Mengenali & Memahami Cat

Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini. Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil.

Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu ‘tone’ yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza mengikut ‘batch’ jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor ‘batch’ yang sama.

Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling.

Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan.

Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan.

Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu.

Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan warna permukaan asal. Lapisan pertama cat emulsion bertindak sebagai ‘undercoat’.

Jenis yang kedua – dirumus khas untuk yang baru belajar – adalah cat tidak menitis yang juga digelar takut-leleh, jeli atau cat satu lapisan.

Cat ini kelihatan seperti jeli dan menjadi cair apabila disapu di atas permukaan. Kemudian ia bertukar menjadi jeli semula dan oleh itu tidak menitis atau meleleh.

Cat ini baik kerana ia lebih pekat dari cat biasa serta sedia mengandungi ‘undercoat’ di dalamnya. Oleh sebab itu walaupun harganya lebih mahal tetapi dalam jangkamasa panjang ia berbaloi.

Cat emulsion tidak menitis juga terdapat dalam bentuk pejal. Bagi cat pejal, pengelek yang digunakan akan menyerap cat secukupnya untuk diaplikasi. Kerana tidak menitis, ia sangat sesuai untuk mengecat siling.

Jangan sesekali mengacau cat tidak menitis sebelum digunakan walaupun ia nampak berketul di dalam tin. Jika ia cair kerana telah digoncang atau dikacau secara tidak sengaja, biarkan ia kembali ke bentuk asalnya sebelum digunakan.

Lapisan cat paling atas (final coat/topcoat) – boleh diakhiri dengan cat gloss, semi-gloss atau matt. Nama lain bagi semi-gloss adalah seperti mutiara, sutera, satin dan sebagainya bergantung kepada suka hati pengeluar cat.

Semakin ‘glossy’ cat yang digunakan semakin kuat dan tahan permukaan yang dikenakan. Cat juga lebih kuat dan tahan-cuaca apabila mengandungi resin sintetik seperti polyurathane.

Ada cat mengandungi aditif yang menjadikan ia lebih tahan api. Cat seperti ini membantu menahan api dari merebak dan kualiti itu menjadikan ia sesuai untuk digunakan ke atas permukaan atau bahan mudah terbakar seperti kayu dan sebagainya.

Artikel Oleh: Nazli Kimin

24 Komen untuk Mengenali & Memahami Cat

  1. saya ingin mengecat rumah,tapi untuk ruang tamu saya memilih warna ungu,warna ungu apakah yang paling sesuai?

  2. hai.. saya ingin bertanya..dalam masa terdekat nie saya akan pindah ke rumah baru saya. tapi saya tak tahu nak deco rumah, warna aper yang sesuai. minta tolong…

  3. salam…saya nak tanya en nazli, bulan depan sy nak pindah rumah baru..
    1/ saya nak cat kaler ruang tamu saya kaler kuning dan hijau…ok ke kombinasi yg sy pilih tu??

    2/ lepas tu kaler aper yang saya nak pilih untuk plaster siling?

  4. saya nk cat bilik anak n bilik sndiri..sesuai ke klo pkai cat minyak.. pilihan warna ialah pink dan ungu(utk bilik anak prempuan),hijau muda dan biru(utk bilik anak lelaki),ungu dan hijau utk bilik permainan,bilik kelamin mungkin guna kaler cream dn sedikit warna hijau lumut utk bhagian kepala katil..adakah sesuai..n boleh bagi jenis dan kod bg cat yg sesuai tak?

  5. salam..nak tanya la,ok x kalau saya buat combination warna kelabu + pink utk ruang tamu..bilik peach..mcm mana dgn dapur..ape yg sesuai sbb kabinet dapur saya warna gelap..

  6. salam…sy tgh nk decorate rumah…1st step rasenye nk cat dlu…sy ske perabot wrna putih…jad wrna dinding ape yg sesuai?if sy bt future wall purple n the rest cream ok x? tq

  7. kalau kite cat kaer picture wall tu same ngan kaler siling ok ker..?

  8. salam…nk tanyer saya nk cat bilik anak n family hall(11′ x 13′)..masalahnya syiling utk 2 bilik nie tinggi coz bilik anak saya nie ader loteng (loteng nie memang dh ader masa beli dan saya buat tempat study mereka…) cat mcmaner yg sesuai untuk syiling yg tinggi..kalau lembut ruang akan nmpak lebih besar..kalau nk nmpak syiling rendah mcmaner..time kasih

  9. Assalamualaikum,
    saya ada barang taman berbentuk konkrit untuk di cat… apakah cat yang sesuai dan apakah langkah2 yang patut diambil untuk menghasilkan cat yang tahan lama?

  10. salam…. saya mau tannya nama warna cat untuk taman apa ya….??

  11. salam,sy nk cat ruang tamu dgn kombinasi warna coklat gelap n putih krim..sesuai ke dgn ruang tamu yg sederhana besar?

  12. salam,sya nak tanya mcamana nak cat dinding di ruang tamu rumah saya…?saya suka warna hijau muda,dan saya rasa nak 2 warna lah..tapi tak tau apa yg sesuai..saya duduk di rumah teres setingkat sahaja yg ruang tamunya tidaklah sebesar mana..boleh tolong beri idea kat saya?dan jenis cat yg bagus.

  13. boleh tak kalo da cat dinding dgn cat myk lpas tu kite nk cat br dgn cat kapur?

  14. assalam…. saya nak tanyer kalo nak cat tembok umah warna meroon, warna ape yang sesuai untuk rumah??? tq

  15. SAYA NAK CAT GUNA PICTURE WALL TAPI TAKTAHU MACAM MANA PICTURE WALL TU.BOLEH TERANGKAN SIKIT?

  16. Assalamualaikum..

    bole mnta pandangan drp en. nazli..tak lama lg sy akan brpindah ke rumah baru jenis apartment..ruang tamu nak kaler coklat..apakah warna kombinasi yg sesuai?

  17. d sini saya nak tanya sekiranya warna langsir saya berwarna kelabu tua, warna cat yang paling sepadan apakah…

  18. askom,sy nk tnyer blik sy bbb sderhna kcil jd nk tnyrr cat wane per yg sesuai?blik bjang cam syer

  19. saya ingin mengecat ruang tamu rumah saya. saya memilih hijau apple adakah sesuai warna tersebut dgn ruang tamu rumah saya?..FYI, ruang tamu rumah saya berbentuk segi empat sama…rumah saya biasa sahaja….
    Untuk ruang tamu tengah saya ingin mengabungkan 2 tone warna..salah satu warnanya saya memilih warna merah sebagai latar…untuk satu lagi warna apakah yang sesuai…

  20. Salam,

    utk cat tahan cuaca kt dinding luar, perlu ke sapu undercoat terlebih dahulu? Jika ya, jenis undercoat apa yang sesuai?

  21. Assalamualaikum..
    saya telah mengecat rumah menggunakan cat biasa sebelum ni tapi memandangkan rumah saya berhampiran air laut, cat dinding bahagian bawah mengelupas(keluar)..dah dicat semula tapi x lama kemudian megelupas semula..
    apakah cat yang sesuai saya gunakan?

  22. 1) BOLEHKAH GUNA CAT EMULSI PADA PERMUKAAN KAYU/PLYWOOD
    2) DAN LAPIS UNDERCOAT DAN SETERUSNYA CAT EMULSI PADA KAYU????

  23. salam.. nk mintak pendapat, sy nak cat hall rumah.. kaler camne yag sesuai ? hall rumah size kecil dan memangjang..

  24. assalamualaikum….
    sy nk tanya warna apa yg sesuai utk ruang tamu n ruang keluarga sbb sy pakai tile warna kelabu gelap. kalau warna hijau lembut sesuai tak?

Leave a Reply