Beberapa Panduan Asas Landskap

Dalam arkitektur, bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.

Landskap membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya.

Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.

Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.

Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal.

Kerja lanskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.

Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

PANDUAN MENYEMPURNAKAN LANDSKAP DIY

Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, landskap dan kediaman perlu mendokong antara satu sama lain.

Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang dan menimbang pilihan-pilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.

Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap.

Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap.

Gabungan lanskap lembut dan lanskap kejur menyempurnakan laman anda.

Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada.

Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu.

  • Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.
  • Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
  • Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
  • Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.

Artikel Oleh: Nazli Kimin

18 Komen untuk Beberapa Panduan Asas Landskap

  1. Fauziah binti M. Noor

    Saya adalah penerbit kepada majalah Ehwal Pertanian. Saya ingin menjemput tuan menjadi kolumnis bagi kolum Landskap dan Florikultur. Kalau tuan setuju sila maklumkan kepada saya di emel di atas. Tq

  2. REKA LETAK ANDA AMAT UNIK SEKALI.SAYA SUKAINYA.

  3. SUSUNANNYA TIDAK BEGITU ELOK DARI PANDANGAN MATA.

  4. Kalau bolih siarkan pelan susun atur landskap peringkat awal penanaman dan gambar tanaman terkini.

  5. Saya ingin tahu cara untuk membina simen fero seperti batu seakan semulajadi dan cara mengecatnya. Kalau boleh disertakan gambar pembikinannya sekali

  6. saya nak tahu mcm mana kita nak buat taman di atas simen, apa kita perlukan untuk taman pokok bunga….bahan apa yg di perlukan….

  7. kalau panduan nak buat simen fero tu ada ramai ke yang nak tau eh? just nak tau je la

  8. sy nak tahu ape elemen2 yang perlu ada dalam konsep bali,desa,tradisional,tropical dan hawaii..sy ada asgmn nak kene wat..nak kene wat plan…pening dah pale..

  9. service hingga kawasan bangi buat tak

  10. sy nak blajar buat landskap boleh beri tunjuk ajar tak… dr bagai mana nak menyimin.. penanaman atau apa shj yg berkaitan dgn membina landskap sy minat sgt dgn landskap nie

  11. bagaimana untuk membuat hiasan landskap mengguna batu dengan corak yang lebih menarik..saya suka buat hiasan batu berbentuk lapan,petak,bunga,dan bunga api..bagi pendapat encik tentang bahagian ini..terima kasih sudi berkongsi..

  12. assalamualaikum encik nazli kimin.. ianya menarik landskap yg en nazil wat.. saya suka jgk.

  13. umh sy nmpak ksonglah…..even dh byk bnge mk tnam…tp still nmpk ksong….sy nk ubh…tp xde idea nk wt cm ne….blh x bg idea??

  14. apakah yg dimaksud kan dgn landskap???

  15. bagaimana nak hiasakan ruangan kecil…satu lagi mcm mana nak hiaskan rumah kampung sdngkan bnyk tnaman2 besar seperti durian,pisang dan sebagainya…harap dpt bntu…

  16. konsep thai ade x

  17. saya ingin melihat beberapa contoh pelan landskap yang sesuai untuk ruang yang sempit iaitu antara bangunan. jika boleh cadangkan jenis2 @ species tanaman hiasan yang sesuai pada tempat begini.tqvm

  18. muhamad firdaus bin ahmat

    3 elimen dalam pembinaan lanskap iaitu rumput, batu dan kayu…akan menjadikan sebuat taman itu suatu taman yang complete..jadi pemilihan suasana,tempat,keluasan dan bentuk adalah harus diterapkan dan amatlah penting untuk jadikan satu lanskap yang kena dengan persekitaran.saya sukakan lebih kepada konsep bali,alam dan tropika.