Susunatur dapur

Kebanyakan susunatur dapur moden mengambil kira faktor ergonomi yang merujuk kepada ruang kerja berbentuk tiga segi di antara peti sejuk, sinki dan dapur memasak.

Ketiga-tiga titik ini amat penting dalam merancang dapur.

Jika jarak di antara setiap satunya jauh, anda terpaksa mengeluarkan lebih tenaga untuk memasak dan menyediakan makanan.

Jika jaraknya terlalu dekat, ruang kerja anda akan menjadi terlalu sempit dan tidak selesa.

sketch2

Lakaran di atas menunjukkan beberapa contoh bentuk dapur untuk pengetahuan anda.

Lakaran pertama (atas kiri – lihat ikut pusingan jam) adalah dapur bentuk ‘U’. Begitu juga lakaran kedua.

Lakaran ketiga pula adalah dapur sebaris di mana semua perkakasan di susun memanjang.

Lakaran keempat menonjolkan dapur berbentuk ‘L’ dan yang terakhir menampilkan dapur “galley”.

Artikel Oleh: Nazli Kimin

14 Komen untuk Susunatur dapur

  1. macamana dgn dapur yg ada kering dan basah?
    boleh bagi tips atau gambar2 yang boleh beri idea utk susunatur dapur.
    ruang utk dapur basah lebih kurang 2 kaki dan panjang lebihkurang 7 kaki

  2. dapur saya 11″ lebar, 16″ 5′ panjang. boleh tak saudara memberi sedikit pendapat tentang kaedah terbaik untuk saya buat kabinet dapur. Budget max RM5 ribu. mmg banyak design yang saya dah tengok, tapi mcm mahal bebenor..

  3. Salam afni,

    Besar area dapur sdri tu. Kalau nak buat dapur penuh memang tak dapat dengan bajet RM5 tu walaupun dengan material paling murah. Buatlah yang sesuai dengan bajet dulu.

  4. salam,

    kalu dapur 3′ lebar, 15′ panjang berapa kos yg paling minimum?bahagian bawah lurus 15′ nak buat konkrit. atas L shape 15′ panjang 6′ lebar..

  5. Salam ibunafees,

    15 panjang 3 kaki lebar tu luas ruang dapur ke? Kalau bukan, berapa luas ruang dapur sebenarnya? Kalau boleh ibunafees tolong isi borang pertanyaan sebab boleh bagi alamat dan nombor telefon. Senang kami nak contact. Tq

  6. Saya nak buat kabinet dapur. Alamat rumah kat flat makmur saujana impian kajang. Ruang dapur agak sempit so saya kena buat kabinet dan table top.

  7. salam..saya masih tercari-cari susunatur dan kabinet dapur serta warna yang sesuai untuk dapur saya yang berukuran 12 panjang 7 kaki lebar.harap en nazli dapat memberikan idea

  8. salam

    saya ingin minta padangan saudara tentang macam mana nak buat dapur cabinet yang berkeluasan 6 x 12 lebar x 17 panjang . berbentuk ‘L’ kini dalam perbinaan.boleh kah saudara bagi design untuk saya .

  9. Salam,

    Untuk cadangan design saya kena datang tengok rumah. Telefon saya sebagaimana yang disediakan di sebelah tu.

    Tq

  10. Saya sedang membuat dapur, lebar 5′ dan panjang 10′ apa jenis perabot yang boleh saya gunakan. dan kalau boleh saya ingin melihat contoh lakaran yang sesuai bagi saiz dapur yang saya akan buat kelak. Tq.

  11. salam..
    saya ingin bertanya dan meminta pandangan..saya membeli rumah end lot dimana ruang dapurnya terdapat 2 tingkap (belakang dan kanan)..luas dapur saya 12 lebar x 10 panjang..bolehkah saudara bantu saya dalam membuat lakaran serta susunatur yang sesuai supaya dapur kelihatan teratur dan kemas..terima kasih

  12. Salam,
    Saya ingin meminta pandangan.. sekarang saya tanggal di rumah abang saya. Jenis rumah ialah pangsapuri. Keadaan dapur tidak nampak seperti dapur (lakaran seperti no.3 dari kiri). Luas dapur 6kaki panjang x 8kaki tinggi dan cadangan saya “konkrit”. Mengikut budjet yang dapat saya sediakan dalam RM2K sahaja.

  13. salam….
    dapur saya 10″ lebar, 15″ panjang. Budget max RM4 ribu. mcm mane ye??

  14. Harap dapat lakarkan tamabahan ruang dapur terbaik untuk saya. Ukuran untuk dapur tambahan(W)20 x (L)10. Separuh khas untuk dapur dan lagi separuh untuk washing area termasuk toilet W5xL4, washing machine x 2 & ironing area. Bahagian toilet dilindungi oleh high cabinet (till ceiling). Macamana rupanya ya. Boleh tolong. Agak2 budgetnya berapa RM.

    |——————————————–|
    | Toilet Kitchen |
    | To be |
    | # |
    | High Cabinet# |
    |——————–Pintu——————-|
    | Bilik | Dapur cum Dining |
    | | sekarang |

Leave a Reply