Seni Sulaman Benang Reben
May 22, 2009 by admin
Fail di bawah Objek Seni Deko
Sulaman benang reben bukanlah suatu seni sulaman baru. Ia merupakan cabang seni sulaman yang sudah pun menempa populariti dalam masyarakat di seluruh dunia. Bagaimanapun di negara kita, seni sulaman ini masih kurang diketengahkan walhal dari segi seni dan keindahannya, sulaman jenis ini sangat menarik serta luas ruang kreativitinya.
Siapa saja mudah terpikat dengan keunikan dan kecantikan hasil sulaman benang reben yang halus dan indah. Aplikasi sulaman bukan sahaja di permukaan semua jenis fabrik malah kepada permukaan bahan-bahan yang boleh “dijahit” lain seperti kulit, PVC, dan sebagainya. Oleh yang demikian seni sulaman benang reben ini boleh menghiasi apa saja.
Batasannya hanyalah kreativiti seseorang.
Hasil ciptaan sulaman benang reben boleh dibingkai untuk menghiasi dinding. Ia juga boleh memperindahkan langsir, sofa, sarung bantal, selimut, cadar, alas meja dan pelbagai yang lain. Ia juga boleh disulam untuk mencantikkan beg tangan, baju, topi, kasut… Ia boleh membantu menjadikan gubahan hantaran nampak lebih unik, menarik dan eksklusif.
Seni sulaman benang reben membolehkan anda “bermain” dengan pelbagai motif, corak atau imej. Sifat sulaman yang menonjol memberi kesan tiga dimensi. Kesan ini menambahkan keindahan motif, corak atau imej yang dipaparkan.
Pelajarilah Seni Sulaman Benang Reben

Nampak betapa cantiknya hasil seni sulaman benang reben. Bayangkan jika anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap seni ini. Apa manfaat yang boleh anda perolehi?
Banyak. Banyak sekali manfaatnya. Anda mampu memperindah suasana kehidupan harian dengan jari jemari yang dibantu minda kreatif anda sendiri. Sulam baju anda, sulam baju anak anda. Hadiahkan untuk sikecil rakan karib anda. Sulam semua fabrik yang menghiasi rumah anda! Sulam semua aksesori yang ada!
Bayangkan. Anda boleh mengisi masa lapang anda dengan kerja yang menyeronokkan dan berfaedah ini walaupun sambil menonton opera sabun dari Indonesia atau Filipina yang anda gemari saban hari. Tak ada masalah! Dan yang lebih baik lagi, anda boleh memulakan perniagaan hasil sulaman benang reben dari rumah.
Dapatkan tempahan dari kawan-kawan, saudara-mara, jiran-jiran, pasarkan melalui internet atau dapatkan tempahan pukal dari kedai-kedai cenderahati. Buat kerjasama dengan pengusaha andaman untuk rekaan gubahan hantaran perkahwinan berasaskan seni sulaman benang reben yang unik dan menawan. Wow!!
Kelas Sulaman Benang Reben Kak Zan

Kelas Sulaman Benang Reben Kak Zan adalah peluang dan pilihan terbaik anda untuk mempelajari seni indah dan berpotensi ini. Kak Zan adalah seorang pesara guru yang sangat berbakat.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang beliau miliki dalam seni ini serta pengalamannya sebagai guru, pakej beliau adalah lengkap dan terbaik. Apatah lagi Kak Zan sendiri pun telah banyak memasarkan hasil kerja sulamannya itu secara komersial, pengalaman beliau dalam aspek ini tentunya sesuatu yang tak ternilai jika anda ingin melangkah ke arah yang sama.
Sebagai manifestasi kesungguhan dan keinginan Kak Zan untuk melihat anda benar-benar dapat belajar dengan baik, peserta kelas Kak Zan tidak melebihi dari 10 orang. 6 – 10 orang merupakan sebuah kumpulan pelajar yang ideal. Anda boleh mencipta kumpulan anda sendiri atau menyertai kumpulan yang diuruskan Kak Zan.
Pakej-pakej sulaman yang ditawarkan
Kak Zan menawarkan pelbagai pakej sulaman. Peserta boleh memlih pakej yang bersesuaian mengikut citarasa dan tahap kemahiran. Pakej-pekej ini disusun sebegitu rupa agar peserta berpeluang meneroka alam sulaman benang reben yang sangat luas ini.
- Pakej Asas (8 jam) – Ditawarkan kepada mereka yang baru berjinak dengan alam sulaman, mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis stitches yang menggunakan benang dan reben.
- Pakej Mawar (8 jam) – mengandungi 8 teknik menghasilkan bunga-bunga ros yang berbeza dari segi kesan tampak.
- Pakej Ropol (8 jam) _ mengandungi 8 teknik ropol yang menghasilkan pelbagai jenis bunga.
- Pakej Benang Timbul (8 jam) – mengandungi 8 teknik menghasilkan sulaman benang yang timbul.
- Pakej Stumwork (8 jam) – Mengandungi 8 teknik menghasilkan kraf benang brsifat 3 dimensi yang menarik.
- Pakej mawar khas (8 jam) – 4 teknik sulaman mengguna reben silk lite 13mm.
- Pakej Hobby (16 jam) – mengandungi 16 jenis dan teknik pilihan daripada pakej-pakej di atas.
- Pakej Tambahan (4 jam) – mengikut permintaan semasa.
Lokasi
Kelas boleh diadakan di lokasi yang anda ingini atau lokasi yang ditetapkan Kak Zan. Yang penting jika anda yang memilih lokasi, pastikan anggota kumpulan anda cukup ekonomik untuk menampung semua kos Kak Zan datang mengajar.
Yuran mengajar Kak Zan adalah amat berpatutan walaupun beliau mengajar lebih banyak teknik sulaman benang reben dari yang ditawarkan oleh orang lain.
Untuk maklumat lanjut hubungi Kak Zan di talian 019-283 0479.
Email : kakzanbidawi@yahoo.com
Alamat: 580A, Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves.
Kreativiti gantung potret
April 26, 2009 by admin
Fail di bawah Objek Seni Deko
Menggantung gambar memerlukan ilham serta sentuhan kreatif. Elok susunan serta indah elemen yang ditonjolkan, bukan saja mengundang perhatian tetamu, malah apa yang dipamerkan mampu menambah nilai karya seni itu.
Bagi yang mencari teknik dan panduan menghias dinding khususnya menggantung gambar, petua pakar hiasan dalaman, Roddie Harris boleh dicuba.
Harris berkata, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum menggantung gambar ialah menetapkan titik tumpu di dinding. Cara ini amat berguna bagi sekelompok gambar, lukisan atau foto.
“Susun atur paling kreatif ialah menempatkan secara berkelompok gambar berukuran kecil untuk digabungkan dengan gambar lebih besar dan objek beraneka saiz. Pastikan setiap gambar disusun rapat,” katanya.
Paras ketinggian gambar yang ingin digantung terpulang kepada luas dinding dan selera peribadi namun, untuk impak terbaik, pastikan gambar diletak separas atau bawah sedikit dari paras mata. Sebaiknya, gambar itu disusun dalam kedudukan lurus dan jarak tepat jika mahu ia dilihat seimbang dan harmoni.
Bagi dinding menempatkan sofa dan laci, pastikan gambar atau objek yang digantung berjarak rapat dengan perabot itu. Selain menjamin kesan visual yang baik, gambar yang digantung jauh dari kelengkapan berkenaan kelihatan seperti tergantung sekali gus janggal dipandang.
Sewaktu merancang memenuhi dinding dengan gambar dan perhiasan, kenal pasti dulu bahagian tengah dan titik pusat dinding. Seterusnya, mulakan menggantung gambar di penjuru paling kanan dan kiri dinding sehingga mendekati titik tengah yang ditetapkan.
Michael Houghton, seorang lagi pakar hiasan dalaman turut menyediakan teknik menggantung gambar dengan betul menerusi artikelnya di laman web http://www.bhg.com.
Houghton berkata, ketinggian tepat gambar dan objek yang ingin digantung mampu diagak dengan meminta bantuan individu lain memegangnya. Cara ini membolehkan anda menilai sama ada kedudukan gambar digantung senget atau terlalu tinggi.
Selain itu, paku perekat dicadangkan Houghton bagi menstabilkan kedudukan gambar. Namun, ini tidak digalakkan bagi dinding berhias kertas kerana membuatkan kertas itu tercarik.
Bagi yang ingin menggantung himpunan gambar, sediakan dulu lakaran susun atur atau rangka gaya susunan di lantai. Selain mendapatkan gambaran keseluruhan susunan gambar, anda juga boleh menukar perancangan susun atur tanpa perlu mencabut kembali paku dan skru yang boleh merosakkan dinding.
Minimalist Masterpiece
March 22, 2009 by admin
Fail di bawah Objek Seni Deko
IT’S shaped like a guitar pick and stands on two curvy legs. Made from glass and solid wood, it quietly balances out any living room setting, be it contemporary, retro or even Victorian. You may have seen it around.
It goes by many names; most popularly Tribeca and the Noguchi. But the real deal is properly called the IN-50 and is solely manufactured by Herman Miller in the United States. It carries a sob-inducing US$1,518 (RM5,200) price tag.
Of course, reproductions can be had for much less. In Malaysia, you can pick up a copy at a local designer furniture store for only RM1,699, a steal compared to the genuine article.
The fact that it comes in three easy-to-assemble pieces only adds to its charm, as does its history.
The IN-50 is based on a kidney-shaped dining table of glass and rosewood created by Isamu Noguchi, an architect-cum-sculptor-cum-furniture designer, for A. Congers Goodyear, then the president of the Museum of Modern Art, New York.
When furniture designer T.H. Robsjohn-Gibbings saw it, he asked Noguchi to do a coffee table.
Unfortunately, World War Two happened before production could begin.
Noguchi, son of a Japanese poet and American writer, and born in Los Angeles, campaigned against the internment of Japanese Americans and later voluntarily entered an internment camp; he left after a few months.
On his return to New York, he discovered that Robsjohn-Gibbings had claimed the table design for his own. He reputedly said: “Anyone can make a three-legged table”.
Noguchi reworked the Goodyear, stripping it right down to the basics. What emerged was a definitive curvilinear form that many have learnt to identify with Noguchi.
His relationship with Herman Miller started in 1947 when the IN-50 design was published alongside George Nelson’s article on “How to Make a Table”. Nelson was Herman Miller’s director of design then.
Noguchi died in 1988 but his table is as much in demand today as it was when it was first produced over 60 years ago, while the Robsjohn-Gibbings went out in the late 1950s.
The IN-50 is by no means the artist’s only coffee table design, but it is the most iconic.
How to tell a genuine Noguchi coffee table from an impostor
1. Check the date of manufacture. Herman Miller first produced the IN-50 in 1947 but stopped in 1973. The coffee table was reissued in 1984 following a revival. Anyone who claims to have one made in those in-between years is either a con or has been conned.
2. Check the signature. In 2003, Herman Miller etched Isamu Noguchi’s signature into the long side of the glass top. There should also be a metal medallion with the Herman Miller emblem on the wood base. The same mark is stamped into the wood under the medallion, just in case it drops off.
3. Check the colour. The Herman Miller manufactures are only available in ebonised walnut (black), stained walnut (beige/brown), or cherry (red/brown).
4. Check the fittings. There are no nails, screws or glue to bind the table together. The whole idea was to make it easy to put together. Two pieces of solid wood, cut in identical free-form shapes and laid at a right angle to each other, prop up a glass top that measures 3/4-inch (2cm) thick, although older models may be slightly thicker. Any thinner and it’s probably a fake.
5. Check the size. The dimensions are 50 inches (L) x 36 inches (W) and 15 inches (H) or 127cm x 91cm x 38cm.
Debra Chong – The Star
Cermin Hiasan Ceriakan Rumah
March 19, 2009 by admin
Fail di bawah Objek Seni Deko

Terdapat banyak rekaan cermin muka di pasaran. Pilih yang praktikal serta sesuai dengan konsep deco anda.
MELANGKAH masuk ke ruang atau sudut kediaman berlatarkan cermin hiasan memberikan pelbagai persepsi berbeza mengenai konsep penataan yang diketengahkan.
Dahulu, cermin hiasan hanya digunakan untuk melihat wajah dan bersolek, tetapi kini fungsi cermin lebih kepada melengkapi keunikan ruang atau sudut kediaman.
Ramai melihat keunikan cermin hiasan sebagai elemen dekorasi hiasan dalaman terpenting dalam menginspirasikan ruang atau sudut pelbagai dimensi.
Penataan ruang atau sudut kediaman lebih menyeluruh jika elemen cermin hiasan digunakan sepenuhnya bagi menyerlah konsep atau tema pilihan pemiliknya.
Ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan bilik mandi ternyata mempamerkan kelainan jika ada elemen cermin hiasan.
Keindahan ruang tamu berlatarkan susun atur perabot, fabrik langsir pilihan dan aksesori perhiasan menarik menjadi satu dimensi jika cermin diletakkan pada dinding ruang berkenaan.
Keharmonian dan keceriaan dalam meraikan tetamu dan keluarga sambil menikmati sajian lebih bermakna dengan refleksi cermin hiasan di ruang berkenaan.
Malah, penggunaan cermin di bilik tidur sudah lama diketengahkan dalam masyarakat kita khususnya jenis cermin yang digabungkan dengan set meja solek.
Sejak dulu ia bagaikan pelengkap utama bilik tidur yang menjadi ruang paling peribadi dan selesa untuk berdandan atau bersolek.
Sementara itu, kehadiran cermin hiasan di bilik mandi menjadi kemestian dalam gaya hidup masyarakat hari ini kerana ia menjadi perhiasan pertama yang ditatap keluarga dan tetamu.
Penggunaan cermin hiasan dalam menyerikan ruangan santai berlandskap menarik turut mencuri perhatian apabila kehijauan pemandangan itu terbias pada cermin.
Tidak dinafikan kehadiran apa jua jenis cermin hiasan ruang tertentu termasuk jenis berbingkai, bercorak atau berlakaran seni membuatkan ia menjadi titik tumpu dan menceriakan suasana.
Letaklah di sudut mana sekali pun, cermin hiasan tetap sepadan kerana refleksi diterjemahkan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas.
Bagi kediaman yang tidak mempunyai ruang terhad, penggunaan cermin hiasan memang digalakkan memandangkan cita rasa setiap pemilik kediaman berbeza.
Bagaimanapun, menurut pensyarah arkitektur dalaman Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, Prof Mohd Ali Yusop, masih ramai tidak berani menata rias kediaman menggunakan cermin hiasan untuk segenap sudut.
“Masyarakat kita menganggap peranan cermin hiasan hanya untuk melihat wajah dan bersolek semata-mata, tidak lebih dari itu.
“Berbeza dengan masyarakat luar seperti Eropah dan India yang menjadikan cermin hiasan sebagai elemen terpenting seni menghias kediaman,” katanya.
Mohd Ali berkata, fungsi cermin hiasan yang pelbagai melengkapkan lagi konsep kediaman termasuk minimalis dan klasik.
“Bagi konsep minimalis, penggunaan cermin hiasan berbingkai ringkas digalakkan, sementara konsep klasik pula anda boleh menyerikan kediaman dengan cermin berbingkai klasik untuk merealitikan lagi suasana.
“Namun, perlu diingat setiap ruang ada nilai seni tersendiri yang bersifat subjektif kerana di kalangan kita mempunyai pandangan berbeza dalam menata rias kediaman,” katanya.
Tip Menjaga Cermin Hiasan
- Bagi memastikan cermin hiasan sentiasa bersih dan bersinar-sinar, permukaannya perlu dilap setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
- Cuci cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka.
- Jangan lupa, cermin antara perhiasan pertama yang dilihat dan ditatap tetamu.
- Bagi cermin hiasan berwarna tidak boleh dicuci seminggu selepas pemasangan, sebaliknya lap menggunakan kain lembut dan pencuci tingkap biasa atau penyapu bulu ayam untuk cucian harian.
- Cermin hiasan berbingkai atau bercorak perlu lebih teliti penjagaannya kerana proses penjagaan bukan hanya pada cermin malah merangkumi bingkainya sekali.
- Meletakkan cermin hiasan di atas meja tidak digalakkan sekiranya anda mempunyai anak kecil.
- Dari konsep dekorasi, elakkan menggantung cermin hiasan berhampiran aksesori hiasan dinding lain kerana ia boleh menghilangkan seri penataan ruang yang ditampilkan.
Seni bawa kesejahteraan
March 19, 2009 by admin
Fail di bawah Objek Seni Deko
Bagaimana ketinggian yang sesuai untuk menggantung gambar di dinding? Ia lebih kepada citarasa peribadi atau mungkin juga ada sedikit bersangkutan dengan budaya.
Di Senegal, Afrika Barat masyarakat menggantung gambar orang tersayang atau mereka yang penting dan dipandang mulia di atas paras ketinggian pintu kerana ia dianggap lebih dekat dengan syurga.
Dalam masyarakat kita di mana atau berapa tinggi sesuatu gambar boleh digantung mungkin menjadi satu cabaran yang berbeza. Biasanya ketinggian yang dianggap baik untuk sesebuah gambar adalah pada paras mata. Masalahnya di dalam sesebuah rumah, paras mata anggotanya tidak sama tinggi.
Tinggi suami dengan isteri tidak sama. Begitu juga tinggi anak-anak. Jadi kita nak ikut paras mata siapa? Jika tidak diselesaikan dengan baik, nanti ada pihak tidak berpuashati?
Oleh itu suatu kompromi perlu diperolehi. Tengok siapa yang sebenarnya berminat dengan gambar berkenaan. Jika ia akan digantung di bilik anak, maka eloklah letakkan bersesuaian dengan paras mata anak.
Ibu atau bapa boleh memilih di mana ia patut digantung. Begitu juga dengan suami isteri, jika isteri mahu memilih ketinggian, suami biarlah berpeluang pilih gambar yang mana letak di mana. Jalan tengah adalah yang terbaik kepada semua pihak.
Editorial Senihias













