Kabinet dapur di Taman Impian Putra, Bangi

Kabinet dapur yang dipaparkan dalam portfolio ini dibina untuk rumah teres 2 tingkat bersaiz 20 x 65 di Taman Impian Putra Fasa 4. Ia menggunakan dua tone warna dan dua kemasan yang berbeza. Di bahagian dapur basah warna tradisional menjadi pilihan walaupun rekaan lebih kepada moden. Pintu dari ply nyatoh dikombinasikan dengan beberapa tingkap kaca lutsinar supaya tidak nampak terlalu solid. Top dari konkrit dengan kemasan jubin 2 x 2.

Di bahagian dapur kering pula menggabungkan 2 tall unit yang salah satunya menempatkan oven bina dalam, oven microwave dan ruang storan. Manakala tall unit di sebelah oven juga digunakan sebagai stor barangan. Yang menariknya bahagian ini juga dilengkapi ruang untuk menyimpan lebihan makanan masak (left over). Ruang seperti ini penting jika anda mahu left over tidak menyemakkan meja makan sepanjang masa. Kekotak peti sejuk dibina berasingan berhadapan dengan 2 tall unit tersebut. Ini menonjolkan ketelitian dalam rekaan keseluruhan dapur.

Selain itu kaunter bar dibina sebagai pemisah di antara ruang menonton dan ruang dapur. Gerbang kekotak juga dibina bagi mengukuhkan pemisahan ruang yang ditampilkan. Rak kaca dengan latar berbagai warna menawarkan permulaan ruang dapur yang agak unik dan berbeza. Unit kabinet dapur kering menggunakan badan dan pintu ply bertetulang dengan kemasan melamine berbingkai aluminium. Dinding antara top dengan unit atas dari cermin muka. Dan top dari meica top.

Pemandangan ruang dapur dari ruang tamu. Gerbang kekotak dan kaunter bar menjadi pemisah ruang yang jelas d antara bahagian depan dan dapur.

Pemandangan ruang dapur dari ruang tamu. Gerbang kekotak dan kaunter bar menjadi pemisah ruang yang jelas d antara bahagian depan dan dapur. Bangku bar pula belum ada.

Pemandangan dari kaunter bar ke bahagian dapur kering. Panjang keseluruhan dapur dari kaunter bar ke tingkap belakang lebih kurang 20 kaki.

Pemandangan dari kaunter bar ke bahagian dapur kering. Panjang keseluruhan dapur dari kaunter bar ke tingkap belakang lebih kurang 20 kaki.

Bahagian dapur kering di lihat dari sisi. Rak kaca dengan panel kaca berwarna sebagai latar belakang. Dinding kemudian disambung dengan cermin muka. Ruang nampak sedikit luas kerananya.

Bahagian dapur kering di lihat dari sisi. Rak kaca dengan panel kaca berwarna sebagai latar belakang menampilkan keunikan tersendiri. Dinding kemudian disambung dengan cermin muka. Ruang nampak sedikit luas kerananya.

2 tall unit memberi ruang cukup besar untuk storan maksima. Ruang di sebelah oven direka untuk menyimpan makanan masak seperti penggunaan almari lauk yang popular di kalangan masyarakat kampung dulu. Perbezaan tone warna di antara ruang kering dan basah dapat dilihat dengan jelas di sini.

Sudut pandang terus dari belakang kaunter bar ke belakang. Perbezaan jelas tone warna, kemasan dan gaya.

Sudut pandang dari belakang kaunter bar ke dapur basah. Perbezaan jelas tone warna, kemasan dan gaya. Perhatikan tall unit dan kekotak peti sejuk yang dibina bertentangan.

Dapur basah dilihat dari ruang membasuh. Kelihatan perbezaan aras lantai di antara dapur kering dan dapur basah.

Dapur basah dilihat dari ruang membasuh. Kelihatan perbezaan aras lantai di antara dapur kering dan dapur basah. Backsplash di ruang memasak adalah kaca diperkukuh (tempered glass) dengan warna diselaraskan dengan warna hob.

Pemandangan dengan sedikit detail yang berbeza. Lihat di sebelah kiri gambar di mana rak terbuka turut di bina di sebelah kekotak peti sejuk. Rekaan dapur rumah ini sememangnya untuk mencipta ruang semaksima yang mungkin.

contact11