Laman Utama » Paloma Interiors** » Kabinet Dapur di Kg Batu Muda, KL

Kabinet Dapur di Kg Batu Muda, KL

Kali ini kami paparkan satu lagi projek kabinet dapur yang agak unik dari biasa. Unik kerana dapur rumah yang terletak di Kg Batu Muda, Kuala Lumpur ini dibahagikan kepada banyak bahagian di mana setiap bahagian mempunyai fungsinya yang tersendiri sesuai dengan keperluan pemiliknya.

Kami memberikan sentuhan rekaan yang berbeza-beza bagi setiap bahagian. Bagaimana pun perbezaan-perbezaan itu masih dapat mengekalkan kesepadanan gaya serta warna bagi mengimbangkan penampilan dapur yang elegan.

Kerja-kerja pemasangan memberi kami sedikit cabaran. Dalam projek ini kami hanya melaksanakan “kerja-kerja kayu/kabinet”. Kerja-kerja pembinaan table top dan pemasangan jubin dinding dilaksanakan pihak lain. Pembuatan kabinet memerlukan ketepatan tetapi pihak lain mungkin tidak berapa peka mengenainya. Jadi kami perlu bekerja lebih sedikit dalam usaha menutup perbezaan berkenaan.

Kami  "highlightkan" bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan penggunaan pintu "dark reflective glass" berbingkai aluminium serta ply melamine ini. Nampak elegan dan mewah.

Kami “highlightkan” bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan penggunaan pintu “dark reflective glass” berbingkai aluminium serta ply melamine ini. Nampak elegan dan kemas.

Dari sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih suka menggunakan "dark reflective glass" berbanding dengan "frosted glass" kerana ia nampak lebih mewah.

Dari sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih suka menggunakan “dark reflective glass” berbanding dengan “frosted glass” kerana ia nampak lebih mewah.

Montaj yang memaparkan bahagian kabinet dapur bergaya moden ini secara keseluruhannya.

Montaj yang memaparkan bahagian kabinet dapur bergaya moden ini secara keseluruhannya.

Bagi bahagian ini kami menampilkan gaya tradisional dengan penggunaan pintu solid bervarnish. Namun begitu ia tetap memiliki aura moden.

Bagi bahagian ini kami menampilkan gaya tradisional dengan penggunaan pintu solid bervarnish. Namun begitu ia tetap memiliki aura moden.

Ini pula bahagian dapur yang menampilkan hanya ruang kerja (top) dan kabinet bawah. Kami menampilkan pintu-pintu dari ply bermelamine.

Ini pula bahagian dapur yang menampilkan hanya ruang kerja (top) dan kabinet bawah. Kami menampilkan pintu-pintu dari ply bermelamine.

Akhir sekali, bahagian cucian dan penstoran peralatan dan pinggan mangkuk keluarga.

Akhir sekali, bahagian cucian dan penstoran peralatan dan pinggan mangkuk keluarga.

contact11

43 Komen to " Kabinet Dapur di Kg Batu Muda, KL "

  1. salwani says:

    nak tny ckit, brape ek anggaran bugget untuk buat kabinet dapur mcm ni? senang i nak bugget nanti…plz..tq

  2. Lyna says:

    Salamz En. Nazli,

    Saya yang telefon dan email you tadi kerana berminat nak upgrade kabinet dapur rumah saya di Shah Alam tu.

    Konsep modern macam yang dipaparkan ini yang saya minat. Tapi saya inginkan warna putih supaya dry kitchen saya kelihatan lebih besar.

    InsyaAllah, saya akan tulis posting di Blog saya dan di Forum yang saya selalu kunjungi mengenai perkhidmatan you bila dah siap nanti.

    Lyna a.k.a. Galadriel.
    http://www.internetmelayu.com

  3. admin says:

    Salwani,

    Lain rumah lain ukuran, keperluan dan detailnya. Jadi harga pun lain-lain. Kalau nak kami quote kabinet dapur rumah salwani, lebih baik panggil kami datang ukur dan bincang apa yang salwani nak… Sila isikan borang pertanyaan ya, supaya kami mudah hubungi salwani… Tq

  4. admin says:

    Salam Galadriel,

    Hari Rabu nanti saya tengok apa yang boleh kami buat ya.. Tq.

  5. wanie says:

    Hai, saya berminat nak buat kabinet dapur. Nanti boleh tak bagi contact number untuk dihubungi. Saya akan hubungi bila rumah dah boleh diduduki. Nanti bolehla p ukur dan suggestkan yang mana sesuai. Please reply for my info.tq

  6. masura says:

    salam …

    leh tak bagi anggaran kos untuk menghasilkan kitchen kabinet yang gunadark reflective glass mcm gambar contoh yang diberi.

  7. dieha1977 says:

    saya pun nak tanye anggaran kos untuk kitchen kabinet yg guna dark reflective glass mcm gambar tu..tq..kalau kat kota warisan salak tinggi boleh buat jugak ke?

  8. admin says:

    Tolong isikan borang pertanyaan untuk costing…

  9. Alias Hamzah says:

    Saya nak tahu berapa tinggi antara ciling dengan lantai. Boleh tak jawapannya.

  10. yan says:

    salam en nazli

    saya yan dr shah alam.saya akan pindah tak lama lagi di shah alam juga.nak nak en nazli dtg buat quatation utk kabinet dapur rumah saya dan kalau bleh en nazli boleh bg idea dan design yg lagi bagus.buat masa sekarang ni en nazli boleh contact melalui email saya dulu saya outstation skarang.

  11. Afizah says:

    Salam….

    kalau area Johor Bahru boleh buat tak?

  12. NOR HAYATI BT HUSSIEN says:

    Salam..
    Saya nak tanya berapa kos untuk buat kabinet camni??
    Kabinet lama saya nak robohkan sebab dah kena makan anai2. Baru 2tahun.
    So, ingat nak buat simen macam ni.
    Boleh saya tahu quaotation budget keseluruhan kalau saya nak buat:
    i) kabinet atas bawah
    ii) kabinet bawah sahaja
    Kalau boleh jangan lah mahal sangat, coz budget pun ciput ajer!!!

  13. HAFSAH ABDUL HAMID says:

    Salam…
    Kalau nak buat kabinet dapur di Semenyih ada buat tak?berapa anggaran harga kalau kabinet yang biasa je L shape..

  14. FIDA says:

    Salam
    Saya baru sahaja membeli ruamh di Puncak Alam Selangor. Saya ingin membuat kabinet dapur yang nampak moden dan inggeris. Masalahnya dapur saya kecil iaitu sekadar 3.3 meter berdasarkan ukuran yg saya buat. Saya tidak berhasrat untuk menyambung dapur kerana kekurangan bajet buat masa ini. Saya bercadang memperuntukkan RM6000 sahaja untuk dapur. Saya amat berminat konsep pulau atau mini bar di dapur. Masalahnya dapur saya kecil dan mungkin menelan kos yg besar. HArap encik dpt memberi pendapat.

  15. fyda says:

    Salam..
    Saya nak tanya berapa kos untuk buat kabinet camni, rumah teres dengan ukuran 20 x 65
    boleh tak beri saya quotation anggaran keseluruhan kitchen kabinet bentuk L shape?
    Budget murah jer…

  16. fini says:

    salam…
    boleh bg tahu tak berapa anggaran kos untuk wat kabinet ini?senang nak bajet untuk wat dapur nanti.terima kasih.

  17. Yatie says:

    saya suka cara rekabentuk cabinet ni…nak tanya dulu berapa budjetnya..saya dah ade table top..sekarang cuma nak buat rak dalam, pintu & cabinet atas sahaja…table top bentuk U dan panjangnya 15 kaki

  18. RAFIZAH says:

    salam.. saya betul2 minat nak pasang kabinet dapur. dapur saya tu kecik je. berapa harga yang paling murah dgn ruang yang kecik je macam rumah saya. just nak tau budget untuk ruang kecik dgn kos yang paling rendah. tq

  19. RAFIZAH says:

    kalau area bukit beruntung buat tak? ada tak budget pasang kabinet dalam RM 3000 je.. untuk ruang kecik je la.

  20. rosnah says:

    salam

    saya berminat untuk pasang kabinet dapur. ruang didaput tak luas, bukaan rumah saya 24×60.biasanya harga yang paling murah berapa ya?

  21. Shah says:

    Salam,
    Ramai kengkawan nak tahu pasal kos< kerna saya fikir itu faktor utama. Tapi x mendapat perhatian serius dr syarikat. itu merupakan masalah utama ke? Tq

  22. fiza says:

    berapa budget untuk kabinet dapur sperti gambar pertama tu kalo saya nak buat dalam 10 kaki panjang atas dan bawah kabinet..TQ

  23. shah says:

    berapa cost utk kabinet dapur spt gambar diatas sekali.

  24. as says:

    saya nak buat kabinet dapur…ukuran lebiih kurang
    L shape ( 2 1/2 kaki , 6 1/2 kaki)bagi kabinet bwaah…dan 6 kaki kabinet atas….budget dalam 2500..table top saya dah ada..

  25. mimie says:

    salam,boleh tak en bagi pendapat,colour apa lg yg sesuai untuk kabinet bawah untuk match dgn dark reflective glass?brapa agaknye cost untuk buat kabinet mcm tu untuk 13 kaki panjang,table top saya dah ada.terima kasih

  26. Ju Hussein says:

    assalamu’alaikum.
    kalau nak buat kabinet sama macam yang dark reflektif glass tu bape?Ukuran kabinet saya L shape 23′ dan 24′.Bolehkah berikan saye harga anggarannya?
    Tk.

  27. ros says:

    saya nak buat dapur macam ni siap dengan bar, dapur dalam 12 kaki x 8 kaki, siap dengan dapur dan penyedut asap le, blh sms saya anggaran harganya, saya duk kt jb.

  28. karimah says:

    assalamualaikum
    rumah saya telah dipasang kabinet,tetapi masalahnya pintunya tidak ada.di sini saya nak tanya berapa harga untuk sekeping pintu kayu solid nyatoh

  29. noorlela says:

    saya minat sangat dapur camni..berapa kosnya ye?

  30. azila says:

    saya berminat psang kabinet diatas.berapa kos utk kabinet atas 8″ & bawah 14″?
    warna apa yg sesuai utk table top warna hitam?

  31. Intan says:

    saya setuju dengan shah, kalau tidak menjadi masalah, dapatlah kiranya pihak syarikat memberi anggaran kos. Kalau kene dengan harganya boleh la pergi terus, kalau tak, boleh la saya terus menyimpan duit atau menempah mengikut budget yang ada je… boleh tak beritahu anggaran harga set kabinet di atas ?

  32. Intan says:

    saya setuju dengan shah, kalau tidak menjadi masalah, dapatlah kiranya pihak syarikat memberi anggaran kos. Kalau kene dengan harganya boleh la pergi terus, kalau tak, boleh la saya terus menyimpan duit atau menempah mengikut budget yang ada je.. boleh tak beritahu anggaran harga set kabinet di atas?

  33. Rosnah says:

    Assalamualaikum
    Saya berminat uth buat aluminium kabinet pada ruangan dapur…berapa kos utk ukuran 10 x 10

  34. marysia says:

    Haiii…..
    Saya baru berpindah di Taman Puchong Tekali (rumah flat). Kabinet dapur tak pasang lagi. Dapur tu lecil jer. Saya nak tahu berapa anggaran bayaran untuk membuat kabinet bentuk L bahagian bawah sahaja.

  35. marysia says:

    Haiii…..
    Saya baru berpindah di Taman Puchong Tekali (rumah flat). Kabinet dapur tak pasang lagi. Dapur tu kecil jer. Saya nak tahu berapa anggaran bayaran untuk membuat kabinet bentuk L bahagian bawah sahaja.

  36. sharah says:

    Salam..
    Saya nak tanya berapa kos untuk buat kabinet camni, rumah apartment dengan ukuran 4 X 8 boleh tak beri saya quotation anggaran keseluruhan kitchen kabinet bentuk L shape?
    Budget murah jer…

  37. lissa says:

    En…sy nak th harga utk kabinet dapur yg cantik tu…yg reflektive glass ke apa nama dia..ala yg cermin2 tu…email sy k

  38. Anizah says:

    Salam saya mahu buat appointment untuk jumpa En Nazli bagi membincangkan konsep kabinet dapur berserta kosnya di rumah baru saya di Shah Alam. Mohon email saya. Terima Kasih,

  39. zue says:

    sy bru pindah msuk umah bru. dapur basah ada tble top tp xde tutup. then nk wt kbinet dpur kering ngan meja bar. klu ruang kecik leh wt ke

  40. Sarina Jamaluddin says:

    nak tanye anggaran kos untuk kitchen kabinet yg guna dark reflective glass, keluasan spt dlm gambar tu?

  41. noly says:

    Salam..klu bajet sy 1,500 utk buat kabinet bwh sahaja dpt x?rumah sy di kuala selagor..terima kasih..

  42. zila says:

    salam.. saya betul2 minat nak pasang kabinet dapur. dapur saya tu kecik je. berapa harga yang paling murah dgn ruang yang kecik je macam rumah saya. just nak tau budget untuk ruang kecik dgn kos yang paling rendah. sy tgl area mahkota cheras. tq

  43. ekin says:

    slm..boleh buat kat mantin negeri sembilan?

Tinggalkan komen

Anda mesti Log Masuk untuk meninggalkan komen.