Kabinet Dapur Semangkok di Taman Melati, Gombak
June 17, 2012 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Portfolio kami yang berikut ini adalah kabinet dapur berasaskan kayu Semangkok. Lokasi pemasangan adalah di Taman Melati, Gombak. Untuk rekaan dari Semangkok, pilihan warna biasanya agak cerah bagi menyerlahkan rona kayunya yang unik dan cantik. Apapun, gambar-gambar dapat memberi lebih banyak cerita dari perkataan. Jom tengok portfolio kabinet dapur kami kali ini.

Kabinet dapur Semangkok dilihat dari ruang depan. Kabinet gantung yang menempatkan sinki basuh tangan di sebelah kanan dan gerbang box-up juga merupakan hasil kerja kami. Pemilihan warna kedua-duanya dan adalah berasaskan skema warna ruang depan.

Pandangan kabinet dapur dari lokasi sebelum gerbang tapi dari sudut yang agak tinggi. Ruang oven di sebelah bawah kelihatan agak besar kerana ia direka untuk oven bina dalam yang belum diperolehi tuan rumah. Bar top adalah dari ssolid surface dan table top dari konkrit berjubin.

Pandangan kabinet dapur Semangkok dari lokasi yang serupa tapi dari sudut yang agak berbeza dapat memperlihatkan wall unit di bahagian hujung yang ditinggikan dari bermula dari paras table top bagi disesuaikan dengan kedudukannya yang bersebelahan dengan pintu.

Pandangan kabinet dapur secara berdepan sebaik saja dilihat dari lokasi selepas gerbang. Perhatikan rak display dari kaca di sisi kaunter bar.

Rak display dari kaca berlatarkan cermin memberi kesan visual yang menarik dan hidup. Dipadankan dengan bar top dari solid surface putih, rekaan rak display ini memberi sedikit kesan moden dan kotemporari di sebalik rekaan keseluruhan yang bersifat tradisional. Perhatikan tall unit 2 pintu di sebelah peti sejukyang direka untuk menempatkan mesin basuh.

Pemandangan ke arah belakang dari sisi bar memperlihatkan susun atur perkakasan seperti dapur, hood, sinki, raki pengering pinggan dan ruang peralatan elektrik.

Pemandangan blok utama kabinet dapur dilihat dari belakang ke depan yang berakhir sebelum pintu sisi ini menamatkan lawatan anda untuk portfolio kali ini.
Pejabat di Seri Gombak
June 15, 2012 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Portfolio kali ini memaparkan hasil kerja kami untuk bilik bos sebuah pejabat urusan yang terletak di Seri Gombak.

Komponen-komponen kerja kayu yang kami laksanakan untuk pejabat ini adalah meja pejabat kustom, sistem rak dan kabinet, siling hiasan kayu dan paneling dinding dari nyatoh.

Bagaimana pun rupabentuk rekaan meja atau siling yang ingin direalisasikan, kami boleh menjayakannya.
Rekaan kayu kontemporari di Denai Alam, Shah Alam
April 25, 2011 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Sekali lagi ditampilkan kabinet dari rekaan kayu kotemporari dari ply-nyatoh bertetulang dengan kemasan warna kayu Traditional Walnut. Kali ini dari Denai Alam, Shah Alam. Rekaan kekotak peti sejuk, pantri, ruang mesin basuh dan sinki basuh tangan yang dibina adalah bagi menyesuaikan kedudukan tiang struktur yang tidak boleh dirobohkan. Pada keseluruhannya rekaan kelihatan elegan tetapi dalam masa yang sama amat praktikal.

Pemandangan dapur sewaktu team kami sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian. Perhatikan tiang struktur yang terletak ditengah-tengah terdedah selepas bilik air dialih ke belakang

Rekaan kabinet dapur yang menyelesaikan masalah tiang di tengah yang dalam masa yang sama menjadikan pemuka dapur sebagai dua blok yang bergaya

Blok kabinet ini menempatkan pelbagai perkakasan seperti peti sejuk, mesin basuh, sinki basuh tangan serta ruang penyimpanan yang banyak

Ruang antara blok yang selesa sebagai laluan dan tempat bekerja. Semua keperluan boleh dicapai dalam hanya beberapa langkah

Wardrobe di bilik tidur utama berbentuk L dengan 2 gaya pintu yang berbeza - swing dan sliding dengan cermin muka digunakan sebagai kemasan pintu sliding
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman
Email: senihias@gmail.com
Kabinet Dapur Hitam Putih Di Selayang
April 25, 2011 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Entry kali ini pula menonjolkan dapur basah yang comel. Bergaya Inggeris dengan rona warna hitam putih. Bahan binaan adalah dari ply-nyatoh bertetulang dengan kemasan cat. Kreativiti tuan rumah menghias dapurnya memang begitu ketara. Sesuai dengan kerjayanya sebagai perancang perkahwinan. Siapa kata dapur mesti besar untuk kelihatan anggun dan menarik?

Table top dari jubin hitam dengan backsplash bercorak batu-bata hitam menyempurnakan gaya yang ditonjolkan

Kekotak peti sejuk dan pantri di bahagian bersebelahan. Lihat juga bagaimana dapur boleh menjadi tempat memasak dan mempamerkan hiasan dalam masa yang sama
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman
Email: senihias@gmail.com
Kabinet Dapur Putih di Taman Impian Putra, Bangi
April 25, 2011 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Kabinet dapur putih yang dipaparkan adalah berasaskan melamine board dengan sisi aluminium. Rekaan selari yang dilengkapi dengan kaunter bar di sebelah tengah adalah di atas permintaan tuan rumah. Begitu juga dengan lokasi mesin basuh di sebelah hujung belakang. Pendek kata penghuni rumah boleh membuat semua kerja memasak, membasuh, minum teh sambil bersembang di dapur.
Rekaan kabinet dapur kayu moden berona tradisional yang hangat dan evergreen
April 9, 2010 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Portfolio ini memaparkan rekaan dapur kayu moden dengan warna tradisional untuk pelanggan kami yang mendiami sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras. Tuan rumah berpendapat kabinet dari kayu lebih evergreen berbanding yang berkonsepkan kontemporari moden. Kayu juga tahan lebih lama dan semakin cantik di telan masa.
Selain itu dapur ini juga agak unik layoutnya apabila ia boleh dikatakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dapur basah, dapur kering dan kekotak perkakasan elektrik yang berada di bahagian tengah. Saya mencadangkan layout ini selepas mengambilkira kedudukan sebuah tiang konkrit besar yang tidak boleh dialih selepas pengubahsuaian ruang dapur dilaksanakan.
Saya berpendapat kabinet dapur dari kayu nyatoh ini memberi rona hangat kepada ruang dapur di samping kelihatan elegan dan teguh.

Pandangan dari dapur basah ke bahagian depan. Perhatikan kedudukan peti sejuk yang hanya bersebelahan.

Kekotak perkakasan elektrik yang menempatkan peti sejuk, oven, mikrovave dan mesin basuh. Selain itu ia masih mempunyai ruang untuk menyimpan pelbagai barangan lain.

Dapur kering dengan rekaan ringkas. Pintu topang hidraulik menggunakan kaca reflektif bagi disesuaikan dengan keanggunan rona kayu.

Kami juga membina dua buah wardrobe yang menampilkan rekaan kayu moden dengan penggunaan pintu sliding dari cermin dan bingkai aluminium. Gambar kedua merupakan wardrobe di bilik tidur utama dengan 2 pintu sliding besar dengan kelebaran keseluruhan melebihi 10 kaki.

Selain itu kami juga membina rak kasut dengan pintu louvres sepenuhnya. Pandangan dari luar dan dalam.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman
Email: senihias@gmail.com
Ringkas dan kemas untuk pasangan muda
April 9, 2010 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Dalam portfolio ini saya tampilkan rekaan dapur yang ringkas untuk satu pasangan muda yang mendiami sebuah rumah town house di kawasan Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Pemilihan warna dibuat sepenuhnya oleh tuan rumah yang melibatkan jubin lantai, jubin table top dan juga kabinet. Saya berpendapat kombinasi warna yang dipilih amat bersesuaian.
Badan dan pintu kabinet adalah dari melamine board dengan aluminium sebagai bingkai. Bersesuaian dengan saiznya, ia kelihatan begitu praktikal dan ergonomik.

Kabinet dapur bermula dari kekotak peti sejuk yang kelihatan lebih besar dari unit semasa bagi membolehkan peti sejuk baru yang lebih besar yang bakal dibeli.

Table top asal terbatas di bahagian dinding bertingkap sahaja. Bagaimanapun ia ditambah menjadi bentuk "U". Tingkap yang besar turut memberi kesan lapang kepada ruang dapur yang agak kecil.

Secara keseluruhannya dapur ini kelihatan ringkas, kemas serta praktikal dengan pemilihan warna yang sesuai.

Tuan rumah menggunakan tampalan hiasan dinding dari PVC yang dibeli di Ikea untuk menyerlahkan karakter dan menambah seri dapur.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman
Email: senihias@gmail.com
Kabinet dapur di Kota Kemuning
November 23, 2009 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Kabinet dapur moden yang kami siapkan kali ini berlokasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan sedikit pengubahsuaian ruang yang kami lakukan dapur dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Dapur kering menampilkan kemasan ply laminasi meka dengan skim warna merah putih manakala di bahagian dapur basah pula menampilkan ply laminasi berona kayu moden. Solid surface menjadi pilihan untuk dapur kering. Konkrit berkemasan jubin pula dipilih sebagai top dapur basah. Kaunter bar dibina sebagai pemisah ruang di samping untuk kegunaan yang praktikal. Kami juga membina kabinet display di ruang keluarga di tingkat atas. Jom tengok…

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Dapur basah dari jarak dekat. Tiada tingkap tetapi blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden. Perhatikan lantai yang masih kotor berdebu. Selepas dibersihkan nanti tentu lebih menarik.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Kabinet di Taman Desa Emas, Rawang
November 21, 2009 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Portfolio kali ini kita ke Taman Desa Emas, bersebelahan dengan Bandar Country Homes, Rawang. Menampilkan kabinet dapur yang comel, ringkas tetapi tidak kurang menarik. Selain itu ditampilkan juga wardrobe di bilik anak-anak yang berlainan warna sambil rekaan yang agak berbeza dari kebiasaan di mana ia diletakkan di dinding bahagian tingkap serta dilengkapi dengan meja untuk belajar.
Jom tengok…

Pandangan dari sudut yang berbeza. Ruang kosong yang diletakkan periuk nasi dikhaskan untuk built in oven.

Warna hijau yang menyegarkan. Wardrobe dengan kombinasi meja belajar yang diletakkan di bahagian tingkap amat praktikal sekali.

Merah menyala. Wardrobe utama di sebelah kiri menampilkan pintu sliding penuh dengan kemasan cermin berbingkai aluminium. Meja belajar tidak ketinggalan bagi memastikan anak-anak dapat mentelaah dengan selesa.

Jengok ruang tamu sikit. Plaster siling dan kerja-kerja elektrikal merupakan hasil kerja team kami juga.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Pejabat Lovelorn Lure: Satu kunjungan semula
November 12, 2009 by admin
Fail di bawah Portfolio Projek
Pada 5 November lepas saya telah menyiarkan tampalan pejabat Lovelorn Lure yang telah mendapat liputan majalah Impiana. (Untuk ke artikel berkenaan, klik di sini). Hari ini saya berkesempatan ke sana untuk mengambil gambar sebagaimana yang telah dijanjikan.
Terima kasih kepada Pengarah Urusan Lovelorn Lure, Puan Marsyitah dan PA beliau, Cik Iza yang telah memberi kebenaran, layanan dan kerjasama yang mesra kepada saya. Sebagaimana yang dijelaskan dalam posting sebelum ini, di Lovelorn Lure kami telah melaksanakan semua kerja kabinet, panelling kayu dan lain-lain yang berkaitan.
Jom roll gambar…

Skim warna yang harmoni, pemilihan sofa dan lampu yang bijak serta kreatif. Cermin besar di sebelah sudut dinding memberi kesan 'lebih banyak' dari yang sebenarnya.

Pejabat Pengarah Urusan Syarikat. Kelihatan Puan Marsyitah sedang berbincang sesuatu yang penting dengan seorang kakitangannya.

Ini pula kabinet-kabinet yang terletak di pejabat pentadbiran. Selain dari kabinet kami juga menukar semua pintu menggunakan material yang sedondon dengan corak hiasan kayu secara keseluruhannya.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com





























