Kabinet Dapur @ Timur Enstek

Kabinet dapur yang kami paparkan kali ini bergaya moden, kemas, ringkas tetapi menonjol. Tema warna merah dan putih. Badan kabinet dari melamine board dilengkapi pintu-pintu dari kaca berbingkai alumimium dengan kemasan warna dari semburan cat merah cili.

Table top adalah dari solid surface. Kabinet dapur ini turut dilengkapi dengan sebuah kaunter bar yang juga berfungsi sebagai sempadan di antara ruang makan dan ruang dapur. Turut dibina 2 buah kabinet tinggi bagi menempatkan oven elektrik dan oven gelombang mikro dan juga untuk memastikan lebih banyak ruang simpanan.

Terdapat 2 sinki, iaitu sinki basuhan utama yang terletak di bahagian belakang berhadapan tingkap dan sebuah lagi sinki basuh tangan separa bulat diletakkan di sudut bersebelahan dengan kaunter bar. Selain itu seperti biasa ia turut dilengkapkan dengan hood dan hob. 5 buah bakul tarik juga disediakan di dalam beberapa kabinet bagi menambahkan kemudahan kepada tuan rumah.

Apa yang lebih unik berkenaan dengan projek dapur kali ini ialah layout rumah yang tidak bersegi empat tepat. Bahagian dinding di mana dapur di bina mempunyai layout bersudut 101 darjah. Bukan 90 darjah sebagaimana kebiasaan. Rumah teres setingkat di Timur, Bandar Enstek ini bukan sahaja unik rekabentuk luarannya tetapi juga luas di bahagian dalamnya.

Kawasan kejiranan projek kami ini di Timur, Bandar Enstek, Nilai. Rekaan rumah yang menarik. Berbeza dari kebiasaan.

Kawasan kejiranan projek kami ini di Timur, Bandar Enstek, Nilai. Rekaan rumah yang menarik. Berbeza dari kebiasaan.

Team Zolmar, Hafiz dan Asri tekun memasang pintu kabinet kaca yang berwana merah cili.

Team Zolmar, Hafiz dan Asri tekun memasang pintu kabinet kaca yang berwana merah cili.

Perkakasan utama; peti sejuk, oven, ruang oven gelombang mikro, dapur dan hood.

Perkakasan utama; peti sejuk, oven, ruang oven gelombang mikro, dapur dan hood.

Pandangan dari bahagian depan. Kelihatan kaunter bar dan sudut untuk sinki basuh tangan.

Pandangan dari bahagian depan. Kelihatan kaunter bar dan sudut untuk sinki basuh tangan.

Tidak semua rumah mempunyai peluang untuk mendapat kemudahan dapur sebegini.

Tidak semua rumah mempunyai peluang untuk mendapat kemudahan dapur sebegini.

Kaunter bar di lihat dari bahagian belakang. Kelihatan ruang tamu yang belum dikemaskan. Pemilik masih belum berpindah masuk.

Kaunter bar di lihat dari bahagian belakang. Kelihatan ruang tamu yang belum dikemaskan. Pemilik masih belum berpindah masuk.

Pintu kaca berbingkai aluminium dengan semburan cat memberi kesan hi-gloss. Sinki basuh tangan yang unik dan praktikal.

Pintu kaca berbingkai aluminium dengan semburan cat memberi kesan hi-gloss. Sinki basuh tangan yang unik dan praktikal.

contact11