Pejabat Lovelorn Lure

November 5, 2009 by admin  
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar

Hujung bulan lepas kami diberitahu oleh Puan Marsyitah, Pengarah Urusan Lovelorn Lure yang berpejabat di Bandar Mahkota, Cheras bahawa hiasan dalaman pejabatnya telah tersiar di dalam majalah Impiana edisi Oktober 2009. Kami telah melaksanakan kerja-kerja kabinet untuk pejabat barunya itu beberapa bulan dulu jadi beliau nak kami tahu mengenainya. Lalu kami cuba mencari majalah yang dimaksudkan tetapi sudah tidak ada di pasaran kerana telah diganti dengan edisi baru November 2009.

Bagaimanapun saya sempat singgah ke pejabat Karang Kraf di Shah Alam beberapa hari lepas dan mendapatkan sebuah. Kami paparkan di bawah mukasurat-mukasurat yang berkenaan yang telah discan. Kami akan minta kebenaran Puan Marsyitah untuk mengambil gambar pejabat beliau supaya bahagian kerja yang kami buat dulu dapat ditonjolkan dengan lebih jelas. Nanti dapatlah kami kongsikan bersama anda di sini.

Sebenarnya kami memang telah banyak menyiapkan perabot dan kemasan dalam pejabat, tapi malangnya tak ambil gambar. Tapi sesekali dapat masuk majalah macam pejabat Lovelorn Lure ni, elok juga kalau kami pergi ambil.

imp1

imp2

imp3

imp4

Komen-Komen

6 Responses to “Pejabat Lovelorn Lure”
  1. noor hasliza says:

    saya suka gabungan warnanya..menarik..

  2. Sally says:

    fesyen lama.
    boring !!!!

  3. admin says:

    Sally, kena faham apa dimaksudkan dengan konsep. Rekaan pejabat ini direka oleh pereka yang dipilih pelanggan dan mereka menampilkan konsep retro moden. Mungkin konsep ni boring kepada sesetengah orang, tapi mungkin juga ramai yang menyukainya. Tak semua orang kata Siti Nurhaliza cantik.

  4. mie says:

    combinasi yang menarik….aksesori dan bahan material yang boleh dikatakan popular dikalangan designer. Berkonsepkan modern.
    Apa yang sally maksudkan fesyen lama yer….
    mungkin lain orang lain pandangan. Ada penah tengok konsep vintage…??..konsep industrial dan konsep 70’s. Walaupon hiasan nampak lama dah suasana nampak suram.
    Tapi ia adalah antara trend yang unik..ada peminat sendiri.

    Tapi aku tak minat english n bali style..nampak macam otai jerk…tah la.

  5. chen says:

    have to agree with Sally. kaler ok. Tot those couple tu trendy…bad choice for furnitures..and lighting too

  6. niezam says:

    ada gaya studio lah
    i like it
    warna asas HITAM+PUTIH+MERAH
    syabas

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!