Laman Utama » Paloma Interiors** » Kabinet Dapur @ Timur Enstek

Kabinet Dapur @ Timur Enstek

Kabinet dapur yang kami paparkan kali ini bergaya moden, kemas, ringkas tetapi menonjol. Tema warna merah dan putih. Badan kabinet dari melamine board dilengkapi pintu-pintu dari kaca berbingkai alumimium dengan kemasan warna dari semburan cat merah cili.

Table top adalah dari solid surface. Kabinet dapur ini turut dilengkapi dengan sebuah kaunter bar yang juga berfungsi sebagai sempadan di antara ruang makan dan ruang dapur. Turut dibina 2 buah kabinet tinggi bagi menempatkan oven elektrik dan oven gelombang mikro dan juga untuk memastikan lebih banyak ruang simpanan.

Terdapat 2 sinki, iaitu sinki basuhan utama yang terletak di bahagian belakang berhadapan tingkap dan sebuah lagi sinki basuh tangan separa bulat diletakkan di sudut bersebelahan dengan kaunter bar. Selain itu seperti biasa ia turut dilengkapkan dengan hood dan hob. 5 buah bakul tarik juga disediakan di dalam beberapa kabinet bagi menambahkan kemudahan kepada tuan rumah.

Apa yang lebih unik berkenaan dengan projek dapur kali ini ialah layout rumah yang tidak bersegi empat tepat. Bahagian dinding di mana dapur di bina mempunyai layout bersudut 101 darjah. Bukan 90 darjah sebagaimana kebiasaan. Rumah teres setingkat di Timur, Bandar Enstek ini bukan sahaja unik rekabentuk luarannya tetapi juga luas di bahagian dalamnya.

Kawasan kejiranan projek kami ini di Timur, Bandar Enstek, Nilai. Rekaan rumah yang menarik. Berbeza dari kebiasaan.

Kawasan kejiranan projek kami ini di Timur, Bandar Enstek, Nilai. Rekaan rumah yang menarik. Berbeza dari kebiasaan.

Team Zolmar, Hafiz dan Asri tekun memasang pintu kabinet kaca yang berwana merah cili.

Team Zolmar, Hafiz dan Asri tekun memasang pintu kabinet kaca yang berwana merah cili.

Perkakasan utama; peti sejuk, oven, ruang oven gelombang mikro, dapur dan hood.

Perkakasan utama; peti sejuk, oven, ruang oven gelombang mikro, dapur dan hood.

Pandangan dari bahagian depan. Kelihatan kaunter bar dan sudut untuk sinki basuh tangan.

Pandangan dari bahagian depan. Kelihatan kaunter bar dan sudut untuk sinki basuh tangan.

Tidak semua rumah mempunyai peluang untuk mendapat kemudahan dapur sebegini.

Tidak semua rumah mempunyai peluang untuk mendapat kemudahan dapur sebegini.

Kaunter bar di lihat dari bahagian belakang. Kelihatan ruang tamu yang belum dikemaskan. Pemilik masih belum berpindah masuk.

Kaunter bar di lihat dari bahagian belakang. Kelihatan ruang tamu yang belum dikemaskan. Pemilik masih belum berpindah masuk.

Pintu kaca berbingkai aluminium dengan semburan cat memberi kesan hi-gloss. Sinki basuh tangan yang unik dan praktikal.

Pintu kaca berbingkai aluminium dengan semburan cat memberi kesan hi-gloss. Sinki basuh tangan yang unik dan praktikal.

contact11

58 Komen to " Kabinet Dapur @ Timur Enstek "

  1. puan nabilah says:

    cantik n very moden…nak tanya sinki basuh tangan tu u provide jugak ka?

  2. admin says:

    Hai,

    Biasanya perkakasan dan peralatan disediakan tuan rumah. Kami lebih suka tuan rumah membeli sendiri sinki, hood, hob dan lain-lain seperti sinki bash tangan sebab ia lebih menepati citarasa masing-masing. Kalau kami beli, ia tertakluk kepada bajet/nilai dalam sebutharga. Kalau tuan rumah sendiri beli mereka boleh buat keputusan untuk beli apa yang mereka lebih suka walaupun ia mungkin lari dari bajet asal. Mereka lebih tahu kemampuan, keutamaan dan citarasa sendiri berbanding kami. Sinki basuh tangan di atas disediakan tuan rumah. Kami hanya tolong pasang saja.

    Bagaimanapun bagi aksesori dalaman kabinet seperti pullout tray, rak pinggan, rak botol dan sebagainya kami akan sediakan jika diminta dan termasuk dalam sebutharga.

  3. syahida says:

    kalau mcm ni, kos dia lebih kurang bape ek?

  4. nor azam says:

    camna dapur yang agak kecil seperti rumah berkeluasan 22 X 70

  5. admin says:

    Syahida,

    Kos mana bleh sebut kat sini. Tapi berbanding pada design dan saiz, ia taklah mahal. Murah je.

  6. admin says:

    Nor azam,

    Rumah bukak 22 ni dah masuk kategori rumah besar. Sekarang ni rumah standard 20 aje.

  7. intan says:

    kalo saya nak wat renovation rumah,camner nak contact?

  8. admin says:

    Intan boleh isikan borang bina & ubahsuai rumah. Tengok kat sebelah kanan atas, menu warna biru.Klik je untuk ke borang.

  9. samad says:

    Cantiknye…..saya plan nak amik warna merah camni la….pintu tu kaca 3d tu ke….

  10. Nani says:

    Cantik sgt. Saya akan berpindah kerumah baru hujung tahun ni..keluasan 22×70. Plan nak wat dapur yg simple, murah dan cantik. Boleh tolong designkan & buat budget untuk saya..

  11. Izni Hafiz says:

    Kreatif dan menarik design tu. Saya akan berpindah ke rumah baru saya hujung tahun atau pun awal tahun depan. Saya dan plan hendak membuat renovation especially yang melibatkan dapur. Boleh tak designkan dan buat quotation untuk kami. Keluasan rumah 22 X 75, dan kami plan nak extend bahagian dapur. Saya dah cuba click borang pertanyaan tu, tapi tak ada apa2 pun… kosong jer… Macam mana nak contact yer…

  12. NadzMy7 says:

    salam
    saya akan berpindah ke rumah baru kami insyaallah hujung tahun ini..di kawasan salak tinggi..keluasan dapur kecil je, lebih kurang 7′ x 13′.. boleh tolong design dan budget harga tak?saya minat design moden macam ini..

  13. aida says:

    cantik la..berapa kosnye..kalau 4k leh dapat tak?

  14. roslina yahaya says:

    salam. nak tahu berapa kos. Rumah jenis condo berkeluasan 1300. untuk dapur saja.

  15. wan says:

    saya pun minat design moden camni kaler merah. bleh tlg email x brape kos bg ruang dapur 12′x 10′ x? bwh 10k dapat x? skrg tgh survey nak buat kitchen cabinet. as soon as possible. tq

  16. ati says:

    rumah saya kat kelantan…kat sini biasanya depa buat guna kayu nyatoh…sy nak yg mcm ni…boleh ke…padan tak dgn kos nya

  17. rossini says:

    saya akn bpndah ke rumah baru bntuk semi D.sesuai atau tidak dibina kaunter utk pisahkn ruang mkan ngan dapur.rumah kami konsep moden

  18. haida says:

    salam…design kabinet dapur ni mmg memenuhi citarasa rumah apartment mcm saya..brape budget anggaran utk dapur umah sya kabinet dapur & table top 9′X9′ dan meja bar juga 9′..bile dh dpt budget nanti senang skit nak wt appoiment
    satu lagi bleh ke team korang dtg utk umah di bandar baru bangi

  19. hasliza says:

    keluasan rumah 18′ x 60′ elok tak klu nak stail kayu solid nyatoh..

  20. Ruhadatul 'Aisyh says:

    Tolong email saya anggaran kos untuk kitchen kabinet merah cili ni. mengikut keluasan seperti dalam gambarajah. u leh buat reno kat area Melaka tak?

  21. rizal says:

    salam…memang cantik…
    boleh tak bagi saya contoh yang paling simpel…
    sebab dapur rumah saya tu kecil…rumah buka 20…

  22. aizulhisham says:

    Salam. ade tak perbezaan kos utk buat kabinet dapur bagi rumah yg belum masuk dan yang dah dihuni, sebab saya bercadang utk buat kabinet dapur utk rumah yg saya sedang diami sekarang… TQ

  23. NadzMy7 says:

    Saya tak dapat nak isi form untuk dapatkan quote’..dapur saya selua 7′x13′..dan saya bercadang untuk memasang dapur cabinet berbentuk L 5′x13′..material untuk cabinet adalah high gloss (3g) dan table top jenis solid surface..boleh berikan quotation pd sy?

  24. khuza says:

    salam,

    saya dijangka akan masuk rumah baru akhir tahun ni(insya Allah).saya teringin nak buat kabinet dapur yang simple dan kemas seperti yang tuan hamba tayangkan disini..

    soalan :kalau dah buat kabinet ni tak payah buat mozek2 dgn simen ke?

  25. Ikin says:

    Salam, saya sungguh berkenan dgn kabinet dapur ini. Berapakah cost dapur ini ?
    Berapa anggaran harga utk wardrobe sliding

    a) sepanjang 12 ft x 11 ft (pintu cermin).
    b) 8 x 11 (separuh mirrow)

  26. ani says:

    patern diatas tu memang cantik…dan sesuai dengan reka bentuk rumah yg telah saya beli konsep terbuka ruang tamu dan dapur..masalahnya saya ingin kerja2 ubah suai dari Zolmar.. tak ada cawangan di jb ker… rumah saya 22 x 70 siap dijangka akhir tahun 2010…dan anggaran kos cabinet diatas tu berapa?

  27. dian says:

    i think this is my cousin’s house….fully satisfying…in future i might nid ur service…my house wil be complete nxt yr… : )

  28. sha says:

    Cun!!! mmg macam ape yg saya idamkan..nk tahu brape kos keseluruhan tuk extend dapur tu + kabinet merah cili spt dlm gambar? Tlg email yah…

  29. mar says:

    mohon e-mailkn kos untuk kabinet di atas. tq

  30. nazril says:

    berapa ketinggian counter bar tu? yang bahagian ada kerusi dan yang bahagian dapur. nak tau ketinggian dia..

  31. noorhayati says:

    Inilah dapur idaman saya. Berapa kos kabinet dapur di atas? Bajet Rm 8000 boleh buat tak ?

  32. smam says:

    Saya berminat dg kk di atas..Luas dapur saya 19×12, agak2 brape kos untuk
    design seperti di atas..

  33. MISS AIN says:

    nice design n im interested. kindly send me the quotation for the exact design. tq

  34. yann says:

    cantiklah kabinet tu…selain merah ader warner aper lagi…blh x email pada saya anggaran kasar cos…utk rumah bukaan 22 x 85..trima kasih

  35. munie says:

    Cantik sgt design kitchen kabinet dan counter bar itu. Boleh saya dapatkan kos untuk contoh kitchen kabinet dan counter bar sama seperti dalam gambar diatas yang bersaiz 10×5 dan wet kitchen 5×6.

  36. Putra says:

    Saya berminat utk tempahan almari bilik tidur. Bilik saya yang kecil ini memerlukan rundingcara dari pihak professional seperti tuan supaya setiap ruang dapat digunakan dengan bijak

  37. mariati says:

    cantiknyer.kalau tinggal kat langkawi, blh ker saya nak mintak design camni.

  38. FITRAWATI ZAKARIA says:

    Boleh tlg emailkan biasanya untuk material n design bagi kabinet dapur warna merah tu berapa kos untuk 1 kaki persegi? Saya nak badget utk kabinet dapur rumah. saya x sure dapur rumah berapa luas. tq

  39. liza says:

    cantik…saya suka sangat design macam ni…berapa kos kebinet dapor rumah saya….semi D DI MAJUNG….BOLEH KER

  40. Azlan says:

    As-Salam Tuan,
    Saya pernah email kpd senihias utk tnay bajet seperti design diatas, tp smpai sekarang no repsond. Boleh Tuan email kpd saya:
    rumah saya dlm 22×70 jugak.

  41. wan says:

    salam,
    saya nak tahu brapa kos utk design ni bagi rumah saiz bukaan 20×65? boleh tlg emailkan tak.

    terima kasih

  42. noehasliza hasan says:

    rumah baru saya akan siap dalam bulan januari ni…agak2 berapa kos untuk cabinet msm wrna merah tu untuk size 10 x 5 kaki..tolongla bagi anggaran harga.boleh budget siap2

  43. Muhammad Helmi says:

    Mr admin,

    Saya berminat dgn design nie…keluasaan dapur saya 12 x 11, boleh quote tak price..area umah pun kat sepang…rumah bukak 22 kaki…if exact design as abovebrp price ..tq

  44. mashie says:

    Saya nak tny la klu design mcm ni bape kos dia n ade ke branch kat melaka

  45. linda says:

    mohon e-mailkn kos untuk kabinet seperti di atas. tq.

  46. rose says:

    boleh beri anggaran kos?

  47. noriz says:

    assalamualaikum…sy berkenan sgt dgn design kabinet ni.plz pm utk hrga ye..

  48. ida says:

    BGAIMANA UTK SYA HUBUNGI ENCIK? SAYA INGIN DPTKN QUOTATION..SAYA NK DESIGN SIMPLE DAN CANTIK..JUGA BUDGET XLA BYK SGT..SYA AKN BERPINDAH DLM THN DPN

  49. siti noraini says:

    Sy ade membeli rumah di area enstek juga, sy tgh survey nk bt kithen blh tau berape kos utk kichten di atas

  50. saba says:

    brapa kos kabinet dapur di atas? klu blh sy nk tahu sbb skrg sy mmg nk wat kabinet dapur..rumah sama je ,mcm kt atas tu sbb sy mmg duk kt stu…keluasan rumah 24X75…blh tak emailkan sy brapa kos smua kabinet mcm tu?

  51. Nani says:

    Salam..adakah dapur kaca tahan lasak spt acrylic?

  52. sue says:

    saya nak tanya berapa bajet tuk kaunter bar dan sudut untuk sinki basuh tangan….saya berminat dgn rekaan ini…saya ingat nak buat tuk ruang makan saya..

  53. Afida says:

    Saya hendak tanya kos yang macam di atas berapa rm?

  54. rehan24 says:

    Nak tanya amik x perkhidmatan ubah suai dapur..memandangkan rumah saya dah ada kabinet dapur tetapi deko tidak memuaskan.. membuat saya nak buat sedikit perubahan…mahal x kosnya?

  55. ima says:

    Salam…rmh sya xlme lgi nk siap…sekrang nie kmi tgah cri untuj wt kabinet dapur…hos dgn dpur kmi dh bli…tnggal sngki je kmi lum bli lgi….klusan dpur sya x thu….apatmen je…

  56. ima says:

    Alamat kdai kt mneeee…blh sya pgi sne trus

  57. azrin says:

    Boleh tau harga estimate di bawah
    1) Pelan extend rumah kira2 10pjg x 20lbr kaki + owning depan rumah 6 lbr x 20pjg kki
    2) Standard hrga ubah suai blkg + owning dpn

  58. zaid says:

    boleh sy tny, dimana saya boleh beli sinki kaca tersebut. cantik sgt.

Tinggalkan komen

Anda mesti Log Masuk untuk meninggalkan komen.