Kabinet Dapur @ Timur Enstek
July 26, 2009 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Kabinet dapur yang kami paparkan kali ini bergaya moden, kemas, ringkas tetapi menonjol. Tema warna merah dan putih. Badan kabinet dari melamine board dilengkapi pintu-pintu dari kaca berbingkai alumimium dengan kemasan warna dari semburan cat merah cili.
Table top adalah dari solid surface. Kabinet dapur ini turut dilengkapi dengan sebuah kaunter bar yang juga berfungsi sebagai sempadan di antara ruang makan dan ruang dapur. Turut dibina 2 buah kabinet tinggi bagi menempatkan oven elektrik dan oven gelombang mikro dan juga untuk memastikan lebih banyak ruang simpanan.
Terdapat 2 sinki, iaitu sinki basuhan utama yang terletak di bahagian belakang berhadapan tingkap dan sebuah lagi sinki basuh tangan separa bulat diletakkan di sudut bersebelahan dengan kaunter bar. Selain itu seperti biasa ia turut dilengkapkan dengan hood dan hob. 5 buah bakul tarik juga disediakan di dalam beberapa kabinet bagi menambahkan kemudahan kepada tuan rumah.
Apa yang lebih unik berkenaan dengan projek dapur kali ini ialah layout rumah yang tidak bersegi empat tepat. Bahagian dinding di mana dapur di bina mempunyai layout bersudut 101 darjah. Bukan 90 darjah sebagaimana kebiasaan. Rumah teres setingkat di Timur, Bandar Enstek ini bukan sahaja unik rekabentuk luarannya tetapi juga luas di bahagian dalamnya.

Kawasan kejiranan projek kami ini di Timur, Bandar Enstek, Nilai. Rekaan rumah yang menarik. Berbeza dari kebiasaan.










cantik n very moden…nak tanya sinki basuh tangan tu u provide jugak ka?
Hai,
Biasanya perkakasan dan peralatan disediakan tuan rumah. Kami lebih suka tuan rumah membeli sendiri sinki, hood, hob dan lain-lain seperti sinki bash tangan sebab ia lebih menepati citarasa masing-masing. Kalau kami beli, ia tertakluk kepada bajet/nilai dalam sebutharga. Kalau tuan rumah sendiri beli mereka boleh buat keputusan untuk beli apa yang mereka lebih suka walaupun ia mungkin lari dari bajet asal. Mereka lebih tahu kemampuan, keutamaan dan citarasa sendiri berbanding kami. Sinki basuh tangan di atas disediakan tuan rumah. Kami hanya tolong pasang saja.
Bagaimanapun bagi aksesori dalaman kabinet seperti pullout tray, rak pinggan, rak botol dan sebagainya kami akan sediakan jika diminta dan termasuk dalam sebutharga.
kalau mcm ni, kos dia lebih kurang bape ek?
camna dapur yang agak kecil seperti rumah berkeluasan 22 X 70
Syahida,
Kos mana bleh sebut kat sini. Tapi berbanding pada design dan saiz, ia taklah mahal. Murah je.
Nor azam,
Rumah bukak 22 ni dah masuk kategori rumah besar. Sekarang ni rumah standard 20 aje.
kalo saya nak wat renovation rumah,camner nak contact?
Intan boleh isikan borang bina & ubahsuai rumah. Tengok kat sebelah kanan atas, menu warna biru.Klik je untuk ke borang.
Cantiknye…..saya plan nak amik warna merah camni la….pintu tu kaca 3d tu ke….
Cantik sgt. Saya akan berpindah kerumah baru hujung tahun ni..keluasan 22×70. Plan nak wat dapur yg simple, murah dan cantik. Boleh tolong designkan & buat budget untuk saya..
Kreatif dan menarik design tu. Saya akan berpindah ke rumah baru saya hujung tahun atau pun awal tahun depan. Saya dan plan hendak membuat renovation especially yang melibatkan dapur. Boleh tak designkan dan buat quotation untuk kami. Keluasan rumah 22 X 75, dan kami plan nak extend bahagian dapur. Saya dah cuba click borang pertanyaan tu, tapi tak ada apa2 pun… kosong jer… Macam mana nak contact yer…
salam
saya akan berpindah ke rumah baru kami insyaallah hujung tahun ini..di kawasan salak tinggi..keluasan dapur kecil je, lebih kurang 7′ x 13′.. boleh tolong design dan budget harga tak?saya minat design moden macam ini..
cantik la..berapa kosnye..kalau 4k leh dapat tak?
salam. nak tahu berapa kos. Rumah jenis condo berkeluasan 1300. untuk dapur saja.
saya pun minat design moden camni kaler merah. bleh tlg email x brape kos bg ruang dapur 12′x 10′ x? bwh 10k dapat x? skrg tgh survey nak buat kitchen cabinet. as soon as possible. tq
rumah saya kat kelantan…kat sini biasanya depa buat guna kayu nyatoh…sy nak yg mcm ni…boleh ke…padan tak dgn kos nya
saya akn bpndah ke rumah baru bntuk semi D.sesuai atau tidak dibina kaunter utk pisahkn ruang mkan ngan dapur.rumah kami konsep moden
salam…design kabinet dapur ni mmg memenuhi citarasa rumah apartment mcm saya..brape budget anggaran utk dapur umah sya kabinet dapur & table top 9′X9′ dan meja bar juga 9′..bile dh dpt budget nanti senang skit nak wt appoiment
satu lagi bleh ke team korang dtg utk umah di bandar baru bangi
keluasan rumah 18′ x 60′ elok tak klu nak stail kayu solid nyatoh..
Tolong email saya anggaran kos untuk kitchen kabinet merah cili ni. mengikut keluasan seperti dalam gambarajah. u leh buat reno kat area Melaka tak?
salam…memang cantik…
boleh tak bagi saya contoh yang paling simpel…
sebab dapur rumah saya tu kecil…rumah buka 20…
Salam. ade tak perbezaan kos utk buat kabinet dapur bagi rumah yg belum masuk dan yang dah dihuni, sebab saya bercadang utk buat kabinet dapur utk rumah yg saya sedang diami sekarang… TQ
Saya tak dapat nak isi form untuk dapatkan quote’..dapur saya selua 7′x13′..dan saya bercadang untuk memasang dapur cabinet berbentuk L 5′x13′..material untuk cabinet adalah high gloss (3g) dan table top jenis solid surface..boleh berikan quotation pd sy?
salam,
saya dijangka akan masuk rumah baru akhir tahun ni(insya Allah).saya teringin nak buat kabinet dapur yang simple dan kemas seperti yang tuan hamba tayangkan disini..
soalan :kalau dah buat kabinet ni tak payah buat mozek2 dgn simen ke?
Salam, saya sungguh berkenan dgn kabinet dapur ini. Berapakah cost dapur ini ?
Berapa anggaran harga utk wardrobe sliding
a) sepanjang 12 ft x 11 ft (pintu cermin).
b) 8 x 11 (separuh mirrow)
patern diatas tu memang cantik…dan sesuai dengan reka bentuk rumah yg telah saya beli konsep terbuka ruang tamu dan dapur..masalahnya saya ingin kerja2 ubah suai dari Zolmar.. tak ada cawangan di jb ker… rumah saya 22 x 70 siap dijangka akhir tahun 2010…dan anggaran kos cabinet diatas tu berapa?
i think this is my cousin’s house….fully satisfying…in future i might nid ur service…my house wil be complete nxt yr… : )
Cun!!! mmg macam ape yg saya idamkan..nk tahu brape kos keseluruhan tuk extend dapur tu + kabinet merah cili spt dlm gambar? Tlg email yah…
mohon e-mailkn kos untuk kabinet di atas. tq
berapa ketinggian counter bar tu? yang bahagian ada kerusi dan yang bahagian dapur. nak tau ketinggian dia..
Inilah dapur idaman saya. Berapa kos kabinet dapur di atas? Bajet Rm 8000 boleh buat tak ?
Saya berminat dg kk di atas..Luas dapur saya 19×12, agak2 brape kos untuk
design seperti di atas..