwwww,saiaz dapurnya a pa. i need the qoutation. do go go to kluang???
Salam,
Boleh saya tau berapa anggaran kos kabinet di atas, nampak kemas dan menarik