Permaidani penyeri kediaman

April 12, 2009 by admin  
Fail di bawah Tekstur & Warna

SELESANYA dapat berbaring dan memijak permaidani gebu. Kenikmatan yang cuma diperoleh apabila memilih ambal dan permaidani sebagai kemasan lantai baik dihamparkan di ruang penting mahupun dipasang dinding ke dinding.

Pakai hiasan dalaman dan penulis http://www.citycarpet.com, Stephen Robins laman web mengakui permaidani antara elemen yang mampu mengindahkan kediaman. Menurutnya, permaidani ini membabitkan berbilang jenis namun yang paling popular adalah jenis dihasilkan mesin tenunan.

Permaidani tenun mengetengahkan aneka warna dengan rekaan rumit dan eksotik. Namun, rancang sebelum beli supaya tidak salah membuat pilihan.

Pemilihan warna dan corak amat penting. Bilik sempit dan gelap misalnya, elok dihiasi permaidani warna putih. Namun, bagi yang memiliki anak kecil, elakkan memilih corak putih kerana sukar memastikan ia kekal bersih dan berada dalam keadaan baik.

Sebaliknya, pilih permaidani warna gelap dan semula jadi kerana ia mampu menyembunyikan kotoran dan cela.

Selain itu, warna semula jadi boleh dipadankan dengan sebarang warna. Ini memudahkan anda jika berhasrat menukar warna cat dinding. Anda tidak perlu memikirkan motif dan latar permaidani yang sesuai bergandingan dengan cat anda itu. Selain warna alam, yang berwarna dan dramatik juga antara pilihan baik.

Permaidani berwarna gelap lebih mudah menyembunyikan comot kotoran.

Permaidani berwarna gelap lebih mudah menyembunyikan comot kotoran.

Permaidani kekal berseri andai selalu dibersihkan. Tumpahan air di permaidani sebaiknya dibersihkan dengan air sejuk dan bersih menggunakan kerta tisu dan tuala lembut. Vakum segera tompok kotoran agar tidak meninggalkan kesan comot di permaidani.

Hindari menyarung kasut di rumah kerana ia menjejaskan mutu permaidani. Pastikan jadual permaidani dipatuhi jika mahu kemasan anda itu berada dalam keadaan baik.

Marcia Cox yang menulis untuk laman web http://yourremodeling.com berpendapat, permaidani dan ambal hiasan wajib lantai terutama lantai jubin. Bagi yang bermotif klasik seperti permaidani Oriental, dianggapnya satu pelaburan kerana berpotensi menjadi antik.

Disebabkan permaidani dijual mahal, maka wajib bagi kira menjaganya dengan baik supaya tahan lama.

Ada pelbagai panduan bagi menjaga permaidani. Salah satu cara adalah membersihnya secara berjadual supaya kotoran dan debu yang merosakkan tekstur tidak berkumpul.

Penjagaan permaidani harus bermula dari tarikh ia dibeli. Ketika membersihnya, pastikan setiap sudut dan bucu divakum bagi membuang segala debu, kotoran dan comot tersembunyi.

Pilih kaedah membersih yang mampu melindungi gentian dan kualitinya. Misalnya, yang diperbuat daripada bulu biri-biri tidak upaya menentang pelelasan dan haba melampau.

Bagaimanapun, kebanyakan permaidani di pasaran kini diperbuat daripada gentian sintetik tiruan yang mudah diselenggara. Ia direka sedemikian untuk menyembunyikan kesan tumpahan dan kotoran dalam jangka masa pendek sebelum dibersihkan selepas itu.

Kesan tumpahan air dan kotoran memerlukan kaedah pembersihan berbeza. Kotoran berpunca daripada haiwan peliharaan misalnya, perlu dibersih segera bagi mencegah cela kekal.

Sesetengah cela cuma perlu dibersihkan dengan air panas dan ada juga yang harus disental dengan kain putih bersama air panas. Penting juga bagi anda mengetahui jenis kotoran yang tidak boleh diberus dan yang perlu diulang cuci.

Pelbagai cecair pencuci dijual di pasaran namun pilihlah cucian lembut, mesra alam dan tidak melukakan tangan. Utamakan keselamatan dengan memakai sarung tangan dan topeng sewaktu menggunakan cecair pencuci tersebut.

Bagi yang berkemampuan, boleh mendapatkan khidmat tukang cuci profesional. Namun, perlu diingat permaidani mudah terdedah kepada kerosakan dan kotoran yang sukar dikenal pasti melalui pandang pertama. Walhal, tumpahan dan kotoran ini amat berbahaya bagi jangka hayat dan ketahanan permaidani.

Debu halus tidak nampak dengan mata kasar namun mendap jauh ke dalam lapisan permaidani sebelum menghiris gentian. Kesannya, permaidani mahal anda mungkin pudar warna dan hilang serinya.

Apapun, penjagaan dan pembersihan permaidani perlu dilakukan berterusan bagi menjamin keindahannya yang berkekalan.

Berita Harian

Kertas dinding

March 23, 2009 by admin  
Fail di bawah Tekstur & Warna

Penggunaan kertas dinding sebagai kemasan dinding merupakan satu pilihan yang baik. Ia memberi corak, warna malah tekstur yang tidak mampu diperolehi dengan penggunaan cat. Kerja pemasangannya juga boleh dikatakan mudah dan cepat. Selain itu ia boleh ditanggal tanpa merosakkan dinding asal.

Kertas dinding yang berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar. Ini menjadikan ia satu pilihan yang  juga berkesan dari segi kos.

Pemilihan kertas dinding perlu dibuat dengan teliti khususnya supaya ia selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan corak dan warna yang tepat pastinya memberi kepuasan. Jika anda kurang mahir tentangnya kebanyakan kedai kertas dinding ada menyediakan khidmat nasihat yang anda perlukan.

Dari aspek penjagaan, kertas dinding harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Jika terkena air, segera lap dan keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang serinya.

Berikut cara memasangan kertas dinding jika berminat DIY.

Sediakan bahan:

# Kertas dinding, pita ukur dan gam khusus untuk kertas dinding, span serta sedikit air.

# Gam perlu dibancuh sekurang-kurangnya 20 minit sebelum pemasangan.

Langkah 1

# Dinding perlu diratakan bagi memudahkan proses pemasangan.

# Ukur keluasan dinding supaya sama dengan ukuran kertas dinding.

Langkah 2

# Sapu gam kertas dinding yang ukurannya sama dengan keluasan dinding.

# Mulakan proses pemasangan dengan menampal kertas dinding pada bahagian tengah terlebih dulu diikuti kiri dan kanan.

Langkah 3

# Apabila proses menampal kertas dinding siap, gunakan span berair untuk membersihkan gam yang tertinggal pada permukaannya.

Info:

# Proses pemasangan dimulakan dengan bahagian tengah dinding bagi memperlihatkan corak dan warnanya sekata.

# Elakkan menyentuh kertas dinding yang siap dipasang sekurang-kurangnya satu jam kerana gam belum kering.

Kuasa Warna Gaya Berbeza

March 22, 2009 by admin  
Fail di bawah Tekstur & Warna

WARNA kemasan siling, dinding, tingkap, pintu dan lantai mempengaruhi keseluruhan gaya hiasan dalaman rumah anda dan tentunya menampilkan situasi berbeza mengikut kreativiti.

Sebagai panduan, warna cerah membuatkan bilik bersaiz besar lebih nyaman dan selesa sementara warna lembut pula menampakkan bilik bersaiz kecil lebih luas.

Warna memainkan peranan penting dalam mencipta sesuatu suasana.

Warna memainkan peranan penting dalam mencipta sesuatu suasana.

Anda boleh mengukur panjang setiap permukaan dan darabkan dengan tinggi untuk memastikan luas kawasan dalam meter persegi bagi mendapatkan kuantiti cat sebenar yang diperlukan pada sesebuah bilik.

Dalam persediaan mengecat, periksa permukaannya untuk mengesan sebarang masalah dan perbaiki sewajarnya.

Bagi masalah pengelupasan, debu dan serangan kulat, penyemburan air tekanan tinggi perlu dilakukan dan biarkan kering sebelum disapu lapisan cat pertama.

Di samping itu, kelembapan permukaan dinding boleh diatasi sekiranya ia dipastikan kering sepenuhnya sebelum mengecat untuk mengelakkan sebarang masalah dalam masa terdekat.

Bagaimana pun, tentu ada di kalangan kita yang berhadapan situasi keliru di bahagian mana harus dicat terlebih dahulu.

Berikut beberapa peringkat yang dicadangkan untuk anda mengecat kediaman:

1) Siling

- Sentiasa cat bahagian siling dulu untuk mengelakkan cat menitis ke lantai atau dinding.

2) Dinding

- Cat sempadan dinding dulu menghala ke bawah.

3) Tingkap atau pintu

- Tutup bahagian yang tidak perlu dicat termasuk engsel, tombol atau selak.

- Tingkap - cat bahagian rangka dalaman dulu dan diikuiti rangka lain.

- Pintu- cat mana-mana acuan dulu diikuti dengan panel, segmen melintang serta menegak dan akhir sekali tubir pintu.

4) Lantai

- Cat lantai apabila cat dinding dan bahagian lain didapati kering sepenuhnya.

Harian Metro