Kabinet Apartmen Bandar Baru Ampang

Baru-baru Zolmar Enterprise telah menyiapkan kabinet dapur dan wardrobe untuk pasangan Encik Nan dan Puan Mas. Kediaman mereka merupakan sebuah Penthouse Apartment berdekatan dengan Wisma Spektrum Bandar Baru Ampang.

Pelanggan telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak kami untuk merekabentuk kabinet dapur berserta aksesori kekalnya. Begitu juga dengan wardrobe.

Badan dan pintu kabinet dibina dari lapisan meranti laminasi yang berkualiti tinggi lengkap dengan beading aluminium. Kami juga menampilkan beberapa keping pintu kaca bagi menambah seri. Pemegang pintu juga dari aluminium dipilih supaya sedondon dengan rekabentuk kabinet secara keseluruhannya.

Permukaan kerja (worktop) pula dari meica top. Beberapa aksesori asas seperti rak dan pengering pinggan mangkuk dai keluli tahan karat dibina terus di atas sinki untuk memudahkan kerja yang berkaitan.

Rak bakul boleh ditarik keluar juga disediakan diruang kabinet sebelah ruang ketuhar sesuai untuk menyimpan dan mengambil stok makanan kering. Ruang ketuhar mikrovave juga boleh ditarik keluar untuk kemudahan pengguna.

Pada keseluruhannya rekabentuk moden kabinet dapur ini pasti memikat para para tetamu yang datang berkunjung apatah lagi jika tuan rumah pandai bermain warna untuk dinding dan aksesori-aksesori lain.

Bagi wardrobe pula, rekabentuknya adalah “straight to the point”. Mudah. Dengan kualiti kerja yang kemas tidak ada apa yang perlu difikirkan lagi.

Kabinet dapur yang baru disiapkan dilihat dari ruang tamu.

Kabinet dapur yang baru disiapkan dilihat dari ruang tamu.

Rekaan moden yang ringkas dengan matlamat mengoptimumkan penggunaan ruang.

Rekaan moden yang ringkas dengan matlamat mengoptimumkan penggunaan ruang.

Pemilik memilih untuk meletakkan dapur dan sinki secara selari.

Pemilik memilih untuk meletakkan dapur dan sinki secara selari.

Antara aksesori yang siap dipasang di dalam kabinet.

Antara aksesori yang siap dipasang di dalam kabinet.

Wardrobe ringkas tetapi tetap praktikal dan menarik.

Wardrobe ringkas tetapi tetap praktikal dan menarik.

contact11

109 Komen untuk Kabinet Apartmen Bandar Baru Ampang

  1. berapa kos keseluruhan kabinet nih yer? ingat nak buat..

  2. Maaf, maksud saya kabinet dapur..

  3. Terima kasih atas pertanyaan. Jawapan tentang harga melalui email. Proposal untuk kabinet rumah tuan esok ya.

  4. cantik,,brape total cost? tlg diemail..mekasih

  5. berapa cost untuk cabinet dapur, tq

  6. cantik,tapi berapa cost untuk kabinet dapur

  7. wan abdul barie

    Salam,

    Berapakah kos untuk kabinet dapur seperti diatas?
    Ukuran dapur, 9 kaki.

    Wan.

  8. Salam semua,

    Kami di senihias amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan. Tapi kalau nak tanya pasal harga sila gunakan borang yang disediakan melalui link di bawah artikel tu. Sebab harga ni P&C kepada tuan rumah walaupun sdr/i semua tidak mengenali mereka.

    Terima kasih.

  9. kalau kabinet 6 kaki x 6 kaki bawah (L shape) n atas 6 kaki berapa harga …ini utk kabinet dapur

    Thanks

  10. salam

    brp total kos ni

    dan jual material yg di gunakan

    terima kaseh

  11. Material body, ply bertelulang dengan kemasan sintetik berkualiti. Pintu pun dari ply bertetulang dengan kemasan yang sama lengkap dengan beading aluminium. Kos bergantung kepada saiz dan design rumah tuan. Boleh emailkan floor plan ke senihias@gmail.com.

  12. Cantik dan kemas… berapa harga erk cabinet dapur & Wardrobe klu area shah alam??? color nak kira macam maner ? klu nak buat bentuk u tuk tamb meja berapa?

    tq

  13. top utk kabinet dapur tu pakai jenis meica ke..? Boleh bg kod utk top tu. saya minat sangat. Harap dpt bg kod tu. Terima kasih

  14. Yati, boleh tak kalau kami datang rumah buat ukuran dan cadangan. Email kami senihias@gmail.com

  15. Canteekknyeeeeeeee….
    tlg email saya hargenye ye…
    boleh bagi quotation utk dapur saya pulak ke??
    harap dapat email info pd saya ye… tq..

  16. Boleh emailkan price utk KC di atas tak?

  17. Assalamualaikum wbt,
    Saya minat sangat dgn kitchen cabinet tu. sangat cantik. tapi rumah saya di alor star. boleh ke u datang buat?
    Pas tu kan, dapur depa ada konsep dapur basah dan dapur kering tak. saya nak buat konsep macam tu kat rumah saya. boleh kasi advise susun atur.
    thanx

  18. untuk kc yg macam tu design + materialnyer bg dapur 9 kaki brp kosnye??
    untuk kabinet kat atas saya taknak buat full macam tu..just nak buat separuh je
    boleh email quotation tak.

    lg satu, kalo wardrobe cam gitu brp lak hage die..
    email quotation please..
    tq

  19. Salam Sejahtera…

    Saya akan berpindah ke rumah baru. Saiz dapur, 10′x12′. Ada cadangan tak macamana design kabinet yang sesuai untuk dapur saya. Saya lebih selesa jika permukaan kabinet dibina daripada mable. Dan berapa anggaran kosnya:

  20. Salam,

    Kepada semua yang bertanya untuk sebutharga, kami harap tuan puan dapat ajukan semula soalan melalui Borang Pertanyaan supaya kami lebih mudah menyimpan rekod dan menghubungi anda.

    Terima kasih.

  21. Salam,

    Saiz dapur 20 pjg * 11 lebar. Cadangan nak buat wet and dry kitchen. Any suggestion for the design.
    TQ

  22. minta emailkan pada saya cos kitchen kabinet…cantik…berkenan…

  23. salam…

    sy nk tahu brape kos untuk kabinet seperti diatas..tq

  24. cantik, berapa u charge untuk kitchen kabinet saje. dan utk wardrobe berapa pulak u charge. thanks

  25. Kos berapa untuk KK seperti ni?

  26. Saya berminat dengan design diatas..
    ada tak beberapa contoh yg lain.
    tolong emailkan kos and harganyer.
    nanti sya berikan saiz dapur saya.
    xingat sekarg ne

  27. Kepada semua yang bertanya di atas, terima kasih ya. Tapi kami lebih suka kalau diberi peluang untuk datang ke rumah, bincang dan ukur sebelum bagi apa-apa anggaran. Tak perlu bayar apa-apa dan tak ada obligation. Tinggalkan nama, alamat, no telefon ke email kami, senihias@gmail.com. Kami akan telefon anda untuk buat appointment. Tq

  28. berkenan la.berapa kos kabinet dapur ni ya.tolong emeil kat saya harga.tq

  29. salam
    saya nak tanya ukuran kabinet dapur keseluruhan macam saiz pintu kabinet, tinggi dari lantai, tinggi dari rak atas dan lain2..

  30. Salam Naeamah dan ekin,

    Saiz kabinet rumah lain-lain sebab rumah lain-lain. Kami tak buat saiz yang standard tapi buat ikut saiz yang tuan rumah sesuai dengan ruang/bajet yang mereka ada. Kalau nak kami sebutharga, kami boleh datang ke rumah untuk buat ukuran dan cadangan design.

  31. paling murah perabot dari kayu nyatoh erk…

  32. Salam Ekin,

    Nyatoh bukan bahan perabot paling murah. Tapi ia yang paling popular. Ramai orang pilih nyatoh untuk buat perabot mereka samada Nyatoh Ply mahupun Nyatoh solid. Antara bahan paling murah untuk buat perabot yang banyak di pasaran adalah yang berasaskan chipboard. Selalu yang dipanggil melamine board atau melamine ABS etc tu adalah berasaskan chipboard. Tapi segi ketahanan dan kekuatan kurang dari Natoh Ply apatah lagi kalau dibanding dengan kayu solid.

  33. salam. cantik gak kabinet dapur & wardrobe tu eh. boleh emel sy harga dia? then kaluboleh emel skali harga each material sekaki utk kabinet dapur & wardrobe.
    thanx.

  34. Salam tuan Azri,

    Bagi harga per kaki ni tak berapa tepat. Kami buat perabot kustom, bukan modular. Kami buat design ikut keesuaian ruang dan keperluan tuan rumah. Kalau nak kami quote kami boleh datang ke rumah amik ukuran dan buat cadangan. Sila isikan borang tanya perabot kustom supaya kami dapat no telefon dan alamat tuan. Tq.

  35. 1)Berapa kos untuk kabinet dapur tersebut?
    2)Kalau untuk dapur jenis selari mcm rumah PPR DBKL, berapakah kos dan apakah reka bentuk yang sesuai untuk dapur seperti itu?

  36. Salam

    1)Berapa kos untuk kabinet dapur tersebut?
    2. Saya bercadang untuk renovate dapur lebih kurang keluasannya 15 X 18 ft..persoalan yg menghantui saya..sekiranya saya ingin memecahkan dapur tersebut kepada 2 bahagian iaitu Dry Kitchen n Wet kitchen, adakah bersesuaian?

    sekiranya bersesuaian… berapakah keluasan yg munasabah dan bersesuaian utk bahagian wet kitchen…

    Sebagai makluman rumah saya ialah Semi D single storey….

  37. cantik mmg cantik…
    nak tye brape kos siap pasang skali…utk dapur bentuk L

  38. Saya hanya ada budget lebih kurang 5 – 6 Ribut Ringgit shj untuk pengubahsuaian kitchen cabinet. Apa yg pihak tuan dapat offer untuk ukuran 6 kaki atas dan bawah cabibet (L Shape).

    Sekian. Terima kasih

  39. saya nak tanyaperbezaan harga antara material:

    meica top & solid surface

    meranti laminasi & abs & mp

    thanks

  40. salam…
    berapa harga utk kabinet and wardrobe ni ye? design dia menarik hati..tgh nak cari2 design2 yg cantik2 dgn harga yg amat berpatutan utk rumah baru saya di seksyen u10 shah alam.. office and showroom katne ye?…tq

  41. Boleh saya dapatkan quotation seperti kabinet dan wardrobe di atas?

  42. Terima kasih atas minat sdr sdri dengan design di atas. Tolong isikan borang pertanyaan buat kabinet kustom. Tq

  43. Boleh saya dapatkan quotation seperti kabinet dan wardrobe di atas?

  44. cantik sangat..boleh saya tau kos utk kabinet dapur camtu

  45. saya juga berminat utk kabinet dapur. keluasan dapur, 6 kaki. keluasan rumah 65 x 18

  46. salam ,

    kabinet bapur yg menarik? berapa total cost bagi keluasan dapur kering saya 13 x 10

  47. Saya ingin dapatkan sebut harga bagi KC.

    1) Size bawah L-shape 5k x 8k
    atas 8K.

    2) Size bawah 7k

    3) Bagi bawah saya perlukan 1×4 drawer

    Tempat dipasang : Sg Penchala, KL

    Table top dan sinki telah sedia ada.
    Tolong juga beritahu jenis kabinet.

    Saparudin (016-3241978)

  48. sy juga berminat untk tahu berapa kos Kitchen Cabinet n wardrobe.
    tq

  49. Sy nk tau cost utk buat kabinet, sy beli rumah baru, yg still kosong, belum ada ape2 kabinet etc. so cost nye berapa? ukuran 3000 (panjang) X 2605 (lebar), unit ukuran meter ke inci x sure. nie ukuran dapur rumah ikut plan yg sy terima. TQ

  50. Salam, saya nak tanya umah apartment saya ada 4 bilik, jadi saya nak guna salah satu bilik tu untuk buat kabinet dapur..biliknyer besar sikit dr bilik stor…terima kasih

  51. bentuk dapur saya sama seperti di dalam gambar. saya tinggal di melaka. boleh ke jika saya nak upgrade dapur saya seperti gambar di atas ? berapa angaran kos di atas ?

  52. Salam..
    sy amat tertarik dengan kabinet dapur ini…

    Kemas, teratur & cantik..

  53. Klau sya nak buat sama dapur saya spt gambar tu ,berapa agaknya harga dapur tersebut.

  54. saya nak tahu harga wardrobe dan kabinet dapur spt gambar tu braper agak nya.

  55. saya baru berpindah ke rumah baru…tapi saya tidak mempunyai kebinet dapur lagi….sebab tak mempunyai bajek yang bnyak…boleh saya tahu kebinet apa yg pling murah smple dan cantik..tuk kelengkapan di rumah saya…hehe..

    tq..

  56. Salam, cantik jgk kitchen cabinet tu kan.. blh tlg emel brp kos nye. klu blh nak jugak design yg lain beserta kosnye..design yg simple-simple je.. tq

  57. berapa cost utk keseluruhan kabinet dapur?

  58. Bagi saya cabinet tu memang cantik tapi lagi kemas saya rasa sekiranya bahgian atas tidak mencecah hingga ke syiling….berapa agaknya kos untuk membuat cabinet sebegitu

  59. cantiknya perabot di area kitchen tu. Saya really interested nak buat macam tu. Boleh emailkan quotation tak?

  60. Berapa kos untuk kitchen cabinet yang mcm ni????

  61. Salam…saya nak buat rumah leh tak emelkan gambar kabinet2 dapur yang kosnya murah dan mahu ketahanan

  62. salam…nk tanya…blh buat payment installment x? cantik2 tengok kitchen cabinet…baru nk masuk rmh…mcm teringin la….tapi budget ciput je…under 5k…

  63. saya ingin membuat kc.saya amat berkenan dgn design kc di atas.berapa kos kc spt di atas.jika berpatutan dgn bajet saya,saya ingin menempah dengan pihak tuan.tolong emeilkan harga dan kalau blh harga design2 lain pun blh jgk.harap dapat emeilkan secepat mugkin krna saya ingin memasuki rmh baru tidak lama lg.tq

  64. nk tanya pasal kabinet dapur .bape harga sekaki.melaka leh wat ke?

  65. nak tanya jika nak buat dapur seperti diatas, berbentuk c dengan ukuran 4kaki, 13kaki dan 5 kaki.

    email kat saya terima kasih.

  66. Saya amat berminat dengan kabinet di atas. Saya mempunyai apartment yang agak kecil berapakah anggaran kos sekiranya saiz kabinet saya ialah 8 X 2 (L shape) di mana table top konkrit telah dibina

  67. saya amat tertarik utk kc di atas(bnd baru ampang).Luas dapur saya 18 x 11 .
    BOle emailkan quotation x.

  68. Suriani Bt Mohd Bahari

    Sungguh kemas dan cantik…boleh e-mailkan harga untuk kithen kabinet dan wardrobe diatas…Tq

  69. nak tau harga kc mcm ni.. dapur saya 13kaki panjang, 9kaki 3inci tinggi, lebar 9kaki 5inci… rumah saya kat bandar teknologi kajang..

  70. ada tak kemudahan pembayaran secara ansuran? sy cuma ada peruntukan 10k utk dapur, tp setelah sy servey dgn 10k tu tidak mencapai impian saya utk memiliki dapur yg mcm ni…(Kabinet Apartmen Bandar Baru Ampang).

  71. zahari,
    kalau saya, sy suka kabinet yg tinggi dia sampai ke siling mcm ni, xde la penat tiap2 minggu nak sapu habuk kat atas tu… tp xtau la klu awak seorg yg rajin… hehhee…
    kena pikir gak mende2 camtu…sbb habuk ni sekejap jer… (sekadar pendapat)

  72. (Wardrobe ringkas tetapi tetap praktikal dan menarik)
    berapa kos nk buat mcm ni???

  73. Salam…sangat berminat dgn design kitchen spt di atas…..mohon di e mail anggaran harga utk design tersebit bg dapur berkeluasan lbh kurang 8 x 5….terima kasih

  74. salam,

    saya nak tahu berapa harga utk buat cabinet dapur.

    kalau guna nyatoh solid kira macam mane?
    kalau guna nyatoh ply kira macam mane?
    kalau guna abs kira macam mane?

    tambahan eksosori pada cabinet dapur kira macam mane?

  75. wardrobe kt dlm gambar tu drp material ape ye? brapa kos keseluruhan utk bina wardrobe tu? tlg emel pd sy..

  76. Saya suka konsep dan design kabinet dapur dan wardrobe di atas, boleh emailkan details(cost sekali) utk kabinet dapur dan wardrobe ni tak?

  77. saya br beli rumah,saya nak tahu harga kabinet dapur,sekaki berapa?

  78. salam..saya nak tahu kos utk kabinet dapur n wardrobe bilik tu.. sb sy akn duduk rumah baru dlm bulan 4 ni..so sy nak ubah suai dapur n bilik sikit..

  79. Nak tanye kabinet dapur ni berapa hargannya? Luas mengikut luas dalam gambar ini.

  80. NOR AZILA BT GHANI

    semalam baru org dtg ukur wardrobe bilik utama…brp jumlah harga wadrobe spt dalam gambar di atas

  81. cantik kicthen kabinet atas tu.. plz email to me the quatation… tq..

  82. Ringkas dan menarik.. berapa kos kitchen cabinet mcm nie? dan boleh dapatkan detail?

  83. berapa ye harga y mcm gmbr di atas 2..sy tggl area s.alam

  84. Tajmiah bt Harun

    Salam. Saya ingin tahu berapa kos untuk kabinet dapur seperti dalam gambar tu. Terima kasih.

  85. saya nak tahu harga wardrobe dan kabinet dapur spt gambar tu braper agak nya.

  86. nurul huda harun

    sy bminat tgk kabinet dapur.., & wardrobe.. nk tanya bape RM kos sperti gmbr d atas

  87. wardrobe kt dlm gambar tu drp material ape ye? brapa kos keseluruhan utk bina wardrobe tu? tlg emel pd sy..

  88. rasa2 kalau nk buat mcm ni brapa yer? cantik~

  89. Salam… berminat dgn design kitchen spt di atas…..mohon di e-mail anggaran harga utk design sama. TQ

  90. berapa anggaran kabinet dapur & wardrobe tu..saya berminat.. Please do email me a quotation..

  91. Assalammualaikum.

    Berapa kos kabinet dapur klu utk dapur rumah PPR DBKL,dan apakah reka bentuk [design] yang sesuai untuk dapur kecil mcm ni ye?

  92. brp harga wardrobe kat atas tu ye dan brp agak2 kitchen kabinet yg simple ,murah tp berketahanan yg panjang lebih krg 13 kaki atas dan bwh.blh hantar quotation tak.mcm nak tempah utk rumah br nnti.tq

  93. nak tanye, berapa kos untuk kichen cabinet macam kat atas tu dan keluasan dapur tu lebih kurang brape?saya berminat..leh email quotation x?

  94. berapa kos keseluruhan?

  95. berape kos bg kebinet dapur untuk gambar di atas????kalo dapur dh ade table top cume tukar kabinet baru anggaran kos berapa??

  96. Nice…tlg emailkan quotation utk kitchen cabinet ni…thanks :)

  97. assalamualaikum

    saya tertarik dgn wardrobe.brp kos spt gambar di atas. sya tinggal kt cheras kl

  98. Saya berminat dengan set kabinet dapur di atas, berapa kosnya ye?

  99. semua nak tahu cost,maklumlah orang melayu mesti budget dengan teliti betul x? tp x d nyatakan

  100. Berapa harga sekaki bagi cabinet bawah? table top saya dah ada
    dan berapa harga sekaki bagi cabinet atas? saya prefer yang low bajet je, tp cantik

  101. blh emailkan brp kos wardrobe n kitchen kabinet dlm gmbr tu?

  102. Salam. Saya baru saja beli condo di Putrajaya dengan keluasan 975sf, 3 bilik. Berminat nak pasang kabinet dapur and wardrobe lebih kurang mcm di atas. Boleh emelkan anggaran bajet nya. TQ

  103. salam..sy masih lg mencri kabinet dapur yg sesuai.ruang dapur sy agak terhad.sy xthu nk pilih kabinet yg mcm mn.blh tlh cadangkan x?

  104. Saya ada becadang hendak membut tempahan dapor kering utk rumah saya di Melaka dengan sebuah Sykt. ukuran Dapur Auminum adalah 10’6″ dan sebuah singki Marmar dengan harga RM 11,250.00 adakah berpatutan atau agak mahal.
    2. Apakah warna Cermin yang sesuai untuk bahagian bawah…

  105. Salam..saya berminat untuk build in almari seperti dalam gambar serta kabinet dapur juga…cuma mcm oven saya Perlu beli sendiri atau akan termasuk dalam pakej.boleh tak cadang kan reka bentuk kabinet dapur,almari baju, almari tv serta almari buku. Untuk pendawaian,adakah pihak anda menyediakanservis nya sekali.rumah saya adalah apartment. Tolong email kan kos serta reka bentuk cadangan kerana bajet saya untuk semua nie plus perabut dalam 30k untuk rumah baru.

  106. boleh emelkan saya qoutation utk kabinet dapur dan wardrobe macam kat atas tu? TQ

  107. Salam…sangat berminat dgn design kitchen di atas.keluasan dapur saya 18 x 12 BOle emailkan quotation x.

  108. cantik kabinet dapur nie.
    emailkan saya harga kabinet dapur nie pls.
    tQ

  109. Lokasi : Kg Baru , KL
    Material ; 3G Glass + Mirror
    Table Top: Concrete Granie / Solid Surface (2 Diffrence Quotation)
    Size : U-Shape (6ft x 8ft x 8ft)

    Bawah: U-shape
    Atas : L-shape
    (sinki only, ruang utk peti ais n microwave)

Leave a Reply