Laman Utama » Konsep & Idea, Seni Hiasan » Disiplin gaya Inggeris

Disiplin gaya Inggeris

Langkah kami ke dalam kediaman ini disambut ketenangan haruman ros minyak aromaterapi. Seolah-olah seiring dengan kehadiran jambak bunga yang mekar melata di penjuru rumah pangsapuri itu, wangian itu sinonim dengan tema Inggeris yang ditampilkan.

Bagi suri rumah, Rahayu Abdul Halim, kediaman persendirian di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang dimiliki bersama suaminya, Mohd. Azlin Abdul Khahar pada harga RM62,000 enam tahun lalu, perlu diserikan sebaik mungkin.

DARI KIRI IKUT ARAH JAM: JAMBANGAN bunga sarat begitu sinonim dengan konsep rias dalaman ala Inggeris.

DARI KIRI IKUT ARAH JAM: JAMBANGAN bunga sarat begitu sinonim dengan konsep rias dalaman ala Inggeris.

Apatah lagi keinginan itu didorong nalurinya yang cenderung melakukan kerja-kerja mereka hias kediaman. Baik langsir, sarung kusyen, alas meja hinggalah kepada ornamen di meja, diakui Rahayu mendapat sentuhan kreatifnya sendiri.

“Dulu saya pernah menghias rumah ini dengan konsep perabot jati. Lama-kelamaan terasa tidak selesa kerana ton warnanya yang gelap. Maka, saya akhirnya memilih untuk menerapkan konsep hiasan dalaman ala Inggeris. Ia lebih ceria dan nampak segar,” ujar Rahayu yang mengambil inspirasi daripada pembacaan majalah hiasan dalaman.

Lebih menarik, di dalam ruang tamu yang bersambung pelan lantai dengan ruang makan itu, terdapat banyak perabot lama diberi sentuhan baru.

ATAS: LALUAN ke dapur turut dihias cantik. BAWAH: PARA-PARA di dinding nampak elok hanya dengan gubahan hiasan ringkas.

ATAS: LALUAN ke dapur turut dihias cantik. BAWAH: PARA-PARA di dinding nampak elok hanya dengan gubahan hiasan ringkas.

“Kerusi kayu, kabinet dan rak-rak lama telah saya cat dengan warna putih agar kelihatan serasi dalam konsep dekorasi Inggeris. Tidak perlu membeli perabot yang baru selagi apa yang kita miliki boleh diubah suai mengikut tema yang dikehendaki,” katanya.

Ruang yang terhad dalam kediaman bukan halangan untuk Rahayu bereksperimen secara lebih terperinci. Setelah menyusun atur cermin bersiri untuk memaksimumkan ilusi ruang, dinding yang dilekatkan pembahagi bercorak tidak sekali-kali dibiar kosong.

Selain menggantungkan bingkai gambar, para-para kayu terdakap kemas pada aras tinggi dinding. Ia menjadi tempat ideal bagi meletakkan gubahan ringkas.

Gandingan hiasan seperti pinggan dan cawan bermotif bunga-bungaan nampak serasi disusun bersama kendi, bekas penyiram dan juga jambak kecil lavender. Di satu sudut di atas meja, juga ditemukan set peti kayu kecil yang dicat putih dan disempurnakan seni tekap dan tampal bermotif bunga.

“Semua yang dimiliki ini dibeli sedikit demi sedikit. Di Shah Alam ini sudah terdapat banyak kedai yang menjual barangan hiasan Inggeris. Ada yang mahal, ada juga yang berharga murah. Namun, terserah pada pemilik kediaman untuk memilih mana yang sesuai,” terangnya yang mendapat sokongan suami dan anak-anak dalam hal menghias rumah.

Dalam kediaman 750 persegi itu, Rahayu bijak menyusun atur perabot agar ruang gerak tidak dikorbankan. Laluan utama ke pintu keluar dari bilik tidur dan dapur tidak dihalang hiasan sarat. Dari aspek keselamatan, faktor tersebut telah diambil kira oleh Rahayu.

SET meja makan yang diberi nafas baru.

SET meja makan yang diberi nafas baru.

“Anak-anak saya yang masih kecil juga diasuh untuk menghargai persekitaran ini. Apabila mereka memahami, tidak timbul masalah tentang dekorasi yang rosak akibat diusik atau dilanggar,” ujarnya yang juga secara sambilan menjaga anak-anak jirannya.

Menurut Rahayu, pemilihan konsep hiasan dalaman Inggeris bukan sekadar keinginan bersifat melepaskan batuk di tangga. Minat itu datang bersama tanggungjawab dan disiplin untuk memastikan kebersihannya setiap hari. Habuk sememangnya menjadi ‘musuh’ utama.

“Tip penjagaan utama adalah penghuni kediaman perlu membersihkannya setiap hari. Jangan tunggu lama tanpa dibersihkan kerana kekotoran yang terkumpul menambahkan kesulitan mengemas,” katanya yang secara tidak langsung menganggap semua kerja membersih itu suatu riadah di rumahnya.

Kosmo

25 Komen to " Disiplin gaya Inggeris "

  1. sabariah samat says:

    akm, saya juga sangat berminat dekorasa ala inggeris ni. hiasan rumah saya pun dah ada sikit-sikit tapi tak sepenuhnya. bukan apa susah jgk nk cr brg kt sini (terngganu). adapun mahal sikit. hari tu g nilai beli kat kk homedeco memang gilalah tgk brg hiasan kat sana. kalau ada brg kat mana yang murah-murah bagitaulah ok. tq.

  2. marhida says:

    ada tak talipon bentuk english

  3. marhida says:

    Kat mana nak dapat talipon bentuk english

  4. ogy says:

    assalamualaikum ,saya pun banyak belajar deko inggeris daripada kwn dan majalah .deko inggeris mengajar kita lebih kretif dan sayang barang lama seperti gambar di atas .

  5. Hurul Ain Zahra says:

    Saya sangat berminat dengan dekorasi ala inggeris nie.. pantang ada kat majalah je.. membelek macam nak rak.. tp kos untuk mendapatkan koleksi tu sangat mahal la.. la nie saya cuba nak terapkan dulu di bilik tido anak-anak lelaki saya.. berilah idea dan tempat di mana saya boleh dapatkan barangan dengan harga murah

  6. Yana says:

    Salam..
    Saya baru nak tukar hiasan rumah dari gaya moden ke hiasan inggeris, masalahnya perabot lama banyak konsep moden dan jati.Saya dah beli sikit2 barangan vantege n hiasan diding ala inggeris. Macamnana nak tukar hiasan lama ni? x kan nak tukar perabot pla.

  7. akma says:

    saya juga bermunat dengan hiasan ala inggeris,setiap bulan saya psti tdk melepaskan peluang membeli hiasan ala inggeris.bnyak brang saya beli di kdai romantika

  8. akma says:

    kpada marhida telefon ala inggeris boleh didapati di kk deco atau kdai romantika pada harga rm300shj

  9. hani says:

    salam… nak tanya skit.. dalam artikel ni tulis perabot lama dicat semula.. so, nak taw laa nak cat perabot lama tu boleh trus cat je atau pun ada cara2nya ..

  10. mariah says:

    saya suka gaya inggeris tapi suami suka perabot jati.bagaimana nak gabungkan perabot jati dgn gaya inggeris?

  11. SOFEA says:

    Salam….Saya juga turut meminati dekorasi ala english ni…kat kajang ni ada 2 kedai yg menjual barangan perhiasan rumah ala english KK Home decor & Romantika.Boleh dikatakan tiap -tiap minggu saya akan menjenguk-jenguk ke kedai ni ,kalau tak beli yang mahal-mahal pun …beli barangan yg cute-cute pun jadilah..asalkan beli..Just to share..Yg menaikkan seri English decor ini ialah langsir..dan cushion.Macam kat rumah saya saya apply dulu langsir then throw cushion kemudian barulah barangan yg kecil-kecil table runner,wall decor plate, wall clock dll.Ikut budget dalam menghias ni jgn ikutkaan hati…beli time offer..lagi jimat..Setakat ni masih banyak lagi yg menjadi impian utk dimiliki…furniture saya kekalkan perabut jati. dan rubber wood ..sebab lebih prefer english decor ala Malaysia,nampak macam lebih practical….cuma dinding saya cat warna cream.Oklah nanti kita sembang lagi.

  12. amiemar says:

    salam…sape ade idea camne nak gabungkan warne hitam putih pd dinding dan perabot cane yg sesuai..boleh dptkan alamat kedai2 hiasan yg boleh saya kunjungi?

  13. ida says:

    kpd Hani….dapatkan tips mengecat perabot lama ke baru di hardware2 berdekatan.
    Jgn segan utk bertanya.slamat mencuba.

  14. Suezieylaika says:

    slm…saya memang berminat sangat dgn dekorasi ala inggeis nie…tapi tak tahu mcm mana nk dapatkan brng2 hiasan…kt tmpt saya ni susah nk dpt(sarawak)bleh bg tahu mcm mana saya nk dapatkan barang perhiasan ala inggeris nie…

  15. Jenn awang ali says:

    Nk tanyer…cmmana nk cat perabot lama ni..cat mcmtu jer ke?

  16. MIa says:

    Salam,

    Nk tny, ada x tempat yg boleh terima tempahan perabot lama utk dicat baru? Di sekitar KL? Terima kasih.

  17. ezzaaleesya says:

    emmm…rumah br dh siap , tgh psg grill,…i serius minat ngan gaya inggeris ni……..cantik n cute tul………damai rasa ye.
    what ever i tetap nk wat gaya inggeris kt umah br i nie……..

  18. zuhara says:

    salam ….saya juga pengemar dan suke dgn brgan ala english , brg perabot rumah saya semua nye sy beli di kk home deko sy juge berkongsi minat bersama suami , klu bkn saya , suami yg akn ajk beli barang di kk home deko , saya nk mintak sedikit idea mcm mne nk menghias bilik tdo ank lelaki saya , pening sebab xnk tukar konsep lain sebab saya minat sgt nk hias bilik tido ank dgn brg english jugak tp , sesuai ke sebab ank saya lelaki.

  19. zai says:

    kepada kak sabariah, datang la johor, kat romantika plaza angsana pun ok..catik2…

  20. norahmie idris says:

    assalamualaikum

    guys, saya mohon pandangan untuk warna cat masterbedroom. last yer saya tukar kpd biru pudar..curtain dark blue.sekarang saya dah bosan..warna apa yg agak sesuai.tq

  21. zunaidah says:

    nak masuk rumah baru tapi tak ada idea.boleh bantu

  22. saridah kasim says:

    salam… saya nak tanya jugak..tentang perabot lama dicat semula.. so, nak taw laa nak cat perabot lama tu boleh cat terus ataupun ada cara2nya ..kalo ala inggeris cat apa yg sesuai digunakan..

  23. eillamahtar says:

    askum..saya adalah salah seorang peminat dekorasi inggeris ni.dah ada koleksi barang2 hiasan ala inggeris.Tapi tak banyak sebab barang dia mahal-mahal belaka.Suami pulak macam tak support je..hem…..

  24. hayati says:

    salam…teruja sngt biler tengok deco ala desa inggeris nie,,,fresh n beauty..suka sngt..nak kongsi sikit psl deco desa inggeris….sayer n husben dah created brg2 lamer spt meja konsol,sofa,kabinet dan lain2 yg dulunye konsep ala2 bali…so dah make over kpd warner putih…sesuiakn ngan tema desa inggeris….pas tu paste kn ngan sticker bunga2 ros….amazing..save budget drpd beli perabot baru….ader gak perhiasan yg dibeli…souvenir dr kwn2,,,so..nak tau gak..warne cat apa pd dinding utk ruang tamu yg sesuai?

  25. ema says:

    salam…saya pun sgt berminat dengan konsep inggeris.teruja bila tgk rumah2 yg banyak bunga dan hiasan cute2.tapi nk hias ala inggeris byk kos..la.sy pandaigak jahit langsir n kusyen.klu sape2 ada idea kreatif boleh share….

Tinggalkan komen

Anda mesti Log Masuk untuk meninggalkan komen.