Padanan lampu sesuai

SETIAP ruang memerlukan kaedah penyelesaian pencahayaan berbeza. Baik ruang tamu, bilik tidur mahupun ruang penyimpanan bawah tanah, pelan pemasangan lampu harus disajikan mengikut kesesuaian dan keperluan ruang.

Chandelier sesuai untuk menjadi lampu tumpu yang hebat jika ruang mengizinkan.

Chandelier sesuai untuk menjadi lampu tumpu yang hebat jika ruang mengizinkan.

Ruang seluas 3.7 meter x 3.7 meter, misalnya memadai dilengkapi sebuah lampu yang melimpahkan cahaya ke arah atas yang berkuasa 120 watt, manakala bagi sebaran cahaya lebih berkesan, boleh dilakukan dengan menambah empat lagi lampu yang dipasang pada setiap penjuru ruang.

Bagi bilik luas, anda disyorkan memasang lampu berbentuk empat segi tepat dengan sekurang-kurangnya tambahan enam lampu pada sudutnya.

Namun, usaha menentukan pencahayaan ruang dapur dan bilik mandi jauh lebih sukar berbanding ruang lain kediaman kerana kawasan ini menawarkan aliran pergerakan yang tinggi.

Bagi ruang dapur, misalnya penekanan seharusnya diberikan kepada kawasan bekerja merangkumi sinki, dapur dan meja kerja. Lampu cahaya menghala ke atas yang dipasang secara berjajar di atas serta sudut luar kabinet, selain meluaskan penyebaran cahaya juga berkesan mengelakkan bayang ketika memasak di dapur.
Candeliar sesuai dijadikan lampu tumpu.

Untuk sebaran cahaya yang lebih serata, kedudukan lampu ditentukan dengan mengambil kira aspek seperti jarak empat hingga lima kaki di antara satu dengan yang lain.

Lampu gantung, siling dan pencahayaan ke atas yang ditempatkan secara berjajar di kabinet menghidupkan ruang dapur.

Lampu gantung, siling dan pencahayaan ke atas yang ditempatkan secara berjajar di kabinet menghidupkan ruang dapur.

Lampu meja, lantai dan dinding meskipun berperanan sebagai lampu sokongan, kedudukannya perlu dipastikan betul. Jangan pasang lampu di kawasan penjuru kerana biarpun anda fikir ia cantik di situ, tetapi fikirkan pula fungsinya dalam usaha membantu menerangi ruang.

Kenal pasti sudut sesuai sekiranya ingin menempatkan lampu tambahan. Hindari memasang lampu itu di ruang bertentangan skrin televisyen dan komputer kerana boleh menyebabkan silau.

INFO: Tip Memilih Lampu

# Untuk menjadikan ruang sempit nampak luas, anda disyor memasang lampu pencahayaan ke atas di sudut strategik di lantai.

# Bilik luas nampak selesa dengan pilihan lampu dinding bercahaya malap.

# Mereka yang menjadikan lampu hiasan candeliar sebagai titik tumpu ruang, pastikan tiada sebarang lampu tambahan ditempatkan berdekatan. Ini kerana lampu ini berpotensi menenggelamkan keindahan candeliar itu.

# Lampu dengan pencahayaan boleh laras membantu menyenangkan hidup. Ia membenarkan anda mengawal jumlah cahaya mengikut keperluan pada sebarang masa dan tempat.

# Lampu pendarfluor lebih baik berbanding bercahaya terang kerana mampu menjimatkan sehingga 70 peratus kos elektrik. Tidak dinafikan harganya lebih mahal, namun jangka hayatnya 10 kali lebih panjang daripada lampu bermentol putih.

# Sediakan jadual membersih lampu. Mencucinya secara berkala menghasilkan kaca jernih yang mampu menyediakan impak cahaya berkesan.

# Di pasaran, disediakan pelbagai pilihan lampu terendak, namun yang terbaik ialah ukuran terendaknya sama besar dengan diameter paling besar badan lampu. Trend terkini, bagaimanapun menyaksikan ukuran terendak beberapa inci lebih besar daripada badan lampunya.

# Penyediaan lampu landskap berbeza dengan pencahayaan untuk dalam rumah. Pelan pemasangan sempurna mengkhususkan satu atau dua lampu reka bentuk menarik untuk ditempatkan di pusat tumpuan laman disusuli beberapa lampu lain di sekeliling kawasan itu.

# Sebagai langkah keselamatan, semua lampu dan kabel ditentukan berjarak sekurang-kurangnya dua meter daripada kolam renang.

Berita Harian

4 Komen untuk Padanan lampu sesuai

  1. padanan lampu untuk rumah banglo

  2. assalamu’alaikum
    saye ingin tahu lampu ape yg sesuai utk ruang tamu keluarga(t=8′) n ruang tamu setinggi 20′.Suami saye ingin pasangkan 2 lampu LED di ruang tamu keluarga.Untuk ruang tamu tingkat bawah lampu gantung bebentuk gelung atau bebentuk bola2.Atau En Nazli ada pandangan/idea tersendiri?
    terima kasih.

  3. Tumpang tanya, sekiranya saya tiada memasang plaster ceiling di ruang tamu, lampu apakah yang sesuai dan boleh menambahkan seri ruang tamu saya.

  4. minta pandangan anda: dapur sy tgh renovate + 11 kaki ke belakang..lebar 14 kaki..ruang dapur meliputi bilik mandi & tandas & ruang mesin basuh..dinding kanan ada table top..syiling atas konkrik…wiring dah siap standby di 4 penjuru syiling.Kipas tengah…masalah sy, tak tahu lampu aper yg sesuai ?

Leave a Reply