Laman Utama » Paloma Interiors** » Kabinet dapur di Taman Impian Putra, Bangi

Kabinet dapur di Taman Impian Putra, Bangi

Kabinet dapur yang dipaparkan dalam portfolio ini dibina untuk rumah teres 2 tingkat bersaiz 20 x 65 di Taman Impian Putra Fasa 4. Ia menggunakan dua tone warna dan dua kemasan yang berbeza. Di bahagian dapur basah warna tradisional menjadi pilihan walaupun rekaan lebih kepada moden. Pintu dari ply nyatoh dikombinasikan dengan beberapa tingkap kaca lutsinar supaya tidak nampak terlalu solid. Top dari konkrit dengan kemasan jubin 2 x 2.

Di bahagian dapur kering pula menggabungkan 2 tall unit yang salah satunya menempatkan oven bina dalam, oven microwave dan ruang storan. Manakala tall unit di sebelah oven juga digunakan sebagai stor barangan. Yang menariknya bahagian ini juga dilengkapi ruang untuk menyimpan lebihan makanan masak (left over). Ruang seperti ini penting jika anda mahu left over tidak menyemakkan meja makan sepanjang masa. Kekotak peti sejuk dibina berasingan berhadapan dengan 2 tall unit tersebut. Ini menonjolkan ketelitian dalam rekaan keseluruhan dapur.

Selain itu kaunter bar dibina sebagai pemisah di antara ruang menonton dan ruang dapur. Gerbang kekotak juga dibina bagi mengukuhkan pemisahan ruang yang ditampilkan. Rak kaca dengan latar berbagai warna menawarkan permulaan ruang dapur yang agak unik dan berbeza. Unit kabinet dapur kering menggunakan badan dan pintu ply bertetulang dengan kemasan melamine berbingkai aluminium. Dinding antara top dengan unit atas dari cermin muka. Dan top dari meica top.

Pemandangan ruang dapur dari ruang tamu. Gerbang kekotak dan kaunter bar menjadi pemisah ruang yang jelas d antara bahagian depan dan dapur.

Pemandangan ruang dapur dari ruang tamu. Gerbang kekotak dan kaunter bar menjadi pemisah ruang yang jelas d antara bahagian depan dan dapur. Bangku bar pula belum ada.

Pemandangan dari kaunter bar ke bahagian dapur kering. Panjang keseluruhan dapur dari kaunter bar ke tingkap belakang lebih kurang 20 kaki.

Pemandangan dari kaunter bar ke bahagian dapur kering. Panjang keseluruhan dapur dari kaunter bar ke tingkap belakang lebih kurang 20 kaki.

Bahagian dapur kering di lihat dari sisi. Rak kaca dengan panel kaca berwarna sebagai latar belakang. Dinding kemudian disambung dengan cermin muka. Ruang nampak sedikit luas kerananya.

Bahagian dapur kering di lihat dari sisi. Rak kaca dengan panel kaca berwarna sebagai latar belakang menampilkan keunikan tersendiri. Dinding kemudian disambung dengan cermin muka. Ruang nampak sedikit luas kerananya.

2 tall unit memberi ruang cukup besar untuk storan maksima. Ruang di sebelah oven direka untuk menyimpan makanan masak seperti penggunaan almari lauk yang popular di kalangan masyarakat kampung dulu. Perbezaan tone warna di antara ruang kering dan basah dapat dilihat dengan jelas di sini.

2 tall unit memberi ruang cukup besar untuk storan maksima. Ruang di sebelah oven direka untuk menyimpan makanan masak seperti penggunaan almari lauk yang popular di kalangan masyarakat kampung dulu. Perbezaan tone warna di antara ruang kering dan basah dapat dilihat dengan jelas di sini.

Sudut pandang terus dari belakang kaunter bar ke belakang. Perbezaan jelas tone warna, kemasan dan gaya.

Sudut pandang dari belakang kaunter bar ke dapur basah. Perbezaan jelas tone warna, kemasan dan gaya. Perhatikan tall unit dan kekotak peti sejuk yang dibina bertentangan.

Dapur basah dilihat dari ruang membasuh. Kelihatan perbezaan aras lantai di antara dapur kering dan dapur basah.

Dapur basah dilihat dari ruang membasuh. Kelihatan perbezaan aras lantai di antara dapur kering dan dapur basah. Backsplash di ruang memasak adalah kaca diperkukuh (tempered glass) dengan warna diselaraskan dengan warna hob.

Pemandangan dengan sedikit detail yang berbeza. Lihat di sebelah kiri gambar di mana rak terbuka turut di bina di sebelah kekotak peti sejuk. Rekaan dapur rumah ini sememangnya untuk mencipta ruang semaksima yang mungkin.

Pemandangan dengan sedikit detail yang berbeza. Lihat di sebelah kiri gambar di mana rak terbuka turut di bina di sebelah kekotak peti sejuk. Rekaan dapur rumah ini sememangnya untuk mencipta ruang semaksima yang mungkin.

contact11

93 Komen to " Kabinet dapur di Taman Impian Putra, Bangi "

  1. Puan Shahrul Nizam says:

    uiiissshhh!! cantik ssungguhh.. heaven la KC nihhh… i nak tnya la, glass yg warna warni tu bape ringgit sekeping? hihiiii

  2. Che Bunga says:

    Kebetulan saya pon dok kawasan ni, bole tlg emailkan harga utk KC di atas. Tima kasih.

  3. adam rais says:

    Woww… cantik..rumah saya baru siap dkt kwsn tu jgk.. tgh nk cari utk wat KC.. harap dpt email harga utk KC kt atas tu… thanx..

  4. Sham says:

    Bagaimana saya hendak hubungi tuan?… Perancangan saya untuk rumah baru saya di Shah Alam.

    Terima Kasih

  5. mai says:

    berapa kos untuk buat KC macam diatas

  6. zura says:

    Nak tanye berapa kos untuk design kc ni… Rumah saya di TIP Fasa 6 baru sahaja siap. Tgh survey untuk kc.

  7. nany athan says:

    rumah sy jenis teres 1 tingkat (kos serhana) jadi sy nak mintak pandangan tuan tentang kabinet yg sesuai utk dapur rumah sy… terima kasih

  8. Pn Siti says:

    Sangat cantik rekaan dapur ni…adakah design dapur direka sendiri oleh tuan rumah ataupun tuan yang cadangkan selepas melihat keluasan rumah dan budget?

  9. Siti Nazariah says:

    Berkenan sgt dapur nih……tgh survey KC nih…..berape kos untuk design kc nih……

  10. awanlarat says:

    melihat kepada finishing pintu dan kabinit saya rasa ia diperbuat dari bhan melamin abs dan kayu nyatoh.rekabentuk yang simple tapi ton warna yang sesuai untuk kedua dapur tapi tiada bahagian yang menyerlahkan rekabentuk tersebut.maaf ye.

  11. rezuian says:

    kos mengukur dan reka kabinet dicas ke tak sekiranya tuan di panggil untuk membuat kerja trsebut

  12. Ummie says:

    Saya nak tanya, berapa kos untuk KC bahagian dapur basah yg dlm gambar tu ye? Kalau dua2 bhgn tu pulak berape? Thanks

  13. SYANTIA BINTI BOLHASSAN says:

    ok sungguh cantik… tapi kat sarawak nie susah sikit nak dapatkan design macam tu….saya sungguh berminat

  14. nor says:

    salam, boleh saya tahu berapa kos dapur kt tas tu.
    dan lagi satu boleh tak bg anggaran harga utk kc rmg saya yang berukuran, wall 7.5 kaki dan 12.5kaki base. tall satu. melamin dan nyatoh.

    satu lagi nak tanya.. pecah dinding buat sekali tak?
    harap dpt balasan.

  15. Rania Batrisya says:

    Cantik sangat KC tu. Kos pembinaan Berapa??
    Boleh dapatkan contact number Kontraktor yang buat KC tu tak?

  16. Hamzah says:

    berapa harganya untuk size dapur yg sama… sila email

  17. wan says:

    menarik, sila email saya kos kerja ni..sy bercadang nk buat guna konsep yg hmpir sama dgn beberapa modifikasi

  18. zuliana says:

    cantik..KC dengan ruang semaksima mungkin..boleh saya tau kos brape..saya tgh survey KC jgk nie..rumah semi-D double storey..

  19. Aziah Ariffin says:

    Salam..nak tanya berapa kos untuk dapur secantik di atas.

  20. syam says:

    super nice..how much is the cost?thanks

  21. admin says:

    Kepada semua yang berminat dengan design di atas untuk rumah sendiri dan nak buat sekarang terus hubungi saya di 013-236 1198.

  22. niza says:

    salam, boleh tahu berape kos keseluruhan. Saya juga bakal penghuni Taman Impian Putra dan sekarang ni tenagh survey2 nak buat KC. Saya dah dapat satu quotation tapi agak mahal just untuk buat bahagian kabinet bawah sahaje. Boleh tak saya dapatkan quotation drpd pihak tuan untuk saya buat perbandingan dan kalau berpatutan dan hasil kerje memuaskan saya akan pertimbangkan.

  23. sue says:

    SAYA INGIN TAHU BERAPA KAH KOS UTK MEMBUAT KC TERSEBUT SAYA TINGGAL DI PORT KLANG

  24. nani says:

    boleh saya tahu berapa harga kc di atas

  25. salasiah says:

    Bape kos buat kc mcm tu

  26. hani says:

    kalau area rawang tak ambil ya… kalau ambil sy berminat nak tahu kos KC di atas..

  27. Fiza says:

    peerghh!!! cantiknye matching 2 clrs…budget berapa cam ni erk?

  28. Alifah says:

    Saya ingin puan beri anggaran berapa kos bg. KC L-shape seperti di atas tetapi dalam ukuran 5 x 10 kaki?

  29. tengku atie says:

    Salam…
    Saya nak sambung bhg dapur rumah. Dalam 22*18. saya nak dapatkan batuan tuan/puan ttg susun atur yang tepat untuk nampak luas dan kemas dan semestinya cantik.
    Saya berhajat nak nak buat toilet n bilik mandi skali.

    Harap dpt pertolongan.

    terima kasih byk2.

    Salam..

  30. khairul says:

    saya ingin tahu..berapa budget untuk buat kc pada ruangan dapur basah seperti dalam gambar di atas?..Bercadang ingin membuat kc juga di taman impian putra fasa 6. terima kasih

  31. siti aishah ahmad says:

    assalamualaikum…

    saya nak tanya berapa kos KC Taman Impian Putra diatas. Tq

  32. rafidah says:

    salam..saya nak tanya..berapa harga utk kitchen cabinet type di atas?..jenis material yang dipakai?

  33. tomoko says:

    bape costing utk buat KC exactly sama mcm u ni ye?

    reply me ASAP..

    thanks..

  34. alyza hanum says:

    saya berminat dgn dapur ini.bleh berikan butiran harganyer.t.kasih

  35. faniey says:

    saya ingin tahu..berapa budget untuk buat kc pada ruangan dapur seperti gambar di atas?

  36. linda says:

    berapa kos sume skali…rumah saya baru siap tp belum duduk lg di kajang skang tengah berkira2 utk ubahsuai dapur

  37. yatie says:

    Salam…
    Hemmm…cantik sungguh dapur nie…saya memang berangan nak dapur macam nie..
    Tapi berapa kos nyer yea…? selalu nyer nak ubah suai rumah macam nie byk x kos nyer…biasa nyer u all design utk customer 2 ke atau ikut design yg customer mau..?TQ.

  38. ct says:

    akum…saya berminat dengan design keseluruhan dapur ni..boleh bgtahu sya berapa harga keseluruhan..memandangkan sya akan berpindah kerumah baru dbeli..saya nak tahu sgt tentang kos nya

  39. ct says:

    akum..saya nak tahu sgt kos kabinet diatas..cantik sgt..tolong email sy

  40. ct says:

    akum..saya nak tahu sgt kos kabinet diatas..cantik sgt..tolong email saya

  41. suzie says:

    saya dalam perancangan nak buat kabinet dapur.di negeri saya, terengganu, kedai-kedai pembuat kabinet dapur terhad dan mungkin agak mahal. kalau saya nak tempah / nak runding, adakah caj penghantaran kabinet akn dikenakan sekiranya saya setuju nak tempah???

  42. puan laily says:

    memang class… i wish i can have one like this..budget berapa ni?

  43. liza says:

    Salam.. Saya berminat dengan rekabentuk yang disiarkan di laman web ni..Untuk makluman saya akan memasuki rumah baru..sekarang ni tengah mencari company yg sesuai utk ubahsuai dapur saya. Keluasan rumah saya 24×70. Ruang dapur sederhana luasnya. Boleh tak bagi anggaran kos jika saya ingin membuat ubahsuai sink, kabinet dapur, kalo boleh hantar le contoh2/sample design dapur yg cantik2. Saya berminat dgn kaler hijau epal..

  44. has says:

    Salam
    saya ingin bertanya, berapakah kos anggaran sekiranya saya ingin membuat kabinet dapur baru. Buat masa sekarang saya sudah punyai kabinet dapur, akibat agak sudah lama, banyak pintu2nya telah makan anai-anai. Jadi apa cadangan, samada hanya repair atau, buat keseluruhan. Namun berapakah anggarannya. Sekian, terima kasih.

  45. azie says:

    Saya suka susunatur dan rekabentuk dapur yang disiarkan itu. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah KC sedia ada saya seperti KC bahagian dapur basah warna tradisional. Tapi bila dah buat renovation, saya berhasrat untuk combine KC lama itu dengan KC baru jenis 3G putih dan floor tiles yang pilih adalah warna ala-ala orange-brown. Sesuai ke tidak?

  46. norfaridah says:

    saya amat berminat mengenai ubahsuai kitchen cabinet ni. adakah pengubahsuaiannya melibatkan pemecahan ruang, menyebabkan harga KC tersebut menjadi mahal. berapakah badget untuk pengubahsuaian sebegini. sekiranya saya ingin menggunakan dapur gas yg sedia ada, adakan sesuai sekiranya saya letakkan di ruangan basah. manakala bg ruangan kering saya rancang untuk letakkan double KC.harap give feedback.thanks

  47. shahrul says:

    saya baru memiliki rumah dan bercadang untuk membuat pengubahsuaian. saya masih mencari binaan dan rekabentuk KC yang sesuai dengan ruang dapur saya. saya amat tertarik dengan rekabentuk KC ini dan dapat kiranya saya mengetahui berapakah harga KC ini.

  48. kerul says:

    nak Quo utk KC nie.. kalau buat material apa yg sesuai kita guna dibawah sink basuh pinggan utk ellakn mereput atau pintu kabinet rosak. (basuh pinggan n xtvt di sinki selalu air akn memercikkan) TQ

  49. sara says:

    saya nak tau kos utk ubahsuai dapur mcm kat atas ni..tlg email saya tentang harga..

  50. azrul hisham says:

    saya dalam perancangan ubahsuai dapur bersaiz 10X10 sq, ingin membuat wiring 4 bilik tidur serta siling plaster simple untuk ruang tamu dan bilik tidur utama dengan budget RM30,000.00 apakah konsep yang sesuai

  51. admin says:

    Salam Azrul,

    Konsep yang sesuai adalah konsep yang tuan rumah suka. Misalnya kalau suka tradisional buat tradisional, kalau suka moden kena buat moden. Dari segi konsep, sebagai kontrator kami kena ikut tuan rumah.

  52. pn. norziana mazilan says:

    assalamualaikum w.b.t.saya mahu ubahsuai rumah saya.saiz dapur 10×14 sq.saya ingin memasang kabinet dapur.berapakah bajet bagi kabinet biasa dengan harga yang paling rendah.

  53. laman belakang rumah semi D saya bersaiz 10′ x 40′. saya ingin membina dapur memanjang 10′x 30′. saya inginkan konsep tradisional ala kampung, dah survey merata tapi tak jumpa contoh2 sesuai, ada idea tak bagaimana nak design lengkap dengan water fiture….

  54. lily says:

    Salam, brp kos utk buat kekotak di atas kaunter bar spt gambar di atas?

    sekian.

  55. Sabrina says:

    Salam,
    Berapa kos utk kabinet (color coklat gelap shj)spt di atas. Boleh email kepada saya?

  56. sham says:

    salam..brpe kos kc spt diatas

  57. zhackz says:

    salam tuan….
    bole beri sebut harga bagi kabinet dapur di atas…tq

  58. ida says:

    brp yek kos utk table top mcm bar…exactly sama cm dlm gmbr

  59. siti nurhayati harun says:

    nak tanyer kalau minor repair kc boleh buat ker (pintu cabinet dah tercabut)? pastu ingat kalau ade idea nak menambah baikkan interior dapur yg ade sekrang… bole ker… rumah impian putra fasa 1…

  60. anisz says:

    saudara. saya nak buat kc di rumah parent di shah alam. budget rm 5k. ada dry n wet kitchen. rumah teras seksyen 7.

  61. siti says:

    salam, saya menetap d taman sri banting, banting. konsep d atas menarik minat saya kerana saiz rumah kami hampir sama (22X70), design yg d ketengahkan hampir menyamai design yg saya lakarkan. Saya ingin memaksimakan ruang dapur dgn kabinet sbg penyimpanan barangan dapur. saya hanya mewujudkan satu ruang dapur shj bagi menjimat ruang (dapur kering/basah). Andaikan saiz dapur 20×11 saya bahagi dua ruang iaitu ruang makan (10×11) dan dapur (10×11). ruang ini d pisahkan oleh pintu “sliding door”. Adakah pembahagian ini suatu yg relevan atau sebaliknya?

  62. isinda says:

    hi..
    saya tertarik dengan the whole idea yang dipaparkan dalam gmbar ni.. brape total cost?.. nak budget sebab nak reno dulu umah sebelum masuk tahun depan… pls.. tq

  63. riee says:

    assalamualikum:

    kalau saya nak buat kabinet dapur perlku bayar cash atay boleh bayar bulanan?

    terima akasih

  64. zue says:

    Salam,

    saya baru memiliki rumah dan bercadang untuk membuat pengubahsuaian. saya masih mencari binaan dan rekabentuk KC yang sesuai dengan ruang dapur saya. Rumah saya jenis teres dua tingkat 20 X 65 di semenyih, dan saya bercadang untuk memanjangkan ruangan dapur saya dalam saiz kira 5′ lagi memandangkan dapur asal yang kecil dan sempit. saya amat berminat rekaan yang simple dan kontemporari, saya amat berharap saudara dapat mmberi cadangan dan qoutation yang berpatutan. terima kasih.

  65. rozie says:

    ada sesiapa yg tahu kat area Tmn Impian Putra ni..ada tak rumah utk dijual lagi???

  66. rosz says:

    saudara, saya perlukan pendapat, existing kitchen 12″ x 12″, kalau extend ada lagi 5″, cukupkah ruang 5″ tu utk dijadikan wet kitchen atau pun saya perlu wujudkan hanya 1 kitchen utk rumah saya tu? terima kasih

  67. noorlela says:

    boleh bagitau berapa budget kabinet dapur macam ni..saya nk buat dlm masa terdekat..

  68. IZA says:

    hai, caantik yer gambar tersebut..rasa2 berapa yer budget tu..n kalau kat kuching ader ker u all punya servc..tq

  69. ani says:

    assalamualaikum…..
    saya t’tarik dgn design dan pemilihan 2 tone warna pada kabinet dapur tu.brpa ye budget kabinet dapur mcm tu?lgpun ruangan dapur rmh sy lebih kurang sama dgn ruangan dapur tu yg b’bntk L.

  70. Abi says:

    Salam, saya berminat nak tahu sebutharga bagi kabinet dapur seperti dalam gambar di atas. boleh e-mail kepada saya?
    TQVM

  71. Eliana says:

    Salam, saya berminat dgn kabinet dapur ni..boleh email kan kpd saya budget nyer tak? Saye tgh berkire2 budget utk nk buat kitchen kabinet ni utk rumah teres nti :)

  72. Faiz says:

    Boleh bagi saya quot utk KC mcm dalam gambar ni.. TQ

  73. zai says:

    boleh bagi saya anggaran harga utk renovate dapur macm tu?

  74. Lydia says:

    Salam, saya berminat untuk mengetahui sebutharga bg KC jenis ini. Sekiranya Encik x berkeberatan saya sudi untuk membawa encik melawat ke unit rumah contoh (memandangkan rumah saya dijangka siap pada akhir 2011) utk menentukan budget keseluruhan bg KC jenis ini. Harap maklum.

    Sekian, terima kasih

  75. niksamhanin says:

    seronok kalau memiliki…berapakah budget nya???

  76. nazima says:

    cantik, saya teramat suka. Saya ada rumah di seremban, maybe siap dalam end of year… berapa budget buat dapur cam ni?

  77. Fazila says:

    sial email saya kos kitchen cabinet seperti di atas

  78. rosnisa jusoh says:

    saya akan menduduki rumah dalam bulan 7 nie, keluasan 20X65..saya ingin memperbesarkan dapur lagi..saya amat berminat dengan design diatas…boleh bagi berapa kos tersebut????pleasa…tenkiu…

  79. Mohd Zaki says:

    Salam.
    Saya ingin bertanya.. Perkhidmatan ini hannya cover kawasan mana?

  80. Nurul says:

    Hye!sy Nurul dr puchong
    Sy Nk tnye berkenaan bajet Utk membuat kitchen cabinet spt di atas
    Ini di Bangi kn?
    Rumah sy 20×65 ttp ruang dapur amat kecil Dan perlu diperbesarkan dlm 5″ Lg.
    Oleh itu sy ingin ruang dapur yg semaksima mungkin dgn bajet yg berpatutan.
    Sy perlukan pandangan Dan idea anda.tq

  81. kalaimathi says:

    sy nak puat kabinat dapur bentok L (Panjang 13 kaki lebar 11 kali)perapa cost nya? pls email me.

  82. azri says:

    Assalamualaikum, bole email kat saye berape kos untuk kabinet dapur seperti gambar di atas

  83. wan says:

    Salam tuan, saya amat berkenan dgn design diaatas . berapa kosnya kalau keluasan dapur saya adalah 18×8 sqf. boleh emailkan kat sya tak. terima kasih

  84. wan says:

    Boleh terima kad kredit tak?

  85. Baini Md Ghani says:

    saya amat tertarik dgn design ini dan ingin bertanya bolehkan tuan berikan anggaran kos utk ruang dapur basah sahaja. Untk pengtahuan saya sedang mncari design dn kontrktor utk membuat kabinet bg ruang tmbahan dapur saya yg berukuran hmpir sama spt ruang dlm gmbar di atas. Utk mkluman juga table top sudah siap dibina..hya perlu pintu shj. Selain drp itu saya juga tertarik utk mmbina pemisah dintara ruang dapur yg telah sedia ada dgn yg baru jika sesuai. Anggaran ruang baru yg perlu pemadangan pintu kabinet ialah 6ft x10ft. Tq

  86. Mohd Hadzir Shuib says:

    keluasan 12kaki X 25kaki kabinet dapur berbentuk U berapa angaran perbelanjaan

  87. Mohd Hadzir Shuib says:

    keluasan 12kaki X 25kaki kabinet dapur berbentuk U berapa angaran perbelanjaan

  88. ira says:

    saya bercadang untuk memasang cabinet dapur….boleh x pihak tuan memberikan cadangan beserta harga yang murah boleh pihak tuan berikan..tq

  89. hasrina says:

    assalamualaikum…saya ingin mengubahsuai dapur saya dan saya juga duduk di fasa 4 di taman bekenaan.. saya ingin tahu kos membuat kabinet rumah berkenaan…saya amat tertarik dengan susun atur kabinet rumah tersebut.

  90. Salam..
    Saya tgh cari kitchen cabinet,tp malangnyer ruang dapur saya amet kecil dan terhad..saya kene pecah bilik stor baru dapat 6kaki lebar dan 13 kaki panjang..still kecil lagi..mcm mane saya nk dapatkan kitchen cabinet yg mcm dalam gambar tu..dan berapa kosnyer..??

  91. Pn Siti Fadlina says:

    Saya nak bertanya..jika saya ingin membuat cabinet kaunter berbentuk U untuk kios perniagaan saya, bolehker? Saya hanya mahukan just untuk fungsi penyimpanan dan sink…
    Tqvm

  92. zue says:

    Assalam..bleh bgathu berapa budget spt gmbr di atas..tqvm..

Tinggalkan komen

Anda mesti Log Masuk untuk meninggalkan komen.