Kabinet Dapur di Kg Batu Muda, KL

Kali ini kami paparkan satu lagi projek kabinet dapur yang agak unik dari biasa. Unik kerana dapur rumah yang terletak di Kg Batu Muda, Kuala Lumpur ini dibahagikan kepada banyak bahagian di mana setiap bahagian mempunyai fungsinya yang tersendiri sesuai dengan keperluan pemiliknya.

Kami memberikan sentuhan rekaan yang berbeza-beza bagi setiap bahagian. Bagaimana pun perbezaan-perbezaan itu masih dapat mengekalkan kesepadanan gaya serta warna bagi mengimbangkan penampilan dapur yang elegan.

Kerja-kerja pemasangan memberi kami sedikit cabaran. Dalam projek ini kami hanya melaksanakan “kerja-kerja kayu/kabinet”. Kerja-kerja pembinaan table top dan pemasangan jubin dinding dilaksanakan pihak lain. Pembuatan kabinet memerlukan ketepatan tetapi pihak lain mungkin tidak berapa peka mengenainya. Jadi kami perlu bekerja lebih sedikit dalam usaha menutup perbezaan berkenaan.

Kami  "highlightkan" bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan penggunaan pintu "dark reflective glass" berbingkai aluminium serta ply melamine ini. Nampak elegan dan mewah.

Kami “highlightkan” bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan penggunaan pintu “dark reflective glass” berbingkai aluminium serta ply melamine ini. Nampak elegan dan kemas.

Dari sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih suka menggunakan "dark reflective glass" berbanding dengan "frosted glass" kerana ia nampak lebih mewah.

Dari sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih suka menggunakan “dark reflective glass” berbanding dengan “frosted glass” kerana ia nampak lebih mewah.

Montaj yang memaparkan bahagian kabinet dapur bergaya moden ini secara keseluruhannya.

Montaj yang memaparkan bahagian kabinet dapur bergaya moden ini secara keseluruhannya.

Bagi bahagian ini kami menampilkan gaya tradisional dengan penggunaan pintu solid bervarnish. Namun begitu ia tetap memiliki aura moden.

Bagi bahagian ini kami menampilkan gaya tradisional dengan penggunaan pintu solid bervarnish. Namun begitu ia tetap memiliki aura moden.

Ini pula bahagian dapur yang menampilkan hanya ruang kerja (top) dan kabinet bawah. Kami menampilkan pintu-pintu dari ply bermelamine.

Ini pula bahagian dapur yang menampilkan hanya ruang kerja (top) dan kabinet bawah. Kami menampilkan pintu-pintu dari ply bermelamine.

Akhir sekali, bahagian cucian dan penstoran peralatan dan pinggan mangkuk keluarga.

Akhir sekali, bahagian cucian dan penstoran peralatan dan pinggan mangkuk keluarga.

contact11