Rekaan kabinet dapur kayu moden berona tradisional yang hangat dan evergreen
April 9, 2010 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Portfolio ini memaparkan rekaan dapur kayu moden dengan warna tradisional untuk pelanggan kami yang mendiami sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras. Tuan rumah berpendapat kabinet dari kayu lebih evergreen berbanding yang berkonsepkan kontemporari moden. Kayu juga tahan lebih lama dan semakin cantik di telan masa.
Selain itu dapur ini juga agak unik layoutnya apabila ia boleh dikatakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dapur basah, dapur kering dan kekotak perkakasan elektrik yang berada di bahagian tengah. Saya mencadangkan layout ini selepas mengambilkira kedudukan sebuah tiang konkrit besar yang tidak boleh dialih selepas pengubahsuaian ruang dapur dilaksanakan.
Saya berpendapat kabinet dapur dari kayu nyatoh ini memberi rona hangat kepada ruang dapur di samping kelihatan elegan dan teguh.

Pandangan dari dapur basah ke bahagian depan. Perhatikan kedudukan peti sejuk yang hanya bersebelahan.

Kekotak perkakasan elektrik yang menempatkan peti sejuk, oven, mikrovave dan mesin basuh. Selain itu ia masih mempunyai ruang untuk menyimpan pelbagai barangan lain.

Dapur kering dengan rekaan ringkas. Pintu topang hidraulik menggunakan kaca reflektif bagi disesuaikan dengan keanggunan rona kayu.

Kami juga membina dua buah wardrobe yang menampilkan rekaan kayu moden dengan penggunaan pintu sliding dari cermin dan bingkai aluminium. Gambar kedua merupakan wardrobe di bilik tidur utama dengan 2 pintu sliding besar dengan kelebaran keseluruhan melebihi 10 kaki.

Selain itu kami juga membina rak kasut dengan pintu louvres sepenuhnya. Pandangan dari luar dan dalam.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Ringkas dan kemas untuk pasangan muda
April 9, 2010 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar, Portfolio
Dalam portfolio ini saya tampilkan rekaan dapur yang ringkas untuk satu pasangan muda yang mendiami sebuah rumah town house di kawasan Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Pemilihan warna dibuat sepenuhnya oleh tuan rumah yang melibatkan jubin lantai, jubin table top dan juga kabinet. Saya berpendapat kombinasi warna yang dipilih amat bersesuaian.
Badan dan pintu kabinet adalah dari melamine board dengan aluminium sebagai bingkai. Bersesuaian dengan saiznya, ia kelihatan begitu praktikal dan ergonomik.

Kabinet dapur bermula dari kekotak peti sejuk yang kelihatan lebih besar dari unit semasa bagi membolehkan peti sejuk baru yang lebih besar yang bakal dibeli.

Table top asal terbatas di bahagian dinding bertingkap sahaja. Bagaimanapun ia ditambah menjadi bentuk "U". Tingkap yang besar turut memberi kesan lapang kepada ruang dapur yang agak kecil.

Secara keseluruhannya dapur ini kelihatan ringkas, kemas serta praktikal dengan pemilihan warna yang sesuai.

Tuan rumah menggunakan tampalan hiasan dinding dari PVC yang dibeli di Ikea untuk menyerlahkan karakter dan menambah seri dapur.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Kabinet dapur di Kota Kemuning
November 23, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Kabinet dapur moden yang kami siapkan kali ini berlokasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan sedikit pengubahsuaian ruang yang kami lakukan dapur dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Dapur kering menampilkan kemasan ply laminasi meka dengan skim warna merah putih manakala di bahagian dapur basah pula menampilkan ply laminasi berona kayu moden. Solid surface menjadi pilihan untuk dapur kering. Konkrit berkemasan jubin pula dipilih sebagai top dapur basah. Kaunter bar dibina sebagai pemisah ruang di samping untuk kegunaan yang praktikal. Kami juga membina kabinet display di ruang keluarga di tingkat atas. Jom tengok…

Dari jarak yang lebih dekat. Rumah ini masih belum diduduki. Perhatikan ruang peti sejuk yang masih kosong.

Dapur kering dilihat dari rang dapur basah. Cermin hiasan di sebelah kiri gambar direka khas bagi menambah seri dapur.

Dapur basah dari jarak dekat. Tiada tingkap tetapi blog kaca digunakan untuk menyumbang cahaya semulajadi di kawasan memasak dan membasuh.

Kabinet display pelbagai guna di ruang keluarga menampilkan rekaan moden. Perhatikan lantai yang masih kotor berdebu. Selepas dibersihkan nanti tentu lebih menarik.

Kabinet display dilihat dari sisi. Apa saja rekaan kabinet yang anda inginkan kami boleh merealisasikannya.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Kabinet di Taman Desa Emas, Rawang
November 21, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Portfolio kali ini kita ke Taman Desa Emas, bersebelahan dengan Bandar Country Homes, Rawang. Menampilkan kabinet dapur yang comel, ringkas tetapi tidak kurang menarik. Selain itu ditampilkan juga wardrobe di bilik anak-anak yang berlainan warna sambil rekaan yang agak berbeza dari kebiasaan di mana ia diletakkan di dinding bahagian tingkap serta dilengkapi dengan meja untuk belajar.
Jom tengok…

Pandangan dari sudut yang berbeza. Ruang kosong yang diletakkan periuk nasi dikhaskan untuk built in oven.

Warna hijau yang menyegarkan. Wardrobe dengan kombinasi meja belajar yang diletakkan di bahagian tingkap amat praktikal sekali.

Merah menyala. Wardrobe utama di sebelah kiri menampilkan pintu sliding penuh dengan kemasan cermin berbingkai aluminium. Meja belajar tidak ketinggalan bagi memastikan anak-anak dapat mentelaah dengan selesa.

Jengok ruang tamu sikit. Plaster siling dan kerja-kerja elektrikal merupakan hasil kerja team kami juga.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Pejabat Lovelorn Lure: Satu kunjungan semula
November 12, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Pada 5 November lepas saya telah menyiarkan tampalan pejabat Lovelorn Lure yang telah mendapat liputan majalah Impiana. (Untuk ke artikel berkenaan, klik di sini). Hari ini saya berkesempatan ke sana untuk mengambil gambar sebagaimana yang telah dijanjikan.
Terima kasih kepada Pengarah Urusan Lovelorn Lure, Puan Marsyitah dan PA beliau, Cik Iza yang telah memberi kebenaran, layanan dan kerjasama yang mesra kepada saya. Sebagaimana yang dijelaskan dalam posting sebelum ini, di Lovelorn Lure kami telah melaksanakan semua kerja kabinet, panelling kayu dan lain-lain yang berkaitan.
Jom roll gambar…

Skim warna yang harmoni, pemilihan sofa dan lampu yang bijak serta kreatif. Cermin besar di sebelah sudut dinding memberi kesan 'lebih banyak' dari yang sebenarnya.

Pejabat Pengarah Urusan Syarikat. Kelihatan Puan Marsyitah sedang berbincang sesuatu yang penting dengan seorang kakitangannya.

Ini pula kabinet-kabinet yang terletak di pejabat pentadbiran. Selain dari kabinet kami juga menukar semua pintu menggunakan material yang sedondon dengan corak hiasan kayu secara keseluruhannya.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Kabinet dapur di Taman Impian Putra, Bangi
November 8, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Kabinet dapur yang dipaparkan dalam portfolio ini dibina untuk rumah teres 2 tingkat bersaiz 20 x 65 di Taman Impian Putra Fasa 4. Ia menggunakan dua tone warna dan dua kemasan yang berbeza. Di bahagian dapur basah warna tradisional menjadi pilihan walaupun rekaan lebih kepada moden. Pintu dari ply nyatoh dikombinasikan dengan beberapa tingkap kaca lutsinar supaya tidak nampak terlalu solid. Top dari konkrit dengan kemasan jubin 2 x 2.
Di bahagian dapur kering pula menggabungkan 2 tall unit yang salah satunya menempatkan oven bina dalam, oven microwave dan ruang storan. Manakala tall unit di sebelah oven juga digunakan sebagai stor barangan. Yang menariknya bahagian ini juga dilengkapi ruang untuk menyimpan lebihan makanan masak (left over). Ruang seperti ini penting jika anda mahu left over tidak menyemakkan meja makan sepanjang masa. Kekotak peti sejuk dibina berasingan berhadapan dengan 2 tall unit tersebut. Ini menonjolkan ketelitian dalam rekaan keseluruhan dapur.
Selain itu kaunter bar dibina sebagai pemisah di antara ruang menonton dan ruang dapur. Gerbang kekotak juga dibina bagi mengukuhkan pemisahan ruang yang ditampilkan. Rak kaca dengan latar berbagai warna menawarkan permulaan ruang dapur yang agak unik dan berbeza. Unit kabinet dapur kering menggunakan badan dan pintu ply bertetulang dengan kemasan melamine berbingkai aluminium. Dinding antara top dengan unit atas dari cermin muka. Dan top dari meica top.

Pemandangan ruang dapur dari ruang tamu. Gerbang kekotak dan kaunter bar menjadi pemisah ruang yang jelas d antara bahagian depan dan dapur. Bangku bar pula belum ada.

Pemandangan dari kaunter bar ke bahagian dapur kering. Panjang keseluruhan dapur dari kaunter bar ke tingkap belakang lebih kurang 20 kaki.

Bahagian dapur kering di lihat dari sisi. Rak kaca dengan panel kaca berwarna sebagai latar belakang menampilkan keunikan tersendiri. Dinding kemudian disambung dengan cermin muka. Ruang nampak sedikit luas kerananya.

2 tall unit memberi ruang cukup besar untuk storan maksima. Ruang di sebelah oven direka untuk menyimpan makanan masak seperti penggunaan almari lauk yang popular di kalangan masyarakat kampung dulu. Perbezaan tone warna di antara ruang kering dan basah dapat dilihat dengan jelas di sini.

Sudut pandang dari belakang kaunter bar ke dapur basah. Perbezaan jelas tone warna, kemasan dan gaya. Perhatikan tall unit dan kekotak peti sejuk yang dibina bertentangan.

Dapur basah dilihat dari ruang membasuh. Kelihatan perbezaan aras lantai di antara dapur kering dan dapur basah. Backsplash di ruang memasak adalah kaca diperkukuh (tempered glass) dengan warna diselaraskan dengan warna hob.

Pemandangan dengan sedikit detail yang berbeza. Lihat di sebelah kiri gambar di mana rak terbuka turut di bina di sebelah kekotak peti sejuk. Rekaan dapur rumah ini sememangnya untuk mencipta ruang semaksima yang mungkin.
Kabinet dapur moden hitam putih di Jentayu, Bandar Enstek
November 8, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Portfolio kabinet dapur oleh Zolmar Enterprise kali ini dibina untuk sebuah banglo di Jentayu, Bandar Enstek. Rekaan yang dipaparkan berkonsepkan moden hitam putih dengan pintu-pintu kaca 3G berbingkai aluminium. Badan kabinet dari ply bertetulang dan top menggunakan solid surface. Turut dibina sebuah pulau dengan ketinggian bar di ruang tengah dapur yang pastinya dapat membantu memudahkan penyediaan makanan.
Jom tengok gambar….

Pandangan dari pintu belakang. Konsep moden hitam putih begitu menyerlah. Tuan rumah belum menemui kerusi yang sesuai dengan unit pulau yang berketinggian kaunter bar.

Pandangan dari pintu utama ke dapur. Badan kabinet dari plu bertetulang, pintu kaca 3G dan top solid surface.

Sinki dan tall unit di sudut membentuk U kepada dapur yang serba lengkap. Periuk belanga yang tergantung membawa sedikit citarasa Eropah.

Perkakasan utama dapur. Dapur memasak elektrik, oven dan sinki. Semuanya terletak dalam lingkungan kerja yang selesa.

Antara aksesori yang tersembunyi di dalam kabinet bagi kemudahan tuan rumah menyimpan dan mendapatkan barangan keperluan.
Kabinet dapur dan wardrobe di Subang Utama
November 7, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Kabinet dapur yang ditampilkan dalam portfolio ini ringkas saja tetapi berbeza sedikit dari segi bahan binaannya. Ia menggunakan kepingan formica. Formica adalah kepingan ply yang telah sedia dilapisi dengan lapisan formica sebagai kemasan. Skim warna yang menjadi pilihan tuan rumah untuk dapurnya jelas sekali iaitu hitam dan merah. Lapisan plastik yang kelihatan di pintu-pintu kabinet dapur datang dari kilang untuk melindungi permukaan. Ia belum ditanggalkan kerana tuan rumah belum berpindah masuk.
Wardrobe di bilik utama pula berskim warna merah jambu cerah dengan pintu sliding berkembar dengan kemasan cermin muka dan bingkai aluminium.

Pandangan dari dua sudut berbeza. Lapisan plastik yang dapat dilihat di dalam gambar datang dari kilang bagi melindungi permukaan sebelum ia digunakan.

Wardrobe besar dengan pintu sliding berkembar dengan kemasan cermin sepenuhnya. Kelihatan di pintu wardrobe bahagian feature wall bilik dan tingkap.

Bahagian dalam wardrobe yang lengkapi rak, laci-laci dan kemudahan menggantung pakaian. Bagi barangan besar dan jarang digunakan biasanya ruang penyimpanan di sebelah atas digunakan.
Nazli Kimin adalah Admin Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com
Pejabat Lovelorn Lure
November 5, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Hujung bulan lepas kami diberitahu oleh Puan Marsyitah, Pengarah Urusan Lovelorn Lure yang berpejabat di Bandar Mahkota, Cheras bahawa hiasan dalaman pejabatnya telah tersiar di dalam majalah Impiana edisi Oktober 2009. Kami telah melaksanakan kerja-kerja kabinet untuk pejabat barunya itu beberapa bulan dulu jadi beliau nak kami tahu mengenainya. Lalu kami cuba mencari majalah yang dimaksudkan tetapi sudah tidak ada di pasaran kerana telah diganti dengan edisi baru November 2009.
Bagaimanapun saya sempat singgah ke pejabat Karang Kraf di Shah Alam beberapa hari lepas dan mendapatkan sebuah. Kami paparkan di bawah mukasurat-mukasurat yang berkenaan yang telah discan. Kami akan minta kebenaran Puan Marsyitah untuk mengambil gambar pejabat beliau supaya bahagian kerja yang kami buat dulu dapat ditonjolkan dengan lebih jelas. Nanti dapatlah kami kongsikan bersama anda di sini.
Sebenarnya kami memang telah banyak menyiapkan perabot dan kemasan dalam pejabat, tapi malangnya tak ambil gambar. Tapi sesekali dapat masuk majalah macam pejabat Lovelorn Lure ni, elok juga kalau kami pergi ambil.
Bilik tidur untuk bekerja dan belajar
August 2, 2009 by admin
Fail di bawah Kabinet Dapur Oleh Zolmar
Bilik tidur hari ini bukan saja berfungsi sebagai ruang tidur. Ia juga menjadi ruang untuk menyimpan dan menguruskan barangan peribadi. Dan yang paling penting ia juga biasanya menjadi ruang untuk belajar bagi anak-anak dan ruang bekerja juga bagi ibubapa.
Atas semua keperluan berkenaan, bilik tidur bukan saja perlu dilengkapkan dengan katil dan almari pakaian bahkan ia juga perlu dilengkapkan dengan meja dan kabinet yang sesuai samada untuk belajar atau bekerja. Bagi memastikan kita dapat memanfaatkan ruang secara optimum, pemasangan meja dan kabinet kustom merupakan pilihan yang paling bijak.
Di bawah merupakan contoh bagaimana kami melengkapkan bilik-bilik sebuah rumah yang terletak di Country Heights, Rawang dengan meja dan kabinet belajar/bekerja mengikut keperluan dan kehendak pemiliknya.



























