Faktor penentu kos sebuah kabinet dapur

August 13, 2009 by admin  
Fail di bawah Tentang Kabinet

Kos membina kabinet dapur dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:-

  • Saiz binaan
  • Bahan dan kemasan
  • Rekabentuk
  • Aksesori
  • Kos kontraktor

Saiz Binaan

Lebih besar saiz binaan dapur anda tentulah lebih besar juga kos membinanya. Misalnya dapur berbentuk L bersaiz 10 kaki x 10 kaki tentulah secara lateralnya akan lebih mahal dari dapur L bersaiz 7 kaki x 7 kaki. Ini kerana penggunaan bahan, buruh dan jangkamasa berkadar terus dengan peningkatan saiz binaan. Begitu juga dengan kos-kos lain. Misalnya kos pengangkutan, penggunaan mesin jentera dan sebagainya.

Dapur yang kecil dan ringkas tentulah berharga lebih rendah dari dapur yang besar dan beraksesori penuh.

Dapur yang kecil dan ringkas tentulah berharga lebih rendah dari dapur yang besar dan beraksesori penuh.

Bahan & Kemasan

Bahan binaan dan kemasan kabinet dapur yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos. Badan kabinet yang dibina menggunakan kepingan chipboard tidak sama dengan badan kabinet yang dibina dengan ply bertetulang. Worktop konkrit, solid surface, chipboard, kayu atau granite pun berlainan harga. Pintu-pintu kabinet juga boleh menggunakan pelbagai bahan serta kemasan. Chipboard atau melamine board dengan ABS merupakan antara pilihan yang paling murah. Bagaimanapun harga akan meningkat apabila menggunakan bahan dan kemasan yang lebih kukuh dan berkualiti seperti ply laminasi, kayu solid, kaca, aluminium, stainless steel dan sebagainya.

Rekabentuk

Rekabentuk kabinet dapur berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang. Ada yang memilih untuk memiliki dapur yang berekabentuk ringkas seperti kotak-kotak modular. Ada yang inginkan kabinet dapur mereka direka dengan ciri-ciri tertentu, misalnya dinding yang lebih lebar, bentuk yang unik, unit atas sampai ke siling, kabinet gantung dan sebagainya. Jika rumit rekabentuk yang dicipta maka tentu lebih mahal kos membinanya.

Aksesori

Selain dari binaan kabinet dapur asas, anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan dapur supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar berfungsi sebagaimana yang diharapkan. Anda mungkin mahu kabinet dapur anda dilengkapi rak pengering pinggan, rak botol, bakul tarik untuk memudahkan pengurusan stok dan barangan. Selain itu anda mungkin juga inginkan kabinet anda dilengkapi lampu-lampu bina dalam, menggunakan ensel-ensel soft-close, berhandle cantik dan sebagainya. Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan ke dalam dapur anda, maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.

Kos kontraktor

Selain dari kos komponen kabinet dapur itu sendiri, anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor. Misalnya kos overhead, kos buruh, kos pengangkutan, servis lepas jualan dan sebagainya. Kontraktor yang mempunyai overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya. Tukang atau buruh yang berkemahiran tinggi perlu dibayar lebih mahal dari mereka yang kurang berkemahiran. Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Bagi kontraktor yang memberi jaminan atau servis lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kos membina kabinet dapur anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor ke kontraktor kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas. Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah. Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah. Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan. Kata orang putih, “when you pay peanuts, you get monkeys”.

nazli13

Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

Komen-Komen

7 Responses to “Faktor penentu kos sebuah kabinet dapur”
  1. sya says:

    assalamualaikum
    boleh saya tahu berapa kos sebenar untuk ubah suai dapur sekali dengan pasang kabinet,ubah sinki sekali?sy memang ada keinginan untuk ubah suai dapur bagi nampak kemas. rumah yg sy tinggal sekarang rumah kos rendah (town house).sy harap pihak encik dapat bg penjelasan lbh terperinci.

  2. aida hamid says:

    assalamualaikum….
    boleh anggarkan x kos untuk buat ubah suai dapur dengan pasang kabinet bagi 2 jenis dapur….dapur kering 12 x 10 dan dapur basah 5 x 20

  3. Joe says:

    Salam.

    Rumah saya merupakan teres 2 tingkat. Boleh tak maklumkan kos bagi L shape (13′x5′) yg menggunakan dark reflective glass seperti yg terdapat di dalam gambar website ini.

  4. izma says:

    bg bajet RM15k, ruang dapur yg sederhana besar, kabinet dapur yg mcm mana termasuk dlm lingkungan bajet sy

  5. Izzati says:

    Salam,

    Sy bercadang utk mengubahsuai rumah dan anggaran yg diperuntukkan adalah sebanyak RM70k. Adakah ianya mencukupi utk mengubahsuai keseluruhan rumah.

    tq

  6. atie says:

    saya nak tanya. berapa kos kabinet untuk dapur basah luas 12 x 12 dan dapur kering 10 x 17.baru bina rumah. belum ada kabinet dan dapur

  7. awanlarat says:

    kalau nak kira kos buat kabinet atau ubah suai memang susah sikit.pertamanya ia bergantung pada rekabentuk.keduanya pada syarikat mana yang akan anda tempah.ketiga pada bahan yang di gunakan,apapun kos yang anda keluarkan .pastikan kekemasan pembuatan diutamakan.syarikat pembuat kabinet dapur yang kecil mungkin lebih memuaskan dari segi kualiti dan harga yang lebih murah.syarikat yang besar mungkin bagus dari segi penyerahan produk dan kekemasan tapi mungkin jauh lebih mahal.apapun buatla apa yang anda rasa baik.

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai artikel yang dipaparkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!